Saturday, March 30, 2013


Minum teh boleh elak kanser

 
Minum teh boleh  elak kanser  
Minum teh dengan kerap juga menurunkan 
risiko menghidap ketumbuhan. - Foto AGENSI
 
Penyelidik Belanda kaji 892 lelaki tunjuk kesan baik minuman

Amsterdam: Lelaki yang minum sekurang-kurangnya dua cawan teh sehari boleh mengurangkan risiko diserang barah prostat sehingga lebih satu pertiga.
Minum teh dengan kerap juga menurunkan risiko menghidap tumor sebanyak 37 peratus berbanding mereka yang minum kurang sekali seminggu.
Tahun lalu, sebagai contoh, kajian di Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih berisiko mendapat penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan lelaki sepanjang 37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan sehari berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara sederhana dan tidak minum langsung.
Namun, faedah sama tidak diperoleh daripada kopi, menurut kajian saintis di Universiti Maastricht, Belanda.

Hampir 40,000 kes barah prostat dikesan setiap tahun di United Kingdom dan 10,000 lelaki maut akibatnya – bersamaan dengan lebih seorang dalam masa sejam.

Risiko itu meningkat dengan usia, dengan lelaki berusia lebih 50 tahun lebih berkemungkinan menghidap tumor dan ada elemen genetik padanya. Seperti juga jenis barah lain, diet menjadi faktor utama dalam perkembangan penyakit.

Minuman popular

Pada masa sama, ada juga percanggahan bukti mengenai peranan minuman popular itu.

Tahun lalu, sebagai contoh, kajian di Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih berisiko mendapat penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan lelaki sepanjang 37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan sehari berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara sederhana dan tidak minum langsung.

Begitupun, penyelidik mengakui mereka tidak pasti jika teh benar-benar menjadi faktor risiko, atau peminum berada pada usia penyakit itu lebih kerap menyerang.

Dalam kajian terbaru, pengkaji Universiti Maastricht membandingkan 892 lelaki dikesan ada barah prostat dengan bilangan sama lelaki sihat, menilai tabiat pemakanan dan minuman mereka.

Kajian dilakukan ke atas penduduk lelaki di Amerika Syarikat, yang menyaksikan kopi lebih popular. Cuma satu dalam lima sukarelawan minum sekurang-kurangnya secawan teh sehari, berbanding hampir 60 peratus yang lebih gemar kopi.

Hasil kajian disiarkan jurnal Cancer Causes Control menunjukkan dua cawan atau lebih teh sehari seperti mempunyai kesan antibarah, manakala kopi tidak. - AGENSI

FAKTA NOMBOR
40,000 kes barah dikesan di Britain setiap tahun.

Berita Harian
31 Mac,2013

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 31 Mac,2013.

Friday, March 29, 2013

Situasi Lahad Datu: Penduduk titis air mata lihat kesan pertempuran
ZULKHAIRIL ZAINUDDIN DAN MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
30 Mac 2013
Situasi Lahad Datu: Penduduk titis air mata lihat kesan pertempuran
Salah sebuah rumah penduduk Kampung Tanjung Batu musnah 
terbakar akibat pertempuran hampir sebulan antara kumpulan
 militan Kiram dan pasukan keselamatan dalam Op Daulat.
Situasi Lahad Datu: Penduduk titis air mata lihat kesan pertempuran
Anggota tentera merakam gambar sebuah rumah
penduduk Kampung Tanjung Batu yang hanya 
tinggal rangka.
Situasi Lahad Datu: Penduduk titis air mata lihat kesan pertempuran
Sebahagian kemusnahan tempat tinggal penduduk
yang dapat dilihat di Kampung Tanjung Batu.
 
Situasi Lahad Datu: Penduduk titis air mata lihat kesan pertempuran

Kesan-kesan tembakan pada rumah penduduk jelas kelihatan.
 
LAHAD DATU - Kesan tembakan boleh dilihat dengan mata kasar di setiap rumah dilalui petugas media yang berpeluang melihat sendiri kesan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dengan pengganas Sulu.

Ada kesan tembakan daripada  senjata ringan seperti M-16 dan ada juga kesan  tembakan senjata berat  seperti mesingan berat (GPMG) sehingga terdapat kesan lubang besar pada rumah penduduk dan kenderaan.

Semalam, buat pertama kalinya petugas media dibenar masuk ke kawasan pertempuran bersama pasukan keselamatan, Pejabat Daerah Lahad Datu, Jabatan Kerja Raya serta 30 ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu kira-kira jam 9.30 pagi, selepas disytiharkan selamat.

Sebaik tiba di Kampung Tanjung Batu, hati mula terasa sedih dan terkejut melihat kesan pertempuran yang amat dahsyat seperti kita melihat cerita-cerita perang di televisyen.

Sebak juga rasanya apabila melihat ada dalam kalangan ketua keluarga menggelengkan kepala dan ada menitiskan air mata apabila melihat sendiri kediaman mereka didiami sejak kecil musnah begitu sahaja.

Harapan mereka hanyalah mahu kembali aman seperti sedia kala.

Sinar Harian 30 Mac,2013.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur
Sabtu 30 Mac,2013.

Penilaian khas lantik guru cemerlang

SURUHANJAYA Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang melaksanakan Program Penilaian Khas bagi pelantikan tetap graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2012.

Pengerusi SPP, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang berkata, ia bertujuan melantik bakal guru yang cemerlang dari segi akademik dan ikhtisas tanpa melalui proses temuduga secara konvensional. 

Menurutnya, pelantikan secara terus ini adalah bagi mengiktiraf pencapaian akademik dan ikhtisas graduan yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 dan ke atas, mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam Praktikum serta diperaku oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). 

"Bilangan graduan tidak melebihi 30 peratus daripada mana-mana IPTA dan IPGM," katanya dalam kenyataan akhbar baru-baru ini.

Jelas beliau, usaha tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan profesion perguruan dengan melantik calon guru yang terbaik dari segi akademik dan ikhtisas.

Di samping itu, katanya, ia juga selaras dengan matlamat kerajaan merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 iaitu guru dilantik daripada kalangan 30 peratus graduan cemerlang dalam bidang akademik dan ikhtisas untuk menceburi bidang perguruan. 

"SPP juga berharap agar usaha ini menjadi penggalak kepada pelajar yang masih di peringkat pengajian agar sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan," katanya. 

Beliau memberitahu, Program Penilaian Khas dijalankan secara berperingkat di seluruh negara bermula pada 19 Mac lalu di Kuching, Sarawak melibatkan seramai 247 orang manakala penilaian khas kedua berlangsung 21 Mac di Putrajaya. 

"Program Penilaian Khas ini melibatkan sejumlah 2,780 orang graduan cemerlang dari IPTA dan IPGM dan bilangan itu berdasarkan permohonan Kementerian Pelajaran agar SPP menemuduga 8,200 graduan IPGM dan IPTA di seluruh negara," ujar beliau.

Sementara itu, katanya, bagi Program Penilaian Khas di Putrajaya, bilangan graduan cemerlang yang dinilai melibatkan seramai 560 orang.

Zulkurnain memberitahu, bagi Program Penilaian Khas seterusnya diadakan mengikut taburan calon yang paling ramai seperti 28 Mac ini di Johor Bharu, Ipoh (2 April), Sungai Petani (4 April), Kota Bharu (8 April), Kuantan ((11 April) manakala yang terakhir diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 April depan.

"Pada akhir penilaian graduan yang layak akan terus diserahkan surat pelantikan oleh SPP manakala baki 5,033 graduan perlu melalui temuduga biasa yang dilaksanakan bermula 19 Februari hingga 28 Mac ini," katanya

Arkib Utusan 25/3/13

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Sabtu 30 Mac,2013.

Thursday, March 28, 2013

Pergerakan Pegawai Sektor Penilaian Peperiksaan

Beberapa orang pegawai Sektor Penilaian Peperiksaan (SPP) Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah bergerak ke sekolah-sekolah mengisi perjawatan Penolong Kanan . Mereka ialah En Mohd.Fauzi ketua Unit UPSR,PMR SPM sebagai Penolong Kanan Kokurikulum SMK Setapak Indah,berkuatkuasa mulai 1 Mac,2013. En.Rahiman ke SMK Cheras sebagai Penolong Kanan Petang dan En.Daruddin sebagai Penolong Kanan Petang SMK Dato' Lokman Kampung Pandan Kuala Lumpur.Seorang pegawai lagi En. Zulkifli Mahat sebagai Ketua Bidang di SMK Segambut. Semoga mereka dapat menyumbangkan idea dan kepakaran untuk pembangunan sekolah masing-masing. Selamat bertugas.
 
Sumber: En. Mohd Fauzi

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Khamis 28 Mac,2013.

Wednesday, March 27, 2013

Wanita Mesir perangi keganasan seksual

28 Mac 2013
Wanita Mesir perangi keganasan seksual
Wanita Mesir perangi keganasan seksual
 
Wanita Mesir perangi keganasan seksual

Wanita Mesir kini lantang bersuara 
tentang kesaksamaan gender di negara itu.
 
Wanita Mesir perangi keganasan seksual
Sebahagian perwakilan tidak menyokong 
deklarasi yang disuarakan oleh Majlis PBB.
KAHERAH - Wanita Mesir kini beralih ke satu fasa di mana golongan itu kini lebih berani bersuara menuntut keadilan dalam menangani keganasan seksual.

Mangsa serangan kini lebih terbuka dan berani melakukan protes selepas ratusan daripada mereka menjadi mangsa keganasan.

“Kita menjadi mangsa. Apa yang berlaku membuat kita lebih kuat dan berani untuk bersuara di jalanan,” kata aktivis Aida al-Kashef.

Beliau berkata, keselamatan wanita di Mesir kini tidak lagi terjamin selepas golongan itu sering menjadi sasaran cacian lisan dan kadang-kadang diraba.

"Masalah ini memuncak ketika perhimpunan revolusi penggulingan bekas presiden Hosni Mubarak di dataran Tahrir di mana,  penyerang lelaki bertindak melucutkan pakaian seorang wanita lalu mengacukan pisau,” katanya.

November lalu, Yasmine al-Baramawy, diserang hanya kerana beliau memakai seluar.

“Mereka berkumpul di sekeliling saya dan mula merobek pakaian saya dengan pisau,” katanya.

Beliau kemudian diseret beberapa ratus meter dengan penyerang lelaki meraba seluruh anggotanya hingga memaksa orang ramai menyelamatkannya.

Sejak dua kejadian itu, wanita Mesir mengambil keputusan membentuk kumpulan aktivis Operasi Anti Gangguan Seksual dan mereka juga mengupah pengawal peribadi.

Kumpulan itu turut menawarkan sokongan perubatan dan psikologi kepada bekas mangsa serangan seksual.


Jurucakap Operasi Anti Gangguan Seksual berpendapat, serangan seksual di Mesir adalah bermotifkan politik.

“Serangan ini bertujuan mengecualikan wanita daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan demonstrasi.

Bahan cemuhan

Kejadian serangan seksual di Dataran Tahrir pada Januari lalu menjadi cemuhan masyarakat.

Pengawal di dataran itu, Soraya Bahgat berkata, apakah yang wanita itu lakukan di Tahrir? bagaimana mereka berpakaian? dan bilakah waktu mereka berada di situ.

Seorang lagi pengawal di kawasan itu Ahmed Shokri berkata, pemeriksaan badan terpaksa dilakukan kerana pihak berkuasa mahu memastikan peserta penunjuk perasaan tidak membawa senjata.

“Kami cuba membentuk satu kawasan yang dikhususkan untuk wanita tetapi perkara itu sukar dilakukan kerana golongan wanita kini lebih bebas dan lantang bersuara,” katanya dalam laporan AFP.

Akhbar tempatan memetik laporan Majlis Syura sebagai berkata, golongan wanita kini lebih bebas dan ada juga yang bersikap samseng.

“Golongan wanita sepatutnya tidak perlu menyertai demonstrasi kerana perkara itu mengundang ancaman,” menurut laporan itu.

Namun, baru-baru ini Majlis Syura memutuskan bahawa golongan terbabit dibenarkan menyertai demonstrasi sebagai keadilan gender tetapi mereka perlu diasingkan antara lelaki.

“Kini Dataran Tahrir telah menjadi seperti sarang pelacuran kerana terlalu ramai wanita mula berkumpul sesama mereka,” katanya.

Seorang pendakwah, Abu Islam, menyifatkan wanita di Mesir kini seperti bertelanjang walaupun mereka berhijab.

“Mereka pergi ke Tahrir seperti mengundang untuk dirogol dan dicabul,” katanya.

Sementara itu, Majlis Kebangsaan Wanita meminta Perdana Menteri Mesir, Muhammad Mursi bersama penggubalan undang-undang memberikan hak kesaksamaan golongan lelaki dan wanita.

“Jika undang-undang ini boleh digubal, kami yakin keganasan terhadap wanita dapat dikurangkan,” katanya.
Tindakan anggota antarabangsa

Negara-negara Barat dan Islam pada minggu lalu mencapai persetujuan dalam deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menetapkan tindakan bagi memerangi keganasan terhadap wanita.

Iran, Libya, Sudan dan negara-negara Islam lain bersetuju untuk menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita dan gadis tidak boleh menggunakan alasan ‘pertimbangan budaya, tradisi atau agama’.

Manakala negara-negara Barat terutama dari Scandinavia mengeluarkan desakan terhadap hak kesihatan seksual.

Kira-kira 6,000 badan bukan kerajaan (NGO) dan 193 negara anggota PBB berada di New York bagi menghadiri persidangan Suruhanjaya Status Wanita yang berlangsung semalam dua minggu itu.

Deklarasi ini pada mulanya panas apabila sebahagian negara anggota tidak menyokong terutama perwakilan dari negara konservatif.

Namun. Pengarah Eksekutif PBB bagi Wanita, Michelle Bachelet berkata, ia merupakan satu persidangan bersejarah.

Cubaan terakhir oleh suruhanjaya PBB itu berhubung keganasan terhadap wanita pada 2003 berakhir dengan kegagalan.


Sinar Harian,
28 Mac,2013


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Khamis,28 Mac,2013.

Pendidikan ,Halatuju dan Matlamat

Pendidikan merupakan asas kehidupan yang dapat membangun minda manusia bersumberkan kekuatan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki sebagai sarana yang paling dominan untuk membuat anjakan paradigma melakukan perubahan dalam hidup. Kecemerlangan dan kekuatan intelektual yang dimiliki menjadi katalisator  pembangunan diri.Kecemerlangan dan kemajuan sesebuah negara diukur melalui tahap pendidikan yang diterima oleh rakyatnya yang celik ilmu dan berpendidikan sebagai aset pembangunan negara.

Peradaban manusia

Peradaban manusia yang beranjak secara beransur melalui reformasi pemikiran,cara hidup dan sosio budaya menunjukan tahap pendidikan dan penguasaan ilmu pengetahuan semakin berkembang maju.Hebatnya manusia kerana minda fikirnya sentiasa berkembang mencipta kemajuan. Jika 100 tahun dahulu orang menggunakan kereta lembu dan basikal sebagai pengangkutan, kini berbagai kenderaan dengan jenama moden memenuhi jalan raya sebagai manifestasi kemajuan ilmu pengetahuan berteknologi tinggi . Bermakna peradaban manusia sentiasa berubah mencipta berbagai  inovasi untuk kesejahteraan hidup sejagat.

Pendidikan berterusan

Ilmu pendidikan mengajar manusia menjadi ilmuan yang berbudi mulia,mempunyai nilai-nilai moral dan budaya yang tinggi selari dengan perkembangan Jasmani,Emosi,Rohani Inteletek (JERI)yang dimiliki sebagai tonggak kecemerlangan diri.Keempat-empat elemen yang terkandung dalam JERI merupakan struktur asas modal insan yang perlu dibangunkan untuk mengekalkan jati diri sebagai  intektual yang berintegriti dan berwibawa untuk berpartisipasi dalam pembangunan negara.Pendidikan berterusan yang berfokus kepada pembangunan diri manusia menjadi aset  negara kerana generasi yang berilmu pengetahuan,berkemahiran dan mempunyai kecekapan menjadi pemacu kemajuan  negara.

Arah tuju pendidikan

Arah tuju dan matlamat pendidikan adalah jelas seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berfokuskan JERI.Peranan pendidik semakin mencabar dengan berlakunya transformasi pendidikan seperti mana terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 menekankan kepada kemenjadian murid yang merangkumi kebolehan memimpin,mampu mencipta inovasi, penguasaan dalam berbagai bahasa untuk bersaing dengan masyarakat global.Justeru pendekatan dan instrumen yang diaplikasi dalam sistem penyampaian turut berubah. Pelajar tidak lagi dinilai semata-mata berasaskan kecemerlangan kurikulum seperti sekarang tetapi merangkumi seluruh potensi diri sebagai asas pertimbangan berdasarkan standard prestasi yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Khamis 28 Mac,2013.


Tuesday, March 26, 2013

Masjid Cantik Tanpa Makmum

Bertadabbur dengan alam merupakan ciri orang bertakwa yang melihat setiap kejadian Tuhan di atas muka bumi dengan penuh keimanan.Hamparan bumi yang luas terbentang dihiasi indah gunung ganang menghijau mengandungi  berbagai spesis  flora dan fauna menjadi saksi kebesaran Tuhan.Keindahan alam ciptaan Tuhan menjadi ibrah dan  pengajaran yang sangat berguna kepada manusia yang melihat setiap ciptaan Allah SWT dengan mata hati. Membaca catatan perjalanan saudara Mohd.Sayuti Omar atau lebih mesra dengan panggilan MSO ke Acheh Selatan menggamit rasa syahdu dan rindukan kehidupan kampung halaman tempo dulu. 

Peristiwa Tsunami

Bumi Acheh mempunyai sejarah yang sungguh menyedihkan pada 26 Disember,2004 bila mana gempa bumi kuat melanda menyebabkan Tsunami dahsyat mengorbankan ratusan ribu penduduknya. Peristiwa ini menjadi igauan ngeri kepada masyarakat Acheh hingga kini.Bukan saja melanda Acheh, Tsunami turut membadai Thailand, Sri Langka dan Malaysia mengorbankan ribuan nyawa dan kemusnahan total harta benda. Peristiwa ini menjadi saksi kehebatan Allah SWT yang melindungi RumahNYa dari musnah.

Mengimarah Masjid


Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku 8 tahun lalu, masyarakat Islam seharusnya tidak alpa dengan suruhan Allah untuk mengimarahkan Masjid dan Surau kerana azab Tuhan boleh berlaku tanpa sebarang petanda. Setinggi mana pun ilmu manusia, kita tidak mampu menganalisis setiap perlakuan  alam. Saya rasa terharu dan sedih dengan catatan MSO Masjid-masjid cantik dan indah tetapi tiada makmum, kecuali Imam dan Bilal sahaja yang berjamaah. Mudah-mudahan  Allah SWT memberikan taufik dan hidayahNYa kepada masyarakat Islam memakmurkan rumahNya.




Sumber video tsunami Acheh 2004

Che'Yahya Che'Soh
Kuala Lumpur.
26 Mac,2013.


Monday, March 25, 2013

Tokoh pemikir Islam Dr Muhammad Uthman meninggal dunia

26 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Tokoh Maal Hijrah 2005 Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) malam tadi akibat sakit jantung.

Dr Muhammad meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam.

Beliau meninggalkan seorang balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu.

Anak lelaki Allahyarham, Ahmad, 35, berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit namun kelihatan letih siang tadi.

"Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur, sebelum ibu menyedari bapa saya telah meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada pemberita.

Ahmad berkata bapanya juga sebelum ini tidak menunjukkan kelakuan pelik namun Allahyarham kelihatan begitu gembira pada Ahad lepas ketika berkumpul bersama anak serta cucunya.

Beliau berkata Allahyarham yang menghidap sakit jantung sejak setahun lepas juga sempat menterjemah dua buku agama.

Allahyarham akan dimandi dan disembahyang di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 9 pagi ini sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam UIA selepas solat Zohor.

Dr Muhammad, yang merupakan tokoh pemikir Islam tanah air, dilantik Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 1995 hingga 2008, sebelum dilantik semula hingga 2010.

Allahyarham juga adalah Felo Amat Utama Akademik Istac UIA dan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM). - Bernama

Sinar Harian 26 Mac 2013.

Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Selasa 26 Mac,2013.
Strong 6.2 magnitude quake rocks Guatemala


GUATEMALA CITY:
 
A powerful earthquake struck Guatemala close to the capital on Monday, though residents of Guatemala City felt little movement from the deep tremor and emergency services said there were no initial reports of damage or injuries.
 
The epicenter of the 6.2 magnitude earthquake, initially reported as a magnitude 5.8, was only 6 miles (9.5 km) southeast of Guatemala City but it was at a depth of 124.6 miles (200 km), lessening its effect.
 
Two Reuters witnesses in the city said they did not feel the quake, nor did they see people running outdoors as is often the case when powerful tremors hit.
David de Leon, a spokesman for Guatemala’s emergency agency, CONRED, said he had no reports of damage or victims.
A magnitude 6.2 quake is capable of causing severe damage.
 
Last November, more than 50 people were killed in a 7.5 magnitude quake in Guatemala in San Marcos state, a mountainous region near the Mexican border.
 
That earthquake was the strongest to shake the country since 1976, when a magnitude 7.5 quake centered about 99 miles (160 km) northeast of Guatemala City killed some 23,000 people.
 
Reuters
 
New Straits Time 26 Mac,2013
 
Che'Yahya Che'Soh
Principal SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Tuesday 26 Mac,2013.



2 pengganas cuba lolos ditembak
Nor Fazlina Abdul Rahim | nfazlina@bharian.com.my

2 pengganas cuba lolos ditembak
ANGGOTA tentera membawa mayat dua pengganas yang ditembak dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, pagi semalam.
Dua budak maut, seorang komando cedera dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu

Lahad Datu: Dua pengganas dan dua kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu dekat sini, pagi semalam. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi itu, seorang lagi kanak-kanak dan seorang anggota pasukan keselamatan turut cedera.

Anggota tentera dari Grup Gerak Khas (GGK) dipercayai terkena tembakan di paha kanan ketika menjalankan operasi menggeledah, namun keadaannya dilaporkan stabil.
Dipercayai warga asing

Pengganas dan kanak-kanak yang terbunuh serta yang cedera itu dipercayai warga asing, namun tiada pengenalan diri ditemui bersama mereka.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pertempuran itu berlaku ketika pasukan keselamatan menggeledah Kampung Tanjung Batu sebelum terserempak dengan dua pengganas.

“Ketika pertempuran berlaku, pengganas berundur dan berlari masuk ke dalam sebuah rumah menyebabkan pasukan keselamatan mengejar mereka.

“Sebaik menghampiri rumah itu, berlaku kejadian berbalas tembakan antara kedua-dua pihak. Ketika itu, seorang musuh cuba melarikan diri ke sebuah rumah lain selepas membakar rumah pertama, dipercayai taktik untuk meloloskan diri.
“Pasukan keselamatan kemudian melepaskan tembakan ke arah rumah pertama untuk tujuan keselamatan sebelum membuat penggeledahan.

Temui empat mayat

“Hasil penggeledahan, kita menemui empat mayat di dalam rumah berkenaan, iaitu dua dewasa masing-masing seorang lelaki dan wanita serta dua kanak-kanak, termasuk seorang perempuan. Seorang lagi kanak-kanak ditemui cedera.

Bagaimanapun, tiada pengenalan diri ditemui bersama mereka,” katanya pada sidang media bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini, semalam.

Kematian empat pengganas itu menjadikan jumlah militan ditembak mati pasukan keselamatan sepanjang Ops Daulat menjadi 67 orang. Ops Daulat memasuki hari ke-20 semalam, manakala jumlah mayat pengganas yang berjaya dikeluarkan sehingga kini 42.

Zulkifeli berkata, semakan di lokasi kejadian turut menemui bekalan makanan milik pengganas dan kediaman berkenaan dipercayai dijadikan lokasi persembunyian mereka.

“Hasil siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan semua lima individu, termasuk empat yang ditemui mati itu anggota kumpulan pengganas. Sekiranya mereka bukan pengganas, mereka mungkin tali barut.

“Semua empat mayat sudah dikeluarkan untuk dibedah siasat, manakala kanak-kanak yang cedera diterbangkan menggunakan helikopter pasukan keselamatan ke Hospital Sandakan. Kita tidak dapat pastikan umur kanak-kanak yang mati dan cedera sehingga bedah siasat selesai,” katanya.
Berita Harian 25 Mac,2013
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 25 Mac,2013.

Saturday, March 23, 2013

Antara Logika dan Iman

Pertembungan antara pemikiran dan keyakinan,sentiasa berlaku dalam diri manusia untuk mencari hakikat kebenaran yang hakiki. Bagi siapa yang cuba merenungi kejadian setiap makhluk di muka bumi secara akliah sudah pasti akan bertemu dengan jawaban yang autentik bahawa antara logika dan iman sentiasa berantagonis antara satu sama lain.Batas pemikiran manusia secara selapis hanya berdasarkan logika semata-mata tetapi penggunaan akal yang bertunjangkan iman bersumberkan hati yang suci bersih pasti mudah menerima kebenaran dengan memerhati  setiap kejadian melalui mata hati sehingga menimbulkan  keyakinan (Akidah) terhadap Illahi.















Hamparan bumi. Gambar semasa di Scotland 2011.
  
Kisah Mustahil
 
Dalam Al Qur'an terdapat banyak kisah mustahil yang sukar diterima oleh akal. Peristiwa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim As yang dibakar hidup-hidup tetapi dengan izin Allah SWT baginda tidak disentuh oleh api, sukar diterima oleh akal.Nabi Nuh As membawa rombongan orang-orang beriman dan pasangan haiwan belayar dalam Bahteranya  membelah gelombang banjir terbesar yang menenggelam bumi sehingga selamat berlabuh di Bukit Judi juga tidak mudah diterima oleh akal bagi orang yang nipis keyakinannya kepada kuasa Tuhan. Begitu juga dengan peristiwa ganjil yang berlaku kepada Nabi SAW yang di Israk dari Masjidil Haram Mekah Al Mukarramah ke Masjidil Aqsa Palastine dan mikraj kelangit kemudian balik ke Mekah dalam tempoh yang singkat merupakan peristiwa "miracle" yang benar-benar terjadi kepada baginda sehingga sukar dicerna oleh pemikiran secara logika. Jika kita telusuri perjalanan akal yang dipandu dengan iman, tidak mustahil meyakini setiap sirah kejadian menjadi tamsil dan ibrah kepada setiap hamba yang beriman dengan kekuasaan Tuhan.Kisah penciptaan manusia berasal dari setitik mani bercampur merupakan bukti konkrit kehebatan Allah Yang Maha Berkuasa.Tuhan Maha Berkuasa mampu mencipta sesuatu dari tiada kepada ada dan kemudian tiada.

Orang Beriman

Orang beriman ialah mereka yang yakin dengan setiap ketentuan Tuhan.Mereka mempercayai dengan sebenar-benarnya setiap kejadian itu bersumber dari Pencipta, bukannya terjadi secara semula jadi sepertimana pemahaman Barat yang memisahkan Ilmu dengan Agama. Menjadikan juzuk-juzuk yang terpisah dari Agama menyebabkan pemikiran manusia menyakini dokrin yang dibawa oleh Barat benar belaka.Justeru banyak kita temui dalam berbagai jurnal penulisan para sarjana Barat tidak menyinggung langsung tentang hakikat Ketuhanan sebagai sumber kehidupan (way of life).Bagi mereka Ilmu dan Agama tidak boleh disamakan. Justeru lahirlah pemikiran yang bersandarkan kepada logika semata-mata dengan melihat kehidupan ini sebagai sesuatu yang terpisah dari Millah yang tidak bersandarkan keyakinan kepada Tuhan.

Wallahu'allam


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 24 Mac,2013.

Friday, March 22, 2013

Syria suicide bombing kills top pro-Assad Sunni Muslim preacher

Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti, an 84-year-old cleric known to all Syrians as a religious scholar, speaks at a press conference. Al-Buti, a top Sunni Muslim preacher and longtime supporter of President Bashar Assad was killed in a suicide bombing in the Eman Mosque, at the Mazraa district, in Damascus, Syria on Thursday.

The Associated PressSheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti, an 84-year-old cleric known to all Syrians as a religious scholar, speaks at a press conference. Al-Buti, a top Sunni Muslim preacher and longtime supporter of President Bashar Assad was killed in a suicide bombing in the Eman Mosque, at the Mazraa district, in Damascus, Syria on Thursday.

A suicide bomb ripped through a mosque in the heart of the Syrian capital Thursday, killing a top Sunni Muslim preacher and outspoken supporter of President Bashar Assad in one of the most stunning assassinations of Syria’s 2-year-old civil war. At least 41 others were killed and more than 84 wounded.

The slaying of Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti removes one of the few remaining pillars of support for Assad among the majority Sunni sect that has risen up against him.
It also marks a new low in the Syrian civil war: While suicide bombings blamed on Islamic extremists fighting with the rebels have become common, Thursday’s attack was the first time a suicide bomber detonated his explosives inside a mosque.

A prolific writer whose sermons were regularly broadcast on TV, the 84-year-old al-Buti was killed while giving a religious lesson to students at the Eman Mosque in the central Mazraa district of Damascus.


The Associated Press

The Associated PressThe Eman Mosque is seen destroyed after a suicide bomber
blew himself up, killing Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti, an 84-year-old 
cleric known to all Syrians as a religious scholar, at the Mazraa district, in Damascus, 
Syria on Thursday.

The most senior religious figure to be killed in Syria’s civil war, his assassination was a major blow to Syria’s embattled leader, who is fighting mainly Sunni rebels seeking his ouster. Al-Buti has been a vocal supporter of the regime since the early days of Assad’s father and predecessor, the late President Hafez Assad, providing Sunni cover and legitimacy to their rule. Sunnis are the majority sect in Syria while Assad is from the minority Alawite sect – an offshoot of Shiite Islam.

“The blood of Sheik al-Buti will be a fire that ignites all the world,” said Grand Mufti Ahmad Badreddine Hassoun, the country’s top state-appointed Sunni Muslim cleric and an Assad loyalist.

Syrian TV showed footage of wounded people and bodies with severed limbs on the mosque’s blood-stained floor, and later, corpses covered in white body bags lined up in rows. Sirens wailed through the capital as ambulances rushed to the scene of the explosion, which was sealed off by the military.
Among those killed was al-Buti’s grandson, the TV said.

The bombing was among the most serious security breaches in the capital. An attack in July that targeted a high-level government crisis meeting killed four top regime officials, including Assad’s brother-in-law and the defense minister.

Source : AP

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Jumaat 22 Mac 2013

Khutbah Jumaat Menginsafkan

Inti Khutbah Jumaat yang dibacakan Khatib di Masjid Ar Ridhuan Hulu Kelang hari ini sungguh menginsafkan diri selaku hamba Tuhan yang menumpang sementara di muka bumi ini. Mauduk berkaitan kematian manusia menuju alam barzah yang penuh dengan ujian getir sebagai tempat persinggahan ketiga manusia sebelum ke Mahsyar untuk mempertanggungjawab segala amalan semasa hidup di dunia. Bermula dengan membaca Firman Allah "Setiap yang bernyawa akan merasai mati"  beliau mengisahkan pemergian seorang ulama Syria Sheik Mohamad Said Ramadhan Al Buti yang syahid semasa menyampaikan kuliah pengajian  di sebuah Masjid terkorban bersama jamaah lain disebabkan penyerang berani mati meletupkan dirinya.Semoga Allah SWT memberikan tempat sebaik-baiknya kepada Almarhum.
 
Al Fatihah.
Sheik Dr. Ramadan Al Buti
Gambar: Internet.

  
Che'Yahya Che'Soh
Makmum
22 Mac,2013.

Thursday, March 21, 2013

15,793 calon dapat semua A

PUTRAJAYA 21 Mac - Seramai 15,793 daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, jumlah itu melibatkan seramai 13,721 calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 2,072 calon sekolah bukan di bawah kementerian.

Beliau berkata, pada 2011 jumlah calon yang mendapat semua A bagi sekolah di bawah kementerian adalah sebanyak 12,790 calon manakala calon sekolah bukan di bawah kementerian pula sebanyak 2,109.

"Di samping itu, seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah kementerian dan 43 calon sekolah bukan kementerian berjaya memperoleh gred A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2012 di sini hari ini.

Utusan Malaysia 22 Mac,2013.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut,Kuala Lumpur.
Jumaat 22 Mac

Kak Ngah Selamat Ijab Qabul

Alhamdulillah Kak Ngah Siti Aliyah Che'Yahya telah selamat di Ijab Qabul bersama pasangannya Mohd. Zulkifli Nawawi pada hari Khamis malam Jumaat 21 Mac,2013 oleh  JuruNikah Ustaz Mohd.Sayuti Imam Masjid Sobbirin AU5 Keramat di rumah kami. Upacara akad nikah dilakukan sendiri oleh ayahnya Che'Yahya Che' Soh.Beberapa peringatan telah disampaikan oleh Ustaz Sayuti sebelum akad nikah dilakukan seperti rukun nikah, syarat dan wajib setelah bergelar suami isteri. Tepat jam 9.40malam majlis bermula. Alhamdulillah lafaz akad berjalan lancar.Majlis perkahwinan akan di adakan pada hari Sabtu 23 Mac,2013 diperkarangan rumah kami.


















Siti Aliyah dan Mohd Zulkifli 
semasa bertunang Februari, 2012.


Tugas bapa

Saya telah menjalankan tugas dan tanggungjawab selaku bapa bagi memenuhi tuntutan Allah dan RasulNya SAW dengan menikahkan sendiri anak kandung Siti Aliyah Che'Yahya dengan mengambil kira malam penuh berkat Jumaat penghulu segala hari semoga Allah SWT memberikan keberkatan,ketenangan dan kesejahteraan kepada anak menantu yang memasuki gerbang perkahwinan. Ya Allah jadikanlah pasangan anak ku dari kalangan hambaMu yang beriman, bertaqwa dan berikanlah kerahmatan kasih sayang berpanjangan  dalam melayari bahtera rumah tangga hingga ke akhir hayat mereka.














Siti Aisyah Che'Yahya (Kak Lang)

Majlis Siti Aisyah

InsyaAllah pada hari ini Jumaat 22 Mac , sebelum Isya' akan berlangsung majlis pertunangan seorang lagi anak saya Siti Aisyah Che'Yahya dengan pasangannya Mohd.Aslami bin Amir. Siti Aisyah yang mesra dengan panggilan Kak Lang balik bercuti selama dua minggu untuk majlis pertunangan beliau. Kak Lang bekerja sebagai Pharmacist di Sheffield UK sejak September,2009 sebaik menamatkan pengajiannya di School of Pharmacy University Of Nottingham. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan ini. Harapan ku hanya restu Illahi yang sangat didambakan dalam setiap kehidupan. 

Che'Yahya Che'Soh
27 Jln.AU4/1 Taman Seri Keramat 
Tengah Kuala Lumpur. 
Jumaat 22 Mac,2013.

Wednesday, March 20, 2013

12 Calon Semua A :SPM Results SMKSB@STAR 2012

Seramai 415 calon  SMKSB@STAR menduduki SPM tahun lalu. Calon cemerlang 12 orang meningkat seramai 5 berbanding tahun 2011  hanya 7 orang. Peratus lulus 78.55 (75.2-2011) beza 3.35  dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 5.29 naik 0.01 dari 5.3 tahun 2011. Kedudukan sekolah ialah 54/96 berdasarkan ranking di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan terima kasih tak terhingga kepada semua guru yang berhempas pulas mengajar dan memberikan komitmen untuk kejayaan ini.Pelajar yang mendapat 10A 1B 4 orang, 9A 2B 1 orang, 9A1B 5, 8A 3B 1, 8A2B 5 dan 8A1B seorang. Pihak sekolah telah merangka dan melaksanakan Pembestarian SPM dengan memberi fokus kepada pelbagai aktiviti dan kegiatan untuk pencapaian pelajar. 

Che' Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
21 Mac,2013.


Khamis 21 Mac, Keputusan SPM Keluar

Daya intuitif saya mengatakan keputusan SPM 2012 SMKSB@STAR akan meningkat dari segi peratus kelulusan dan gred purata sekolah(GPS)naik.Calon cemerlang(semua A) juga kemungkinan besar meningkat dari tahun sebelumnya (2011-7 orang) kepada lebih 10 orang. Bagaimana pun lihat esok keputusannya ...Hope all candidates will get best  results tomorrow after  10.00 am at school.

Principal
SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
20 Mac,2013.

Bicara Pengarah Bersama Pemimpin Sekolah

Seperti biasa sebulan sekali Sektor Jaminan Kualiti (SJK) Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP) akan  mengadakan program Hari Profesionalisma sebagai wacana ilmu untuk membincangkan perkembangan dan pembangunan pendidikan terkini yang berlaku dalam  negara. Pengarah Pelajaran En. Abdulah Mad Yunus menggarisbawahi beberapa isu penting yang perlu dilaksanakan oleh Pengetua dan Guru Besar sejajar dengan  matlamat mencapai  misi Kementerian Pelajaran  bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan pelajar-pelajar berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran, mampu mencipta innovasi dan berkebolehan memimpin.Penguasaan pelajar dalam berbagai bahasa merupakan indikator kecemerlangan pendidikan. Dalam masa yang sama nilai-nilai etika dan kerohanian menjadi pegangan untuk memupuk jati diri yang cintakan negara.

Pelan strategik 

Pengurusan organisasi perlu melihat kekuatan,kelemahan dan pencapaian semasa yang berlaku di sekolah bagaimana mengurus sumber dan pengendalian aktiviti yang dilaksanakan.Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) merupakan dokumen penting sebagai sarana kemajuan sesebuah sekolah.Melalui SKPM,band sekolah menjadi indikator kecemerlangan. Justeru kepimpinan Pengetua /Guru Besar  menjadi sasaran kerja utama yang perlu dilaksanakan seoptima mungkin bagi meningkatkan pencapaian organisasi mereka.Mulai tahun depan(2014)semua program JQAF akan dilaksanakan disemua sekolah rendah termasuk SJK(T) dan SJK(C).

ProD

Program Organization Development(ProD) telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Institut Aminudin Baki (IAB) bertujuan untuk membicarakan keperluan  pembangunan individu dan pasukan, pembangunan budaya organisasi melalui komunikasi, mengamalkan kerja berpasukan, empowerment pengupayaan, pembabitan staf, mengurus perubahan dan innovasi kreativit. Elemen-elemen ini sangat penting dalam pengurusan bagi memastikan kecemerlangan sesebuah organisasi.


Penempatan Guru cemerlang

Penempatan Guru Cemerlang dan Pentadbir Cemerlang di PPD akan dilaksanakan Kementerian dan Jabatan bagi membantu sekolah-sekolah meningkatkan kecemerlangan mulai tahun 2014.Penempatan ini akan diurus oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).Demikian tegas Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Hajah Rosni Ab.Jalil. Dalam nada tegas beliau mengingatkan sekolah tidak menjadikan hari Sabtu sebagai cuti ganti digunakan untuk program lain kerana menyalahi prosedur Melindungi Masa Instruksional (MMI). Jika didapati sekolah mengingkari arahan, tindakan akan dikenakan keatas  Pengetua /Guru Besar. Beliau juga mengatakan sekolah-sekolah akan dibuat penggredan semula berdasarkan bilangan murid dan enrolmen yang ditetapkan oleh BPSM. Elaun tanggungjawab Ketua-ketua Bidang sekolah Gred B sedang  diteliti untuk pertimbangan BPSM.

YDP MPSM

Penjelasan dengan nada yang tinggi kurang profesional YDP Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Puan Shamsiah Ahmad membangkitkan isu berkaitan MBM/MBI yang kononnya tidak dilaksanakan oleh Pengetua menimbulkan rasa kecewa dan kurang menyenangkan seolah-olah beliau tidak memahami keadaan yang berlaku di sekolah. Seharusnya YDP bertindak bijaksana bukannya melontarkan kesalahan kepada pengetua dalam forum seperti ini. Platform yang digunakan tidak sesuai untuk melepaskan rasa marah dan geram kepada rakan-rakan Pengetua . Semoga menjadi iktibar kepada kita semua yang mendokong dan menjadi ahli MPSM.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Ahli MPSM Kuala Lumpur.
Rabu 20 Mac,2013.



Tuesday, March 19, 2013


Google lancar Chromebook Pixel

Google lancar Chromebook Pixel 
Chromebook Pixel menggabungkan teknologi laptop dan tablet.
 
SAN FRANCISCO: Google melancarkan komputer peribadi skrin sesentuh yang direka bagi pengguna mewah sekali gus memberikan persaingan kepada Apple MacBooks.

Google berkata komputer Chromebook Pixel yang menggabungkan teknologi laptop dan tablet, menawarkan cip intel yang berdaya tahan serta skrin yang dikhususkan bagi elemen grafik yang tinggi.
Ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada harga permulaan AS$1,299 (RM4,026.90).


“Orang ramai akan berhenti memilih MacBook Air dan menggantikannya dengan yang ini,” kata Naib Presiden Kanan Google Chrome, Sundar Pichai.

Model Pixel yang mempunyai ciri seperti sambungan bina dalam kepada perkhidmatan Internet mudah alih Verizon yang akan berada di pasaran AS pada harga AS$1,449 (RM4,491.90).

Versi yang baru dilancarkan itu boleh mempunyai sambungan dalam talian dengan teknologi hotspot tanpa wayar atau kabel.

“Ia adalah sebuah produk yang hebat,” kata Om Malik dari laman web berita teknologi, GigaOm semasa kemunculan pertama Pixel di San Francisco.
“Namun Google mempunyai masalah dengan jualan, mereka perlu bersaing dengan harga asal dan mambina asas pemaju bagi produk mewah,” katanya.

Google berharap peminat akan mengelakkan perbandingan harga dengan pesaing seperti MacBooks atau komputer riba yang menggunakan perisian Windows 8 dan memfokuskan kepada ciri skrin sentuh Pixel dan penyimpanan data yang besar dalam Google Drive yang turut dimuatkan.

“Ia kelihatan seperti agak sukar dijual,” kata Penganalisis Forrester, James McQuivey.

“Saya berharap mereka tidak bercadang untuk membuat keuntungan daripadanya,” katanya. 
Berita Harian 24/2/2013
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.

Otak perlu sentiasa di jana


 
 sumber:andihm.esaunggul.ac.id

Umpama sebuah kereta,bateri merupakan sumber kuasa . Jikalau bateri tidak dijana beberapa lama   kereta tidak boleh diguna.Otak manusia umpama sebuah bateri kereta yang berfungsi menjadi janakuasa seluruh peralatan dan kelancaran enjin kereta. Pemangkin kepada aktiviti kehidupan bergantung kepada kemampuan otak kita sebagai penggerak minda  berfikir secara futuristik untuk melakukan perobahan dalam hidup.Penjanaan minda kearah transformasi kehidupan memerlukan kekuatan diri merobah tabiat, sikap dan tingkahlaku menjadi budaya terpuji.

Contohi masyarakat Jepun

Jepun merupakan sebuah negara maju yang berdisplin. Kesedaran rakyatnya terhadap kebersihan menjadi sebutan masyarakat dunia.Orang Jepun tidak membuang sampah merata-rata.Mereka akan menyimpan bekas gula-gula atau coklat dalam kantung/poket jika tidak terjumpa tong sampah. Sungai-sungai mereka bersih dan jernih kerana kebanyakan rakyat mereka mempunyai kesedaran tentang alam sekitar yang cukup tinggi. Mencontohi budaya hidup dan cara bekerja orang Jepun yang rajin dan berdisplin seharusnya menjadi ikutan kita jika ingin maju. Walau pun dilanda gempa dan tsunami kuat tahun 2011 yang lalu namun Jepun tetap bangkit menjadi sebuah negara maju yang moden.
Berfikir luar kotak

Alaf teknologi yang berkembang pantas menuntut kita berfikir di luar kotak. Maksudnya meluaskan nuansa minda melihat perspektif kehidupan secara global. Perobahan mendadak teknologi dalam segala bidang mempengaruhi aktiviti kehidupan manusia.Abad digital yang menguasai gaya hidup mempengaruhi sikap dan tatacara kehidupan sesama manusia tanpa batas ,jarak dan waktu.Sebagai seorang pendidik, menjadi tugas dan tanggungjawab kita  menuntun minda pelajar berfikir bukan seperti katak di bawah tempurung  yang hanya mengetahui dunia persekitarannya sahaja sehingga pemikiran mereka statik, jumud dan tidak berkembang. Berfikir di luar kotak mampu menjana kekuatan otak kita .


Taakul minda.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Selasa 19 Mac,2013.


Minggu Terakhir Sekolah

Jumaat 22 Mac,2013 hari terakhir persekolahan penggal ini.Khamis 21 Mac,keputusan SPM di umumkan. Calon-calon akan mendapat slip peperiksaan   masing-masing selepas jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing.SMK Sinar Bintang@STAR mempunyai bilangan calon seramai 374 orang yang menduduki SPM tahun 2012.Kita mengharapkan keputusan tahun ini akan meningkat berbanding tahun sebelumnya. Moga-moga calon cemerlang yang disasarkan menepati target yang kita harapkan . We pray to get excellence results.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
19 Mac,2013.

47,884 calon STPM lulus


47,884 calon STPM lulus 
 
Pelajar cemerlang SMK Ketereh, Kota Bharu gembira memperoleh keputusan peperiksaan STPM, semalam. - Foto Zaman Huri Isa
 
Kuala Lumpur: seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 memperoleh kelulusan penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran, berbanding 46,705 atau 92.19 peratus calon tahun lalu.

Peningkatan keputusan

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata secara keseluruhan, pencapaian calon menunjukkan peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) daripada 2.22 kepada 2.24.

Beliau berkata 51,673 calon tahun lalu adalah kumpulan terakhir yang menduduki sistem peperiksaan STPM semasa sebelum menggunakan sistem pentaksiran baru mengikut penggal berikutan penjenamaan semula Tingkatan Enam yang bermula tahun ini.

Katanya, jumlah calon mendapat PNGK 4.00 juga meningkat seramai 142 daripada 300 calon kepada 442 kali ini, manakala 18 calon memperoleh keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran diambil, berbanding 12 calon pada 2011.

“Jumlah calon di sekolah kerajaan termasuk di luar bandar yang lulus penuh bagi lima dan empat mata pelajaran juga meningkat 1,253 orang, iaitu kepada 23,683 daripada 22,430 pada 2011,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan STPM, Anugerah Pelajar Cemerlang STPM dan Malaysian University English Test (MUET) di MPM, di sini semalam.

Peningkatan prestasi

Pada majlis itu, MPM menyerahkan ganjaran RM1,000, sijil penghargaan dan plak kepada 23 calon, iaitu 18 pelajar cemerlang, dua pelajar istimewa cemerlang (kategori buta dan rabun), seorang pelajar cemerlang luar bandar serta dua calon terbaik MUET, masing-masing bagi sesi Mac dan November 2012.

Keputusan tahun lalu juga menyaksikan enam mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi dengan Further Mathematics T sebanyak 11.43 peratus, Bahasa Cina (5.20), Ekonomi (3.94), Syariah (2.46) dan Sejarah serta Geografi (2.09 peratus).

“Dua mata pelajaran yang menunjukkan penurunan adalah Bahasa Arab sebanyak 3.25 peratus dan Literature in English 7.24 peratus,” katanya sambil menambah Selangor mencapai keputusan terbaik keseluruhan, manakala Kelantan dan Sabah mencatat prestasi kurang memberangsangkan.

Calon MUET bertambah

Sementara itu, jumlah calon MUET bagi tiga sesi peperiksaan pada 2012 meningkat daripada 34,201 sesi Mac kepada 60,558 sesi Julai dan 75,589 sesi November. Keseluruhannya, ada peningkatan prestasi calon MUET sesi November apabila 36.22 peratus memperoleh band 3 atau lebih baik, berbanding 23.94 peratus pada sesi Julai. 
Berita Harian 19 Mac,2013.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur
Selasa 19 Mac,2013.

Monday, March 18, 2013

STPM: Kelantan catat sejarah terbaik, 12 calon lulus semua A

KOTA BHARU 18 Mac - Kelantan mencatat sejarah terbaik dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 apabila 12 calonnya mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding hanya empat orang tahun sebelumnya, iaitu peningkatan tiga kali ganda.

Jumlah tersebut tidak termasuk tujuh lagi calon yang mendapat keputusan A bagi empat daripada lima mata pelajaran diambil, sekali gus menjadikan sebanyak 19 calon kesemuanya berjaya mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 tahun ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, peratus calon lulus penuh pula adalah seramai 5,399 calon iaitu 95.12 peratus daripada keseluruhan 5,676 calon, mengatasi pencapaian peringkat nasional iaitu 92.67 peratus.

Beliau berkata, pihaknya berbangga kerana peratusan kecemerlangan pelajar yang memperoleh keputusan empat dan lima prinsipal juga berjaya mengatasi peringkat nasional iaitu 53.7 peratus atau 3.048 calon berbanding 47.39 peratus, malah enam mata pelajaran turut mengatasi pencapaian nasional iaitu Perkomputeran, Kesusasteraan Melayu, Sains Sukan, Geografi, Bahasa Cina dan Seni Visual.

Selain itu, katanya, empat pelajar telah dipilih sebagai pelajar terbaik peringkat nasional berbanding seorang sahaja pada 2011 iaitu Azira Mohd. Asri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa; Nurhanisah Deraman (SMK Cherang Ruku), Ahmad Herman Rodzi (SMK Ketereh) dan Siti Aidah Othman (SMK Tendong).

"Walaupun peratus calon lulus penuh menurun sedikit iaitu sebanyak 0.87 peratus berbanding tahun 2011 tetapi penurunan ini amat kecil dan yang lebih utama bagi kami adalah peningkatan kecemerlangan pelajar hasil komitmen bersungguh-sungguh para guru dan pengurusan sekolah.

"Tahun 2012 kita mempunyai 19 pelajar yang mendapat PNGK 4.0 iaitu satu pencapaian yang tidak pernah kita peroleh sebelum ini, begitu juga dengan bilangan pelajar yang mendapat empat dan lima prinsipal.

"Apa yang menarik adalah trend kecemerlangan ini tertumpu di sekolah luar bandar dan saya berterima kasih atas kesunguhan warga pendidik melaksanakan kesemua perancangan sama ada yang diatur pihak sekolah atau jabatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM negeri Kelantan 2012 di pejabat Jabatan Pelajaran negeri di sini hari ini. - UTUSAN

Utusan Malaysia Online 
Isnin 18 Mac,2013

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
18 Mac,2013.

Sunday, March 17, 2013

Indian Police Detain 20 Over Swiss Tourist's Rape


Police in central India said Sunday that they have detained 20 men after a Swiss woman on a cycling trip with her husband was gang-raped.
No arrests have been made so far, but police were questioning the men in connection with the rape on the woman Friday night in Datia district of Madhya Pradesh state, said senior police officer D.K. Arya.

The couple told police that the woman had been raped by seven or eight men, but that it was dark and they could not be sure of the exact number, Arya said. They said the husband also was attacked by the men.

The woman, 39, was treated Saturday at a hospital in the nearby city of Gwalior and was released later that day, police said.

Arya said that as an initial step, police have registered a rape case against seven men while they search nearby villages for other suspects.

The attack came three months after the fatal gang rape of a woman aboard a New Delhi bus outraged Indians and spurred the government to pass laws to protect women.

The couple, who were on a three-month vacation in India, had visited the temple town of Orchha and were planning to cycle to Agra to visit the Taj Mahal, nearly 210 kilometers (130 miles) away.

India Tourist Gang Rape.JPEG
AP
A Swiss woman, center, who was gang raped by... View Full Caption
 
They set out from Orchha on Friday and pitched their tent in a forest near Jatia village when they were attacked by a group of men armed with wooden sticks, police said.

The men beat up the husband, tied him to a tree and then raped the woman, police said.
The Swiss ambassador in India, Linus von Castelmur, has spoken to the couple and has demanded a swift probe of the incident by Indian authorities.

Castelmur said he was "most distressed" by the incident and has assured the couple of the Swiss government's help and support.

"Their health and treatment is the priority of the moment," the Swiss Embassy said in a statement.
The embassy said it was in touch with local authorities in Madhya Pradesh and has urged a "swift investigation and for justice to be done."

Last month, the Swiss government issued a travel notice for India that included a warning about "increasing numbers of rapes and other sexual offenses" in the South Asian nation, and the latest incident is likely to raise concerns in India about the country's tourism industry. According to government statistics, around 6.5 million foreign tourists visited India in 2011, generating about $120 billion for the nation's travel and hospitality sector.

The gang rape in December of a 23-year-old student aboard a moving bus in New Delhi, the capital, set off nationwide protests, sparking a debate about the treatment of women in India and highlighting the inability of law enforcement agencies to protect them.

One of six suspects in the December attack was found dead in a New Delhi jail this past week. Authorities said he hanged himself, but his family and lawyer insisted foul play was involved, and a magistrate is investigating. Four other men and a juvenile remain on trial for the attack.

World : New Straits Time 17 Mac,2013.

Che'Yahya Che' Soh
Principal SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Sunday 17 Mac,2013. 

Saturday, March 16, 2013



Barisan kepimpinan PIBG 2013/2014 . En Simon Khor
(bertali leher)di pilih sekali lagi sebagai YDP PIBG 
SMKSB@STAR.



Para pentadbir dan hadirin yang datang


 

Persembahan pelajar.


 











 
Persembahan gamelan yang mengasyikan dalam kalangan
pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. 


 
 Hadirin dan guru-guru menyaksikan persembahan pelajar.



Proses pengundian memilih AJK baharu 2013/2014.



Kepenatan nampaknya En. WNazmi 
banyak ambil gambar .

Gambar: WNAZMi.

Perjalanan mesyuarat lancar dan sempurna. Terima kasih kepada Jawatankuasa kerja yang bertungkus lumus membuat persiapan menjayakan majlis ini.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 16 Mac,2013




Friday, March 15, 2013

Empat maut nahas bas dan kereta di Jalan Lipis-Merapoh

15 Mac 2013
kemalangan
Keadaan kerera yang terbabit dalam kemalangan meragut empat orang di Kilometer 17, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis tengah malam tadi.
 
KUALA LIPIS - Empat maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Km 17, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 malam itu, bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan bertembung dengan kereta jenis Honda City yang datang dari arah bertentangan.

Empat yang terbunuh merupakan penumpang kereta iaitu Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, setahun; dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an, manakala penumpang dan pemandu bas tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan memberitahu pemberita di sini hari ini, siasatan awal polis mendapati kereta terbabit hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas berkenaan. 

"Pemandu kereta terbabit (identiti belum dikenal pasti) dan seorang lagi penumpang kereta berkenaan (identiti belum dikenal pasti) cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," katanya.

Beliau berkata, semua yang mati dan cedera itu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama

Sinar Harian
15 Mac,2013.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
15 Mac,2013.
Keputusan SPM 2012 diumum Khamis ini

KUALA LUMPUR 15 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada 21 Mac ini.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon SPM boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.

"Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran negeri iaitu tempat mereka mendaftar," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan, calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui mySMS dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran dengan setiap nombor itu dijarakkan dan dihantar ke 15888.

Jelasnya, perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada hari tersebut dan akan ditamatkan pukul 12 tengah malam 27 Mac ini.

Sebanyak 472,541 calon mendaftar menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun lalu. - UTUSAN

Utusan Malaysia 
15 Mac,2013.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
15 Mac,2013.

Dramatik PBS

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Haji Abdullah Mad Yunus hari ini (Jumaat 15 Mac,2013) mengingatkan semua Pengetua dan Guru Besar  memberi fokus kepada pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelaksanaan PBS bermula pada tahun lalu untuk pelajar-pelajar Tingkatan Satu. Mulai tahun, 2014 semua pelajar Tingkatan Tiga ditaksir berdasarkan PBS, tidak lagi melalui Peperiksaan PMR secara berpusat (Centralize examination) seperti sebelumnya.

Memahami PBS


Pentaksiran Bersasaskan Sekolah bertujuan menilai pelajar secara keseluruhan berdasarkan abiliti dan kemampuan mereka menguasai setiap mata pelajaran yang diajar melalui instrumen yang ditetapkan.PBS ialah salah satu instrumen pedagogi iaitu proses pembelajaran dan pembelajaran (PdP), mentaksir pelajar dalam bilik darjah.Memahami PBS sebagai sarana pengukuran pentaksiran pelajar sangat penting kepada guru kerana kekuatan setiap orang pelajar adalah berbeza berdasarkan BAND masing-masing.Pengarah mengingatkan semua sekolah supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan perobahan yang berlaku dalam PBS .

BAND 6 = TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
BAND 5 = TAHU, FAHAM BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
BAND 4 = TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
BAND 3 = TAHU, FAHAM , BOLEH BUAT
BAND 2 = TAHU, FAHAM
BAND 1 = TAH
U

  
Komponen PBS

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik.Semua jenis pentaksiran ini perlu dilaksanakan secara adil dan penuh tanggungjawab oleh setiap guru atau pentaksir berdasarkan Deskriptor yang ditetapkan. Eviden pelajar menjadi indikator setiap pentaksiran yang dilakukan

Penjaminan kualiti

Bagi menjamin pemantapan pelaksanaan PBS pihak sekolah perlu melaksanakan Pementoran dalam kalangan pentaksir supaya benar-benar memahami pengoperasian untuk memberi score secara autentik ,sah dan boleh dipercayai.Pementoran PBS bertujuan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur ditetapkan.Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut kesahan dan kebolehpercayaan.Penyelarasan PBS pula ialah menyeragamkan skor calon dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan manakala Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS yang dilaksanakan oleh pentaksir.

Rumusan 

Dokumen standard kurikulum dan dokumen standard prestasi akan dikeluarkan bagi memudahkan guru membuat pentaksiran . Pencairan PBS diperingkat sekolah tidak berlaku secara  menyeluruh kerana tempoh penataran terlalu singkat berbanding peringkat Jabatan dan PPD yang mengambil masa selama 4 atau tiga hari. Pengarah menyebut akan berlaku Dramatik PBS sekiranya pihak sekolah tidak bersedia dengan kekuatan ilmu dan kefahaman bagaimana pelajar mendapat band-band tertentu dalam setiap subjek mereka .

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Jumaat 15 Mac,2013.


Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...