Monday, March 5, 2012

Tahniah Lulus ACCA


Siti Maisarah Che Yahya (Chichik) semasa menerima Bsc(Hons)Accounting&Finance Sec Class Upper Division University of Warwick UK pada Julai 2010 .

Abah dan mama sangat gembira kerana CHICHIK ( Siti Maisarah Che Yahya) telah lulus dengan cemerlang dalam ujian Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan mendapat ACCA Affiliate di Kaplan Birmingham UK pada 15 Februari yang lalu. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan keberkatan dan kerahmatan dalam menjalani kehidupan setelah bertungkus lumus memerah tenaga dan usaha untuk memperoleh apa yang telah dihajati. Sungguh tidak sia-sia kami menangguhkan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur selama seminggu pada tahun lalu (Julai 2011) untuk memberi sokongan moral kepada Chichik menghadapi peperiksaan 'final semester' akhirnya berhasil mendapat keputusan yang membanggakan sehingga selesai mengikut jadual yang ditetapkan (selama 1 tahun). Pengorbanan ini cukup besar kepada mama dan abah melihat kejayaan Chik walaupun mama terpaksa memilih untuk mengambil cuti tanpa gaji selama 5 hari demi kejayaan mu.

1 comment:

  1. Salam abah dan mama,

    Thank you so much for the post (and for everything that both of you have done for me). I wont be where I am now without your love, guidance and du'a. I love you so much. May Allah bless you both ameen.

    Chichik xx

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...