Friday, March 9, 2012

Kursus Profesionalisma Pengetua WPKL

Kolej YPC-ITWEB tersergam megah di Cheras Kuala Lumpur .

Kuala Lumpur: Jumaat 9 Mac 2012 berlangsung kursus Profesionalisma Pengetua Wilayah Persekutuan di Kolej Yayasan Pendidikan Cheras (YPC IT WEB) . Kursus sehari ini dianjurkan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MPSMKL) yang dihadiri sebahagian besar Pengetua. Majlis bermula pada jam 820 pagi dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi YPC Datuk Syed Ali Al Habshee yang sangat prihatin dengan pembangunan pendidikan anak-anak khususnya di Wilayah Persekutuan. Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa kagum dengan peranan Pengetua yang berjaya memimpin sekolah sebagai sebuah organisasi yang sangat rencam, kompleks , penuh cabaran untuk melahirkan modal insan negara yang berpengetahuan, berkompeten dan mempunyai jati diri unggul untuk pembangunan negara.

Beliau juga telah mengimbau kembali sejarah penubuhan Yayasan Pendidikan Cheras pada tahun 2001 yang bermula dengan sebuah bangunan kecil di Jalan Peel kuala Lumpur, bertatih dan beransur sehingga berhasil membina kompleks YPC IT WEB yang ada sekarang dengan bilangan pelajar seramai lebih 1500 orang. Datuk Syed Ali memang terkenal sebagai seorang pemimpin yang berwawasan, futuristik dan berminda intelektual untuk memajukan pendidikan anak-anak. Kolej YPC IT WEB telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun lalu membuktikan bahawa Yayasan ini mendapat pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan dalam pembangunan pendidikan negara.

Peluang Pendidikan

YPC IT WEB sebagai sebuah institusi pendidikan menawarkan peluang melanjutkan pelajaran kepada para pelajar dalam bidang yang telah ditetapkan. Datuk Syed Ali Al Habshee juga mengharapkan mana-mana pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke IPTA, boleh memohon mengikuti kursus di kolej ini. Mereka juga diberi kemudahan dan beberapa keistimewaan yang disediakan. Keprihatinan Datuk Syed Ali memberikan peluang kepada pengetua menggunakan premis YPC untuk kegiatan rasmi seperti Majlis Graduasi, Hari Anugerah Cemerlang dan kursus-kursus secara gratis (percuma) melambang sikap pemimpin yang ingin membantu dan memajukan dunia pendidikan. Kita berdoa semoga YPC IT WEB menjadi sebuah institusi yang berkembang pesat sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini .


KURSUS MPSMWP UNTUK SEMUA PENGETUA

Kursus untuk pengetua Wilayah Persekutuan diadakan pada:

Tarikh : 9 Mac 2012 (Jumaat)
Tempat : Kolej Yayasan Pendidikan Cheras (YPC ) Web
Masa : 7.30 Pagi Hingga 4.30 Petang

TENTATIF PROGRAM ANJURAN MPSMWP DENGAN KERJASAMA YPC

Kumpulan Sasaran : Semua Pengetua Wilayah Persekutuan

Tajuk : Making Sense of Management

Penyampai : En Zainal Mohd Nasir

Aturcara :

7.30 pg-8.00 pg : Pendaftaran/Minum pagi

: Ucapan aluan YDPMPSM

: Ucapan Perasmian (Datuk Wira Syed Ali Al Habshee)

: Slot 1 : Making Sense of Management/Bengkel

10.30 : Kudapan

11.00 : Slot 2 : Performance Management

: Organizational Values

1.00-2.45 : Rehat/Solat Jumaat

2.45 : Ceramah 3

: Bengkel

4.30 ptg : Bersurai









No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...