Mesyuarat Agung PIBG SMK DANAU KOTA telah berlangsung pada 24 Mac 2012, Sabtu di Dewan Gemilang mulai jam 9.00 pagi. Kehadiran ibubapa seramai 50 orang dan selebihnya adalah guru-guru. Pada hari ini kebanyakan sekolah mengadakan mesyuarat yang sama justeru kehadiran ibu bapa kurang memberangsangkan. Tepat jam 9.10 pagi acara bermula dengan pengumuman oleh pangacara majlis En. Emyzul dan Pn. Shakirah mengalu-alukan YDP PIBG Dr. Mohd Ramzan Abdul Gaffor Khan ke Dewan Gemilang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd. Setia, ucapan Pengetua selaku Penasihat dan ucapan perasmian dilakukan sendiri oleh YDP PIBG .
Ucapan Penasihat PIBG
Penasihat PIBG merangkap Pengetua SMKDK
Ucapan Penasihat PIBG
Penasihat PIBG merangkap Pengetua SMKDK
Selaku Penasihat kepada sebuah badan NGO sekolah, Pengetua telah menggariskan beberapa isu penting mengenai perkembangan dan pembangunan sekolah dalam bidang akademik, sahsiah, pencapaian ko kurikulum , budaya dan harapan dalam memacu pembangunan pendidikan anak-anak khususnya di Daerah Danau kota ini. Pihak sekolah telah merangka dan memperkenalkan beberapa strategi untuk peningkatan akademik seperti konsep STAR iaitu School Tasks Action Result, SWOT (Strength, weakness, opportunity. thread) dan SMART (specific, measurable, achievable, reliable, time bond) yang mana hasilnya pada tahun 2011, seramai 12 orang calon PMR memperolehi semua A manakala dalam peperiksaan SPM pula 4 orang mendapat straight A , Gred Purata meningkat kepada 0.26 , peratus lulus sebanyak 87.10 dan seramai 216 orang calon layak dapat sijil beranding tahun sebelumnya 183 orang. Peningkatan kelulusan bagi kedua-dua peperiksaan awam ini sejak tahun 2009 menunjukan sekolah ini mampu mencipta kecemerlangan . Dari segi sahsiah pelajar juga menunjukan peningkatan yang baik dengan penurunan kadar vandalisma dan ponteng sekolah. Dalam bidang ko kurikulum, pencapaian peringkat zon bagi Sepak Takraw bawah 15 tahun menunjukan pencapaian memberangsangkan dengan mendapat PIALA kejohanan (tempat pertama). Dari segi pra sarana dan infrastruktur sekolah, kita telah membuat penambahbaikan berterusan untuk keselamatan dan keselesaan para pelajar dan seluruh warga sekolah sekali pun mempunyai dana yang terbatas, namun berkat kerjasama yang baik dengan PIBG sekolah dapat menangani sebarang kerosakan yang dihadapi. Penghijauan persekitaran sekolah juga merupakan daya penarik kepada pelajar menyayangi sekolah mereka. Buktinya pelajar sesi petang seawal jam 8.00 pagi sudah berada di sekolah mentelaah pelajaran mereka. Pengetua mengakhiri ucapan dengan mengajak para ibu bapa memberikan kerjasama padu kepada pihak sekolah menjalankan aktiviti yang dilaksanakan untuk pembangunan anak-anak di Danau Kota .
Pemilihan AJK PIBG Sesi 2012/13
Mesyuarat berjalan lancar dengan pemilihan AJK baru bagi sesi 2012/13 dengan mengekalkan YDP yang sedia ada dan beberapa AJK baru telah dilantik baik dalam kalangan guru dan ibu bapa. Adalah diharapkan dengan terpilihnya barisan kepimpinan ini akan menjadi pemangkin dalam menjana transformasi pembangunan sekolah dalam segala bidang . TAHNIAH DAN SYABAS .
Pemilihan AJK PIBG Sesi 2012/13
Mesyuarat berjalan lancar dengan pemilihan AJK baru bagi sesi 2012/13 dengan mengekalkan YDP yang sedia ada dan beberapa AJK baru telah dilantik baik dalam kalangan guru dan ibu bapa. Adalah diharapkan dengan terpilihnya barisan kepimpinan ini akan menjadi pemangkin dalam menjana transformasi pembangunan sekolah dalam segala bidang . TAHNIAH DAN SYABAS .
No comments:
Post a Comment