Friday, March 16, 2012

Karnival Pendidikan Mara di PWTC esok


PENGUNJUNG membanjiri karnival pendidikan untuk mendapatkan maklumat pada Jelajah Karnival Pendidikan Mara 2012 di lima daripada sembilan lokasi bermula di Melaka, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 15 Mac - Sebanyak 500 institusi pendidikan dan 240 majikan menyertai Karnival Pendidikan Mara 2012 yang bermula Sabtu lalu hingga 15 April ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 100 syarikat dan agensi kerajaan akan mengadakan temuduga terbuka untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Bahagian Komunikasi Korporat Mara memberitahu, peluang kerja yang ditawarkan meliputi semua bidang termasuk teknikal, perkhidmatan, pengurusan dan pentadbiran yang memerlukan kelayakan peringkat persekolahan sehingga ijazah.

"Antara program menarik pada karnival ini termasuklah pameran pendidikan oleh institusi pengajian tinggi serta tawaran yuran percuma, penajaan dan elaun bulanan oleh institusi pengajian Mara.

"Turut diadakan ialah sesi kaunseling pendidikan dan kerjaya, tawaran pinjaman pendahuluan serta semakan baki tunggakan pinjaman Mara di samping seminar kerjaya di beberapa negeri," jelas bahagian itu.

Selepas berlangsung di Melaka pada Sabtu dan Ahad lalu, karnival tersebut menjelajah ke lapan lokasi lain iaitu di Dewan Merdeka dan Dewan Tun Razak 4 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu kota pada Sabtu dan Ahad ini dan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah pada 20 dan 21 Mac ini.

Selepas itu, karnival tersebut menjelajah ke Pantai Timur iaitu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Pahang pada 24 dan 25 Mac; Stadium Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan pada 28 dan 29 Mac dan Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu pada 4 dan 5 April.

Di Sabah dan Sarawak pula, karnival itu bakal diadakan di Dewan Pameran Permata, Kuching dan Suria Sabah, Kota Kinabalu masing-masing pada 11 dan 12 April serta 14 dan 15 April.

Utusan Malaysia Online 16 Mac 2012

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...