Minda Pengarang: Jadikan pelarasan gaji suntikan semangat tingkat produktiviti
2012/03/10
PERJUANGAN berterusan CUEPACS sejak 2007 untuk mendapatkan pelarasan gaji kakitangan awam akhirnya membuahkan hasil, sekali gus membuktikan kerajaan sentiasa peka dengan kehendak dan prihatin dalam menjaga kebajikan mereka. Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam pastinya lega dengan keputusan kerajaan memansuhkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan pelbagai kontroversi sejak pengumuman mengenainya dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober tahun lalu. Langkah kerajaan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan yang diumumkan Perdana Menteri, kelmarin menyaksikan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam dan kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA). Apa yang jelas, keputusan besar itu bukan mudah untuk dilakukan dalam suasana ekonomi yang mencabar berikutan krisis kewangan antarabangsa. Kita yakin pelbagai implikasi sudah diambil kira Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sebelum membuat keputusan itu. Pelarasan gaji tentunya memerlukan sejumlah peruntukan yang besar daripada kerajaan. Namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kebajikan kakitangannya dan sejajar dengan slogan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, ia disifatkan sebagai pengorbanan dan pelaburan kerajaan demi kesejahteraan rakyat. Bagaimanapun, setiap tindakan kerajaan sering diputarbelitkan pembangkang sehingga ada melempar pelbagai kecaman dengan menuduh tindakan kerajaan itu sebagai ‘gula-gula’ kepada penjawat awam dan tindakan populis untuk menarik undi menjelang pilihan raya umum akan datang.
Sebagai rakyat, kita perlu menjadi lebih bijak menilai setiap tindakan dan keputusan dibuat kerajaan. Dalam soal ini, pada prinsipnya ia bertujuan membantu dan menjaga kebajikan rakyat yang turut merangkumi penjawat awam. Justeru, adalah wajar kakitangan awam bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepada mereka. Seperti kata pepatah Melayu, ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’, sewajarnya pihak yang menerima menghargai pemberian pihak berkenaan. Kita percaya sebahagian besar penjawat awam kini mendapat semangat baru untuk meningkatkan produktiviti dengan bekerja bersungguh-sungguh, jujur, amanah dan ikhlas, asalkan ia selari dengan tuntutan Islam. Menyokong kepemimpinan kerajaan yang memerintah dan menjayakan dasar dirangka untuk manfaat rakyat serta negara juga adalah antara cara penjawat awam berbudi kepada kerajaan. Pada masa sama, kerajaan harus tegas dalam mendepani pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan kerajaan. Ini kerana berdasarkan pengalaman lalu, setiap kali kenaikan gaji diumumkan, ia akan disusuli dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Berita Harian 10/3/12

No comments:
Post a Comment