Thursday, March 8, 2012

MPSM KL Meraikan Pertukaran En. Ong Boong Puah




En.Ong Boon Puah (berkot)

Majlis Pengetua Wilayah Persekutuan kuala Lumpur (MPSMWP KL) siang tadi (8 Mac 2012 ) telah mengadakan jamuan 'Hi Tea' di Penang Village Great Eastern, Jalan Ampang untuk meraikan En Ong Bong Puah yang bertukar ke Selangor pada awal tahun ini. Majlis bermula pada 2.30 petang dihadiri kira-kira 10 orang AJK termasuk YDP Pusat Haji Khailani Abd Jalil dan YDP MPSMKL Puan Hajah Shamsiah Ahmad. Keadaan jalan yang sesak (macet) ditambah tempat parkir penuh, beberapa AJK terlambat tiba namun program yang telah siap dirancang berjalan lancar. Dua orang AJK , Che Yahya dan Pn Nazifah Nor menjadi urus setia untuk mengendalikan majlis tersebut. Pengetua SMK Danau Kota memulakan majlis dengan merakamkan penghargaan terima kasih kepada En Ong dan hadirin yang dapat hadir . Beliau menjemput YDP MPSMKL memberikan ucapan sepatah dua dalam majlis santai ini. Dalam ucapan balas En Ong melahirkan rasa kehilangan rakan-rakan yang sama sama berjuang dibawah payung MPSM terutama semasa menghadiri kursus,seminar, lawatan kerja ke luar negara yang beliau ikut serta. MPSMKL juga berasa kehilangan beliau kerana komitmen dan kesungguhan yang ditunjukan terhadap pembangunan dan kebajikan pengetua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis berakhir kira-kira jam 4.30petang dengan semua AJK bergambar kenangan bersama beliau. Semoga jumpa lagi di lain kesempatan.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...