Monday, March 26, 2012

Selamat Tinggal SMK Danau Kota



Pengetua SMK Sinar Bintang
(SMKSB) mulai 16 Mac 2012

Pemimpin datang dan pergi adalah lumrah kehidupan selagi masih bergelar penjawat awam. Tugas dan tanggungjawab pemimpin memajukan organisasinya, merungkai segala kekusutan yang berlaku dengan memperkenalkan berbagai pendekatan dan strategi untuk merobah paradigma melakukan transformasi menuju kecemerlangan. Peranan pemimpin sebagai orang yang diamanahkan membangun citra sesebuah organisasi memerlukan kekuatan ilmu, menguasai kemahiran, mempunyai kecekapan , ketajaman minda bagi mendepani cabaran dalam pengurusan , pentadbiran dan pembangunan pendididikan secara holistik .

Selamat Tinggal SMK Danau Kota

Sebagai seorang Pengetua yang mula berkhidmat di SMK Danau Kota pada 16 Mac 2009 (genap tiga tahun) hati kecil ku tertumpah disini. Bilangan pelajar sekarang meningkat kepada 175o orang . Guru-guru pula seramai 128 orang . Kasih sayang pada sekolah, guru-guru dan anak-anak (pelajar) bukan sekadar pemanis bibir dan penyedap halwa telinga tetapi jauh di sudut hati aku sangat merinduinya. Ketenangan iklim sekolah dengan kehijauan rimbunan pokok membentuk lanskap yang sungguh indah dan menyejukan.

Dinamik,Etika Bestari


Wajah SMK Danau Kota yang tenang dan ceria menjadi
pilihan ibubapa menghantar anak mereka .



SMK Danau Kota: Dataran Bestari tempat perhimpunan pelajar

Sekolah ini telah berubah wajah ,ceria dan mempunyai aura tersendiri. Pencapaian akademik khususnya PMR dan SPM meningkat saban tahun merupakan elemen indikator menuju mercu kegemilangan. Pencapaian pelajar dalam PMR (12 orang cemerlang A) dan SPM (4 orang semua A) dengan peningkatan Gred Purata dan Peratus kelulusan 87.10 dan kebanyakan mata pelajaran meningkat sejak 2009 hingga 2011 , membuktikan pelajar pelajar kami berpotensi untuk mencipta kecemerlangan. Kesungguhan dan pengorbanan para guru mendidik pelajar menjadi faktor penunjang yang menyokong prestasi akademik, ko kurikulum dan sahsiah turut mewarnai kemajuan sekolah. Disinilah aku mula mengorak langkah mengenali diri yang sebenar sebagai seorang ketua sebuah sekolah. Pengalaman bekerja di Kementerian, JPA dan Jabatan Pelajaran selama 16 tahun terlalu jauh berbeza jika dibandingkan dengan pengurusan sekolah yang sangat rencam dan kompleks. Kepada guru-guru, teruskan usaha membangun potensi pelajar dalam akademik, kemahiran dan pembangunan sahsiah memajukan sekolah menjadi sebuah organisasi yang berwibawa dan disegani. Selamat Tinggal SMK Danau Kota dan seluruh warganya. Saya sangat menghargai jasa budi setiap warga daripada petugas keselamatan, pekerja pembersihan , tukang kebun dan pengusaha kantin yang turut sama menceriakan persekitaran sekolah. Jika selama kita bersama terdapat kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan mohon kemaafan dipinta . Selaku pengetua saya bersedia untuk berkhidmat dimana saja selagi perkhidmatan masih diperlukan.
















Bertukar ke SMK Sinar Bintang
Wajah SMK Sinar Bintang. Sumber: internet

Saya telah mendapat surat pertukaran ke SMK Sinar Bintang , Segambut pada hari ini (Isnin 26 Mac) di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Pelajaran Dato' Khairil Awang .



Logo SMKSB dengan motto Berilmu Beramal .



Gambar bawah: Suasana kantin SMKSB kelihatan bersih dan kemas.

Dalam minda saya belum terfikir akan bergerak meninggalkan SMK Danau Kota yang sedang tumbuh dan berkembang subur, namun panggilan telefon dari Jabatan pagi tadi meminta pengetua datang telah membuatkan aku berkata kata mungkin akan meninggalkan sekolah ini . Telahan itu tepat dan benar. Pertukaran tersebut berkuatkuasa mulai 16 Mac 2012. Saya tidak mampu menipu diri jika diberi pilihan mahu terus bersama hingga ke hujung perkhidmatan disini untuk melihat kejayaan anak-anak kita. Saya mempunyai persepsi positif dengan perpindahan tugas ini . Jabatan mempunyai pendekatan dan strategi membuat perubahan dengan beberapa orang pengetua iaitu Hajah Roaini Jaafar , Pn Kamariah@Che Siah, Pn Norizan (SMK Datuk Lokman) , Pn Sumarni, Pn Che Hasnah dan En Gan telah terbabit dalam pergerakan pengetua setakat ini. Semoga dengan perombakan ini memberi suntikan semangat kepada para pengetua memperoleh suasana baru untuk membawa perobahan kepada pembangunan pendidikan negara.

Selamat bertugas di tempat baru .

Salam perpisahan,
Che' Yahya Che' Soh
Pengetua .


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...