Saturday, March 3, 2012

Johan Sepak Takraw Zon Keramat

Semalam 2 Mac 2012 (Jumaat) telah berlangsung pertandingan sepak takraw antara sekolah di Zon Keramat bawah 15 dan bawah 18 tahun di kompleks Sukan Kampung Pandan Kuala Lumpur. Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota (SMKDK) telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dan berjaya menjadi juara bagi kategori bawah 15 dan tempat ketiga bawah 18. Tahniah kepada pelajar-pelajar dan guru penasihat yang telah bertungkus lumus membimbing pasukan sekolah sehingga berjaya mendapat kejayaan . Kemenangan ini melayakan pasukan sekolah menyertai pertandingan peringkat negeri dalam waktu dekat ini . Pencapaian ini menunjukan SMKDK berpotensi menjadi sekolah berprestij bukan sahaja dalam akademik malah ko kurikulum juga menjadi pengukur terhadap prestasi sekolah .

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...