Langit petang di pedalaman Desa Hitam Batu kelihatan Jo'ung (mendung).Sesekali bunyi guruh berdentum di langit menandakan hari mungkin hujan.Dari kejauhan sayup-sayup kedengaran alunan lagu Ahmad Jais mengharap sinar menelan kabus melalui corong Radio Transistor memecah kesepian desa berselang seli lagu Seruling Anak Gembala dan Aku Anak Tani alunan suara gemersik A Ramlee mewarnai kehidupan masyarakat tani yang kaya budi bahasa . Pak Teh Deraman Seleman memandang ke langit sambil beristighfar panjang mengenangkan kehidupan yang di selimuti kemiskinan.Gobok usang di pinggir sungai berlantai bambu, beratap nipah yang uzur congek cakdung (tidak rata)menjadi tempat penginapan mereka sekeluarga sejak leluhur. Lembu pawah dua ekor yang di perolehi dari Che'gu Jali di jaga dengan baik.Che'gu Jajuli Jamuli mengajar di Sekolah Rendah di kampung ini banyak menyumbang khidmat bakti kepada penduduk terutama Pak Teh Deraman yang sangat memerlukan bantuan.Sikap dan budi pekertinya yang tidak seperti Enau dalam belukar ingin melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan Che'gu Jali di senangi dan di sanjung masyarakat kampung.Jasa Che'gu Jali sangat besar terutama kepada Pak Teh sekeluarga.Hamparan sawah menghijau menjadi punca rezeki kepada masyarakat petani kampung Hitam Batu, tetapi tidak pada Pak Teh yang hanya menumpang bendang pawah orang sebagai punca pendapatan.Menjelang waktu Zohor, Pak Teh pulang ke rumah bersama ikan Haruan, Puyu dan Sepat untuk hidangan juadah tengah hari.Begitu lah rutin harian Pak Teh setiap hari membanting tulang untuk menyara anak isteri.
Sumber rezeki
Setiap hari Pak Teh mencerut rumput untuk ternakannya walau pun dengan kudrat yang semakin hilang di mamah usia.Beliau tetap menekuni memelihara lembu pawahnya.Itulah satu-satunya sumber rezeki untuk menampung persekolahan anak-anak seramai lapan orang. Isteri Pak Teh,Mak Nik Nab membantu membuat nasi kerabu, nasi berlauk, dan laksam untuk menampung pendapatan keluarga. Anak sulung Pak Teh,Suriah Deraman lebih di kenali dengan Mek Yah berada di Tingkatan 5 Sekolah Menengah Puteh Pasir dan sedang bersiap menghadapi peperiksaan SPM. Pak Teh dan Mak Teh panggilan mesra dalam masyarakat kampung Hitam Batu antara keluarga miskin tetapi mempunyai kemurnian pekerti. Anak-anak mereka sangat patuh kepada ajaran Tuhan dan taat kepada kedua orang tuanya.Balik sekolah anak-anak mencari kayu api untuk memasak nasi, yang lain bergotong royong mengemas rumah dan membasuh pakaian di sungai. Sebaik selesai mengaji Qur'an bersama Pak Teh, anak-anak mereka mengulangkaji pelajaran masing-masing berbekalkan lampu minyak tanah.Pak Teh memastikan mereka belajar walau pun beliau seorang tuna aksara yang tidak tahu membaca dan menulis.
Gambar hiasan.Sumber http://lamanbunga.blogspot.com

Che'gu Jali berhati mulia
Ketekunan Pak Teh memelihara lembu pawah memberikan pulangan rezeki kepadanya dan keluarga. Lembu membiak dari dua ekor menjadi 6 ekor. Suatu petang sebaik pulang dari permatang sawah bersama lembu-lembunya, Pak Teh menemui Che'gu Jali. " Che'gu ambo nak ghoyat lagu mano pada Che'gu hanyo Tuhan saja yang buleh balah jasa Che'gu kerano tulong ambo " . Ambo raso ambo nak bui balik bako lembu Che' gu sebab dia dah branok banyok la ni" Demikian luahan rasa hati Pak Teh pada Che'gu Jali sambil menunduk hormat. Che'gu Jali memandang wajah tua Pak Teh dengan penuh sayu lalu bersuara "Tak apalah Pak Teh pegha lah (pelihara) lembu-lembu tu untuk anak-anak Pak Teh bersekolah, ambo sedekah pada Pak Teh dan Mak Teh mudah-mudahan semua anak-anak Pak Teh berjaya dalam hidup". Terpana Pak Teh mendengar jawaban Che'gu Jali yang berhati mulia sambil mengucap syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang di berikan.Titisan air jernih mengalir deras membasahi lurah pipi tuanya mengenangkan masih ada insan yang sangat bersimpati dengan nasibnya. "Semoga Allah membalas segala jasa baik Che'gu". Demikian doa Pak Teh untuk Che'gu Jali. Sama-sama Pak Teh, jawab Che'gu Jali menahan sebak.
Jasa lembu pawah
Masa berlalu, lembu semakin membiak.Mek Yah mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan pangkat satu. Pak Teh sekeluarga sangat bersyukur menerima keputusan anaknya.Che'gu Jali sekeluarga dan orang-orang kampung pun turut sama meraikan kejayaan Mek Yah.Mereka tidak menduga si anak miskin yang sering kepupusan karbohirat,lemak dan protein rupanya mempunyai otak bergeliga.Kekurangan gizi seimbang tidak merencatkan pencapaian cemerlang anak miskin ini.Mek Yah bertekad akan belajar bersungguh-sungguh untuk merobah nasib mereka sekeluarga.Jika tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagunya menjadi sumber inspirasi menguatkan keazamannya untuk membuktikan kejayaan.Mek Yah akhirnya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di sebuah sekolah menengah di Puteh Pasir. Setelah berjaya dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) Mek Yah melangkah ke Universiti.
Menara gading
Pak Teh menjual lembu-lembunya untuk membiayai Mek Yah melanjut pelajaran ke menara gading.Air mata pasangan suami isteri yang di mamah usia mengalir jernih membasahi pipi menghimbau keperitan hidup yang penuh kedhaifan.Pak Teh sanggup bergolok bergadai untuk memastikan anak-anaknya berjaya dalam hidup.Semangat ingin maju walau pun dihimpit kemiskinan tetap menebal dalam riwayat hidup petani tua ini.Tidak henti-henti Pak Teh mengucap syukur kepada Tuhan kerana lanskap kehidupannya telah mula berubah. Besarnya jasa lembu pawah Che'gu Jali kepada mereka sekeluarga.Sebaik memasuki Universiti Mek Yah mendapat tawaran Biasiswa Kerajaan selama empat tahun pengajiannya.Mek Yah tidak lagi menoleh kebelakang. Keperitan hidup yang di lalui di jadikan pembakar semangat untuk terus maju.Hasilnya Mek Yah mendapat kepujian kelas pertama dalam bidang ekonomi.Sayangnya kedua-dua orang tua tempat menumpang kasih tidak sempat meraikan kejayaannya.Pak Teh dan Mak Teh selang setahun pergi buat selama-lamanya mengadap Ilahi.
Tinggal sejarah
Kini semuanya meninggalkan sejarah dalam hidup Pak Teh yang semasa hayatnya membesarkan anak-anak mereka seramai lapan orang sehingga berjaya mendapat jawatan dan kedudukan dalam masyarakat berbekalkan lembu pawah Che'gu Jali.Semoga Tuhan memberikan tempat yang selayaknya kepada Pak Teh yang banyak berjasa mendidik anak-anaknya menjadi manusia berilmu dan beriman.Rumah pusaka yang bersejarah masih kekal di pelihara oleh Mek Yah dan adik-adiknya kerana di sinilah menyimpan seribu kenangan dalam hidup mereka seramai lapan orang walau pun kini telah berjaya dalam hidup bersama keluarga masing-masing.Pusara ayah, ibu tidak pernah sunyi dari kunjungan mereka termasuk makam Che'gu Jali yang banyak berjasa kepada keluarga Pak Teh.
Membangun Masjid
Bagi menghargai jasa ayah ibu, Che'gu Jali dan masyarakat kampung,Mek Yah bersama adik beradiknya bersepakat membangun sebuah Masjid menggantikan Surau tua di Kampung Hitam Batu untuk kemudahan penduduk melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.Datin Suriah Deraman bersama adik-adiknya melaksanakan tanggungjawab menunaikan Badal Haji untuk kedua-dua orang tua mereka yang tidak berkesempatan ke Tanah Suci Mekah.Sebagai anak kampung yang pernah menempuh liku-liku kehidupan yang pahit, Datin Suriah tidak pernah melupai golongan susah.Beliau menghulurkan bantuan dan derma kepada anak-anak yang kurang berkemampuan dengan membiayai persekolahan mereka melalui "Suriah Foundation Hitam Batu" yang di tubuhkan sebagai sebuah Yayasan Pendidikan untuk membantu anak-anak miskin melanjutkan pelajaran mereka.Alangkah bertuahnya Pak Teh dan Mak Teh meninggalkan zuriat yang beriman dan bertaqwa, walau pun jasad hancur di mamah bumi tetapi pahalanya tetap berterusan seumpama aliran sungai menuju muara yang tidak pernah putus selagi adanya dunia.

Sekadar imiginasi penulis.
Tiada kaitan dengan yang hidup
atau telah kembali kepangkuan Ilahi.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, KualaLumpur.
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, KualaLumpur.
Sabtu 21 Disember,2013.
Lembu pawah.
No comments:
Post a Comment