Friday, December 27, 2013

Langkanya Tulisan Jawi

 
Sumber http://zurinashafie.blogspot.com/

Beberapa dasawarsa yang lalu Malaysia yang dahulunya terkenal dengan nama Tanah Melayu menjadikan Tulisan Jawi sebagai pengantar rasmi dalam berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan dan perhubungan awam. Surat-surat khabar yang berlidah pengarang pengantar tulisan jawi menjadi tatapan masyarakat tempoh dulu. Papan-papan tanda pejabat dan sekolah-sekolah malah iklan perniagaan di sepanjang jalan semuanya dalam tulisan jawi.Generasi awal kemerdekaan fasih membaca jawi malah orang bukan Islam pun mampu membaca dan memahami dengan baik tulisan ini. Masyarakat Cina di Kelantan pada masa dulu boleh menulis dan membaca dalam huruf jawi dengan baik tetapi kini semuanya tinggal kenangan dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Sesuatu yang menghairankan kita apabila pakar bukan Islam luar negara turut prihatin dengan nasib tulisan jawi yang semakin pupus tetapi kita tidak 'BERDEGIH' langsung dengan kebimbangan yang di suarakan.Seharusnya kita berasa malu dengan kepedulian orang bukan Islam yang begitu mengambil berat nasib tulisan ini.
 
Sumber: Internet

Perkasa Jawi

Pendekatan Islam Hadhari zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009) menjadi Perdana Menteri telah memberi sedikit nafas baharu dalam memperkasa bacaan dan tulisan JAWI melalui JQAF iaitu Jawi, Qur'an, Arab dan Fardhu 'Ain  bagi membolehkan anak-anak celik Al Qur'an kerana hubungan antara Jawi dan Al Qur'an sangat rapat terutama huruf dan sebutannya.Sebahagian besar huruf dalam tulisan jawi merujuk kepada Al Qur'an. Di zaman saya bersekolah dulu (Darjah 5 1965) Che'gu mengajar tulisan dan bacaan jawi. Murid-murid di beri teks dalam bentuk Rumi untuk di tulis dalam Jawi sehingga murid-murid faham dan menguasai kedua-dua  ejaan dengan baik.
Sumber: Internet

Mudah baca Qur'an

Jalan mudah untuk membaca dan menghafaz Al Qur'an ialah memahami tulisan dan bacaan Jawi dengan baik.Menghapus tulisan jawi dalam sistem pendidikan bermakna merencat dan  menjauhkan umat dari Al Qur'an. Bagaimana meminta anak-anak kita mencintai Al Qur'an sekiranya mereka tidak mengenal asas dalam bacaan Jawi? Ibu bapa moden juga jauh dari Jawi malah ada antara mereka yang tidak memahami tulisan ini.Huruf-huruf Jawi yang sangat sinonim dengan Al Qur'an seperti BA, TA, THA JIM (bukan Jim mata tonchik dalam Filem P. Ramlee) HA merupakan asas mengenal bacaan kepada anak-anak yang mempelajari kitab Allah SWT. Dalam filem Pendekar Bujang Lapok P.Ramlee bersama Ajis, Sudin dan orang-orang kampung mempelajari tulisan jawi melalui Che'gu Ros. Walau pun lucu dan kelakar tetapi mesejnya sungguh mendalam.
















Martabat tulisan jawi

Semasa berada di Brunei Darussalam  selama beberapa hari pada penghujung tahun 2011, saya perhatikan semua bangunan kedai, tempat-tempat awam dan jalan-jalan di penuhi dengan tulisan jawi berdiri gagah menyambut tetamu yang berkunjung ke negara yang terkaya dengan minyak ini.Langkanya tulisan jawi mengundang kejahilan berpanjangan dalam kalangan umat terutama generasi muda yang lahir pada abad globalisasi ini.Kerajaan Brunei Darussalam memartabatkan tulisan jawi dalam semua urusan pentadbiran.


















Sumber :http://kegiatanjpikb.blogspot.com

Wallahu'alam
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 28 Disember,2013.

Langkanya Tulisan Jawi.

1 comment:

  1. Balajar Jawi buatpe, belajar English lagi baguslah, itu kan bahasa antarabangsa. Dahlah Malaysia ini gara-gara fobia English, cakap berterabur macam sial, setiap hari duk mimpi ketuanan ni ketuanan tu sahaja ptuiii bergelar pengetua konon padahal priority pun tak betul ptuiii ini lah ye, sistem pendidikan malaysia tajaan umno be end patut lah dengan Singapore pun kita kalah pasal sekolah-sekolah kita lebih banyaka keluarkan mat-mat rempit dengan samseng kampung daripada penduduk-penduduk berfikiran dunia pertama.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...