Friday, December 20, 2013

Safari Temboro

Saya menekuni catatan safari ke Temboro Jawa Timur oleh Sdra Mohd Sayuti Omar (MSO)melalui blognya yang begitu mengasyikan.Panorama alam ciptaan Tuhan sungguh mengkagumkan dengan bentuk georafi bumi bergunung ganang hijau menghampar menyelimuti bumi Temboro. Bagi mereka yang melihat dengan mata hati setiap perlakuan alam, segera terbayang keagungan Tuhan yang mencipta setiap kejadian dengan tidak sia-sia lalu lantas menyebut Asma Allah Rabbana Maa Khalaq tahaa zaa baathila Subhaa na ka fakina azabbannar. .Saya belum pernah sampai ke daerah itu, cuma sekitar Jakarta, Bandung dan belahan Sumatera. Membaca catatan safari perjalanan MSO bersama Drs.Zainuddin menuju Pasentren Al Fatah di Temboro menerusi mauduknya "Temboro yang di malui" memberikan suntikan spiritual kepada mereka yang mencintai Tuhan.

 

Alam ciptaan Tuhan yang sungguh mengkagumkan.Subhanallah
Sumber: Blog MSO 

 
Hijau kebiruan di payungi kabus pagi sungguh mempersona dan
mendamaikan. Blog MSO


Peradaban Islam 

















Umat Islam Temboro khusyuk berubudiyah kepada Allah.
Blog MSO.

Catatan kembara MSO sangat bermanfaat kepada pembaca untuk mendapat pencerahan ilmu terutama mengenai peradaban Islam yang di tinggalkan Nabi Muhammad SAW sejak 1435H yang lalu. Kehidupan umat manusia di akhir zaman yang terlalu mudah terpesong dari pesan Tuhan kerana kebobrokan,kejelekan moral yang menghiasi kehidupan sehingga tersimpang jauh dari kebenaran.Pengembaraan Rabbani mencari kejernihan ilmu  merupakan kerja amal yang sangat mulia di sisi Tuhan. Kehidupan yang berpandukan Syariat seperti yang di paparkan oleh MSO di Temboro menerjah ingatan saya ke Bumi Makkah dan Madinah yang di berkati Allah.Masjid-masjid penuh dengan para jemaah dan pengajian rutin menghidupkan amalan sunnah yang di tinggalkan Nabi SAW. Terima Kasih MSO sahabat saya, semoga Tuan sentiasa menyumbangkan khazanah ilmu untuk manfaat pembaca sebagai amal jariah yang berkekalan.
 
Sdra MSO (baju T)bersama Drs.Zainuddin berlatarbelakangkan panorama
hijau di Temboro. Gambar dari Blog MSO

Che'Yahya Che'Soh
Kuala Lumpur.
Sabtu 21 Disember,2013.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...