Friday, December 6, 2013

Selenggara Bilik Darjah

Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Kuala Lumpur khususnya Unit Pembangunan kerana mengambil tindakan membaiki kerosakan bilik darjah (Peralihan Arif dan Peralihan Bestari) yang di makan anai-anai sejak sekian lama. Kontraktor di hantar ke sekolah untuk meninjau kerja-kerja pembaikan termasuk tandas pelajar lelaki di tingkat bawah Blok Arif yang rosak.Kerja-kerja penambahbaikan sedang dilaksanakan. Saya meninjau persekitaran sekolah dan melihat sendiri tingkap Bilik Darjah telah di baiki dengan sempurna. Dalam masa yang sama Dewan Gemilang akan di lengkapkan dengan Hawa Dingin seperti yang dijanjikan Dato'Melvin Loh. Kerja-kerja pemasangan akan di buat pada hari Selasa ini.Semoga SMK Sinar Bintang terus bersinar. Terima Kasih.

Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 7 Disember,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...