Malam khamis 26 Disember, 2013 saya bersolat Maghrib dan Isyak di Masjid Kampung Baru berimamkan Hafiz dari Syria. Sebaik selesai solat Isyak sambil menunggu anak yang akan bersalin di Hospital Pakar Islam Kampung Baru (KBMC), saya bersilaturahim dengan mantan Imam Ustaz Abdul Aziz Al Hafiz yang telah lama tidak berjumpa. Kami bertanya khabar dan saya di maklumkan beliau telah enam tahun bersara dari JAKIM. Tugas terakhir beliau di Kuala Kubu Baru, Selangor. Ustaz Ab. Aziz masih seperti dulu, wajahnya tak makan usia hanya badannya sedikit susut.Kejernihan wajahnya terserlah kerana keberkatan Al Qur'an yang menjadi amalannya.Sedang asyik berbual deringan telefon saya berbunyi beberapa kali lantas saya mohon diri untuk ke Hospital berdekatan. Beliau meminta saya membaca Alam Tarakayfa 3 kali dan Thumma Sabila Yassarah disamping Al Fatihah pada air dan di beri minum kepada anak yang akan bersalin. Terima Kasih Ustaz kerana mengijazahkan doa kepada saya. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan keberkatan hidup dan kesihatan berpanjangan kepada tuan sekeluarga. Amin. Alhamdulillah anak saya sudah bersalin pada jam 1.48minit malam yang sama dengan selamat.
Kepada ibu-ibu yang akan bersalin baca lah ayat tersebut mudah-mudahan Allah memudahkan segala-galanya.
ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ
Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Jumaat 28 Dismber,2013.
Congratulations Tuan.. You are a Datuk now. May God grant the new parents the wisdom and strength to raise the newborn child the way you raised them.. Blessings
ReplyDeleteTqvm Mr.Cheli. May God bless you too.
ReplyDelete