Wednesday, December 25, 2013

Sains dan Kehidupan

Sains merupakan ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat kepada kehidupan manusia. Biologi, Kimia, Fizik ialah cabang-cabang Sains yang membicarakan tentang tindak balas organisma terhadap lingkungannya.Mempelajari dan menaakul proses Sains sangat seronok kerana memerlukan pembongkaran minda untuk menganalisis sesuatu kejadian berlaku.Anatomi dan struktur tubuh,daya,kuasa dan tenaga merupakan faktor asas yang memerlukan nilai Saintifik untuk mencari jawaban secara ilmiah.Anak kecil akan bertanya mengapa pesawat boleh terbang mencapai ketinggian tertentu?Bagaimana kapal terbang kelihatan seolah-olah terapung di ruang udara sedangkan seluruh komponennya di buat dari besi?Mengapakah semua pesawat berbentuk aerodinamik seperti seekor burung yang mempunyai sayap? Prinsip apakah yang di gunakan sehingga pesawat meluncur laju di udara? Jawaban kepada persoalan tersebut ada dalam Ilmu Fizik atau Matematik iaitu Prinsip Bernaulli.

A

Sumber: ORACLE ThinkQuest 
















sumber: Internet.
sebuah pesawat bersedia untuk tinggal landasan(take-off)

Proses kimia

Setiap aktiviti tubuh membabitkan proses kimia yang berlaku seperti bernafas,berjalan, bergerak, berlari, berfikir, bekerja dan semua kegiatan yang membabitkan fizikal dan mental tidak terlepas dari proses Sains.Ini bermakna setiap sel badan bekerja tanpa henti selagi manusia masih bernafas. Mitokondria yang terdapat dalam sel manusia merupakan sumber tenaga untuk kehidupan.Sebagai sumber tenaga (the power of house )Mitokondria kaya dengan protein,lemak dan gula untuk menghasikan Adenosine Triposphat (ATP) bertujuan menjana respirasi sel badan.Molekul karbohidrat dan lemak merupakan sumber tenaga yang di pecahkan menjadi air dan karbon dioksida oleh tindakbalas yang berlaku dalam Mitokondria untuk pembebasan haba.

Kandungan air

Komposisi air dalam badan manusia melebihi 70% berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah, membaiki sel-sel yang rosak dan mengawal keseimbangan suhu badan. Kekurangan air dalam badan menimbulkan pelbagai simpton penyakit seperti kulit kekeringan,sembelit, tubuh berasa panas, kejang-kejang otot, batuk-batuk dan berlakunya migrain.Berlakunya dehidrasi kerana kekurangan air menyebabkan badan menjadi tidak bermaya dan lemah.Amalan meminum air secukupnya sangat penting untuk menjaga kesihatan diri berpanjangan.Peranan air juga sangat besar dalam proses metabolisma badan untuk kelestarian hidup manusia.Sistem penghazaman terganggu dan sistem perkumuhan terencat menyebabkan kita berasa tidak selesa jika kekurangan air dalam dalam badan. Konsekuennya timbul berbagai simpton penyakit jasmani dan rohani.Tekanan perasaan juga mempengaruhi seluruh sistem organ tubuh manusia.

 
Source:.http://www.iaea.org/

Keperluan tubuh

Tubuh manusia memerlukan kalori yang cukup.Sumber kalori berasal dari tindakbalas kimia dalam badan seperti karbohirat, lemak,protein ,vitamin garam dan mineral.Sumber yang kaya dengan tenaga datangnya dari karbohidrat melalui makanan yang di ambil manusia setiap hari secara seimbang. Hebatnya Allah SWT mengurniakan berbagai jenis makanan untuk manfaat manusia sehingga tidak terhitung banyaknya baik di darat, laut, perut bumi dan alam raya tetapi sangat sedikit mereka yang bersyukur.Sains dan kehidupan merupakan proses kimiawi yang berlaku secara  alami untuk kelangsungan hidup setiap organisma di bumi termasuk manusia.



Sumber: http://junaidiabdillah13.wordpress.com

Sekiranya kita menaakul minda dengan sedalam-dalamnya akan bertemu dengan jawaban yang autentik bahawa Allah SWT memang berkuasa, Maha Hebat,Maha Pemurah dan Maha Penyayang kepada setiap makhluk. Bayangkan bagaimana mungkin begitu ramainya manusia di bumi tetapi bekalan makanan tidak pernah habis.Buah-buahan beraneka jenis, sayur-sayuran dan jutaan jenis makanan laut semuanya  untuk manusia tetapi sangat sedikit yang mencintai Tuhan.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Guru Biologi
Khamis 26 Disember,2013.
Sains dan Kehidupan

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...