Sekolah Menengah Sinar Bintang (SMKSB@STAR) menunjukkan peningkatan dari segi GPS, kelulusan keseluruhan dan pencapaian mata pelajaran dengan baik.Kita sedikit ralat dengan pencapaian calon cemerlang yang hanya 5 orang berbanding tahun lalu 13 orang.Bilangan calon yang mendapat 7A 1 B seramai 12 orang. Berikut ialah rumusan PMR 2013 SMKSB.
Bilangan cemerlang A 5 orang (13 orang 2012)
GPS 2.85 (2.98-2012)
ABCD 74.65% (63.54-2012)
Peratus kelulusan ABCD meningkat kepada 11.11% berbanding tahun lalu. Pencapaian setiap mata pelajaranmeningkat kecuali Bahasa Tamil.Bahasa Melayu 91.8, B. Inggeris 91.8, Sejarah 93.5, Geografi 89.9, Bahasa Cina 85.6, Bahasa Tamil 60.0, Pendidikan Islam 97.0, Matematik 98.0, Sains 96.3 dan KHB 100. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada calon-calon dan guru-guru yang berhempas pulas memastikan kejayaan pelajar pada tahun ini, walau pun kita merosot bilangan calon A tetapi dari segi GPS,ABCD dan Kelulusan MP meningkat.Bedah siasat akan di buat segera bagi mengenalpasti kemerosotan calon A. Semalam 20 Disember, Timbalan Pengarah Hjh Nik Ramas Nik Wan berjumpa dengan Pengetua Zon Sentul, beliau merakamkan penghargaan kepada sekolah-sekolah yang memperolehi prestasi baik dalam PMR termasuk SMKSB mendapat pujian beliau.Terima Kasih Che'gu.
Guru-guru meraikan pelajar
.
PK HEM bersama pelajar dan Puan Mazalina Guru
Tingkatan 3 Arif
Guru-guru meraikan pelajar
.
PK HEM bersama pelajar dan Puan Mazalina Guru
Tingkatan 3 Arif
Pn Mazalina bersama sebahagian pelajar Tingkatan 3A
Para pelajar sedang mendengar pengumuman keputusan
PMR 2013 sebelum menerima slip keputusan masing-masing.
Para pelajar sedang mendengar pengumuman keputusan
PMR 2013 sebelum menerima slip keputusan masing-masing.
Terima Kasih.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua
SMKSB@STAR
Segambut, KUL
Sabtu 21 Disember,2013.
No comments:
Post a Comment