Sumber:plus.google.com
Ambang 2014
Dua tiga hari lagi kita akan menyambut tahun baru Masehi 2014. Dua belas bulan telah berlalu berasa begitu pantas meninggalkan kita.Pada hari Rabu 1 Januari,2014 nanti bermula lah kalendar baharu negara.Seluruh dunia menyambutnya dengan berbagai cara.Sedari petang pada 31 Disember,2013 jutaan orang berkumpul di tempat-tempat sejarah atau memorial untuk menyambut ketibaan 1 Januari dengan penuh meriah.Tepat jam 12.00 malam bergema lah acara kemuncak menandakan masuknya sinar baharu.Pertunjukan bunga api dan melepaskan belon ke udara menjadi acara rutin bagi sesetengah negara,sementara pengangkutan awam pula beroperasi hingga lewat pagi bagi memudahkan orang ramai pulang ke rumah masing-masing.Sesetengahnya pula menghabiskan malam tahun baharu dengan berpesta dan minuman terlarang.Percampuran perempuan dan lelaki tanpa batas larangan menjadi perkara biasa.Timbunan sampah sarap kelihatan berlonggok di sini sana sebaik selesai meraikan sambutan.Pekerja DBKL terpaksa bekerja keras memungut rimbunan sampah sarap yang lebih banyak dari kadar biasa.
Mendidik masyarakat
Keselamatan dan kesejahteraan negara menjadi tanggungjawab bersama setiap warga yang cintakan keamanan.Tidak ada seorang pun yang inginkan keburukan berlaku kepada kita.Semuanya mendambakan kebaikan, kesejahteraan dan keharmonian negara dalam menyongsong tahun baharu yang lebih bermakna dan berdaya maju.Mendidik masyarakat dengan pengisian program sambutan tahun baharu yang lebih bermanfaat seperti menyajikan hiburan bermaklumat ke arah pembinaan insani merupakan pendekatan terbaik melahirkan warga sejahtera yang cintakan negara.
Doa selamat
Pengisian program menyambut tahun baharu dengan mengadakan doa selamat dan bacaan Yaasin di Masjid dan Surau perlu di jadikan agenda tahunan untuk mendapat perlindungan dan keberkatan dari Allah SWT merupakan pendekatan terpuji untuk kesejahteraan berpanjangan menjadi sebuah negara yang menepati kehendak Tuhan "BALDATUN TOYYIBATUN WARABBUN GHAFUR" . Ya Allah Ya Rahman, segala puji dan puja hanya untuk Mu yang menguasai langit dan bumi. Jadikanlah Negara Kami Malaysia tercinta sebuah Jazirah yang Engkau Berkati.Turunkanlah Rahmat dan Kasih SayangMU kepada negara kami untuk terus berada dalam petunjuk MU . Amin.
Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Ahad 29 Disember,2013.

Doa untuk kesejahteraan Negara.
No comments:
Post a Comment