Friday, December 27, 2013

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.




Bangunan utama kelihatan gagah dan elegan.

Gelanggang Badminton di rehabilitasi menjadi Dewan
Dato' Asiah untuk kegunaan seminar dan mesyuarat jabatan.
Sumber gambar:  Portal JPWP













Tuan Abdullah Mad Yunus
Pengarah Pendidikan JPWP KL


Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP) terletak di Jalan Duta bersebelahan Stesen Bas ke Utara dan bersetentang dengan Stadium Hoki.Bangunan yang di serahkan kepada JPWP ini pada tahun 2005 asalnya ialah Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya.Pada ketika itu pentadbiran JPWP berada di Anjung FELDA Jalan Semarak selama beberapa tahun setelah berpindah dari Jalan Raja Muda Ab Aziz.Atas inisiatif dan sokongan padu Pengarah Pendidikan pada masa itu, Encik Yaacob Wan Ibrahim (sekarang Datuk) pentadbiran jabatan ini berpindah ke premis baru mulai tahun 2005 hingga kini.Datuk Yaacob tidak sempat mendiami pejabat baharu. Beliau bersara pada Mei 2004 di Anjung Felda.Puan Noor Rezan Bapoo Hashim (sekarang Dato') mengganti beliau sehingga tahun 2006 sebelum menjadi Pengarah Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH) di Putra Jaya.Tempat beliau di isi oleh Haji Abas Awang sehingga Julai 2007.Encik Sulaiman Wak mengambil alih selama 1 tahun 6 bulan sebelum di ganti oleh Hj Radzi Ab Jabbar. Selama 2 tahun memimpin JPWP, beliau berpindah ke Perak Darul Redhuan dan tempatnya di isi oleh Hj Adenan Deraman yang bersara pada November,2011.Pengarah Pendidikan sekarang ialah Tuan Abdullah Mad Yunus mulai Julai 2012 menggantikan Ybhg. Dato' Khairil Awang yang berpindah  ke Institut Aminuddin Baki (IAB) Seri Layang sebagai Pengarah IAB.



Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Jumaat 27 Disember,2013.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...