Sdra Hj.Wan Ab Razak@Sue dan Dr.Zubir
maaf ya Sue. Tadinya kelihatan seperti Dr.Suhaimi.

Sdra Hj Wan Ab.Razak dan Isteri
Dr.Jamaluddin bersama anak kesayangannya.
Sdra. Asri PK (Tadbir Akademik SMK Bandar Kuala Krai.
Sdra. Ab.Fatah.
Puan Farida Amir (PK Petang SMK Wgs Maju Sek 1)
Dr.Suhaimi dan Keluarga.
Tuan Khatimah dan Suami Fauzi Mohammad
Sdra. Wan Roslan bersama anak bongsunya
Tn Hj Ariffin dan keluarga.
Saya menerima beberapa gambar dalam 'group whats App' yang di kelolakan sdra. Dr. Suhaimi Ab Kadir. Terima kasih kerana mempertemukan di alam cyber.Memang praktikal sekali zaman ICT ini untuk berhubung dengan rakan-rakan yang terpisah begitu lama sekali. Telah ramai rakan-rakan tiada lagi bersama.Dr Halim, Dr. Azmi Kedah, Dr.Ismail Hassan, Jaafar, abang Hadri, Arief, Hilmi Ghani, Ab.Aziz Othman, Ahmad Bestari, Zainuddin sudah mendahului kita. Semoga Allah memberkati pertemuan ini.Nostalgia indah semasa menjadi Mahasiswa di perantauan menjadi sejarah yang sukar di lupakan.Ikatan persahabatan utuh dan saling bahu membahu antara satu sama lain.Pada masa itu Pusat Pelajar Malaysia di kenali dengan Himpunan Mahasiswa Malaysia Sumatera (HMMS) terletak di Jalan Mahkamah 11.
Pelajar Senior
Pelajar senior seperti Ustaz Amin, Allahyarham Jaafar tinggal di situ yang berkebetulan pula bersebelahan dengan rumah mertua Dr.Radzi (pengasas formula ubat gigi Dr.Radzi). Setiap habis kuliah kami berkumpul di HMMS. Ada yang bermain karen,pingpong, sepak takraw dan sebagainya. Selesai bermain, masing-masing makan nasi bungkus laut ikan kembung panggang dari Restoran Famili di Jalan Sisingamangaraja.Kehidupan masyarakat Kota Medan yang yang semrawut penuh dengan bechak mesin membingitkan telinga.Bunyi horn yang bertalu-talu sambung menyambung dari Bemo,Sudako Damri menjadi identiti khas kehidupan kota Medan. Masa itu tahun 1977 nasi bungkus daun pisang hanya RP850 sahaja. Kebanyakan pelajar mendapat biasiswa KPM, Mara, JPA, Dermasiswa dan secara persendirian. Saya berada di Medan dari tahun tahun 1997-1981.Sebaik tamat di IKIP Medan pada tahun 1981 balik ke Malaysia dan ditempatkan di SM Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah selama satu tahun setengah sebelum menyambung ke peringkat Sarjana di IKIP Padang pada tahun 1983 setelah mendapat kelulusan perpanjangan biasiswa dari Kementerian untuk tempoh pengajian selama dua tahun setengah.
Padang Maimbau
Liku perjalanan menjadi adunan pengalaman yang sangat bermakna dalam kehidupan manusia.Perjalanan mencari ilmu seumpama meniti sebuah jambatan merentangi sungai yang deras andai tersilap kaki tersandung lemas di bawa arus.Kesabaran dan kegigihan menjadi penawar mengubati diri sehingga akhirnya tiba ke destinasi.Sahabat yang bersama dalam senang dan susah telah tiada lagi. Sdra.Drs.Lokman Mohd.Zen dan teman serumah Allahyarham Arief telah pergi tak kembali lagi.Lokman meninggal pada bulan Ramadhan 2008 di rumah keluarga isteri beliau di Padang. Jenazah di bawa pulang ke Kuala Lumpur disemadikan di Perkuburan Islam Kg.Bharu. Zainuddin Hamzah pun telah tiada meninggalkan isteri Zaidah yang juga lulusan IKIP Padang tahun 1984. Kenangan bersama Lokman,Arief, Zainuddin dan Zaidah sewaktu di IKIP Padang (kini-Universitas Pendidikan Negeri Padang) menjadi sebuah nostalgia yang sukar di lupakan.Semoga Allah memberikan mereka tempat yang selayaknya. Amiin.

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 14 Jun,2014.
No comments:
Post a Comment