Friday, June 27, 2014

Sepetang di PWTC

 
 












Siang tadi 27 Jun 2014 merupakan hari terakhir Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama warga pendidik Kuala Lumpur. Tuan Abdullah Mad Yunus berpindah ke Putrajaya sebagai Pengarah Pengurusan Harian Sekolah (BPSH) menggantikan Datuk Mazlan yang bersara wajib pada pertengahan bulan ini. Tempat beliau diganti Datin Nawal Salleh dari Lembaga Peperiksaan. Majlis meraikan beliau di adakan di Dewan Tun Hussein On Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dihadiri ramai warga pendidik. Selamat bertugas dan teruskan  mencipta kecemerlangan. Seluruh warga pendidik menyambut mesra Pengarah Pendidikan baharu untuk menerus legasi yang di tinggalkan Tuan Abdullah.Selama dua tahun bersama warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, beliau  begitu dekat dengan para pentadbir sekolah dan membina rangkaian kerjasama yang baik dengan masyarakat terutama dalam memperkasa Sarana Ibu bapa  dan Sarana Sekolah bagi merealisasikan PPPM 2013-2025.























































Datin Nawal Salleh Pengarah Pendidikan
JPWP KL baharu.


csyahya victory
Kuala Lumpur.
Jumaat 27 Jun 2014. 

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...