Thursday, June 19, 2014

Keindahan Port Dickson


































































































Keindahan Port Dickson memang terkenal sejak zaman berzaman.Pantai ini yang menganjur dari Selat Melaka menjadi tumpuan orang ramai berkelah dan mandi manda bersama keluarga di hujung minggu.Hotel-hotel penginapan dan peranginan berderetan hingga ke Telok Kemang dan Melaka yang bersempadan dengan Negeri Sembilan.Negara kita tidak kurang hebatnya dari segi lanskap alam yang indah dan menarik yang mampu menarik wisatawan dari dalam dan luar negara.Seharusnya rakyat Malaysia berbangga dengan bio diversiti yang berbagai di negara ini untuk kelangsungan generasi akan datang. Bumi ini mempunyai sejarah yang panjang sebelum mencapai kemerdekaan sendiri pada 31 Ogos,1957. Kuasa-kuasa besar dunia seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Komunis menjadikan Tanah Melayu sebagai jajahan takluk mereka  sejak sekian lama yang sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada penduduk di negara ini.Peninggalan Inggeris yang kekal ke hari ini antaranya ialah nama Pantai Port Dickson.


csyahya victory.
Khamis 19 Jun 2014.



















No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...