Wednesday, June 18, 2014

Padang Berubah Wajah


































































Gambar: Ehsan Hj Wan Ab Razak@Sue BTPN Pahang.

Padang ialah ibu kota bagi propinsi Sumatera Barat (SUMBAR).Padang terletak di tengah laluan ke Pekan Baru di hujung Sumatera.Perjalanan dengan bas dari Medan ke Padang selama satu hari satu malam(dahulu sekitar tahun 1980an). Sekarang mungkin makin singkat perjalanannya kerana jalan raya sudah elok.Nagari yang termasyhur dengan adat ini mempunyai keunikan tersendiri.Setiap bangunan atau rumah mempunyai identiti khas atap bergonjong  disamping terkenal dengan masakan Padang yang enak.Selain keenakan masakan Minang, Padang mempunyai keistimewaan tersendiri seperti juga Acheh yang terkenal dengan Serambi Mekah. Penduduk Sumbar majoriti Islam dan kuat berpegang kepada adat yang berpaksikan syarak bersendikan Kitabullah.Ramai Ulama tersohor berasal dari Sumbar. Almarhum BUYA HAMKA dan Mohd Natsir antara Ulama yang lahir dan membesar di sini sehingga sepanjang hayat mereka merantau kepelusuk wilayah mengembangkan risalah Islam sebagai misi membawa umah ke jalan Tuhan.

Refleksi pengalaman

Selama dua setengah tahun saya berada di Padang dalam rangka menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Pendidikan Biologi di IKIP (kini- Universitas Pendidikan Negeri Padang) banyak pengalaman yang saya lalui bersama Arif (arwah), Lokman (arwah), Zainudin (arwah) dan beberapa orang rakan lagi menjadi koleksi pengalaman yang sukar di lupakan. Pada tahun 1983-1985 kami tinggal di Jalan Cenderawasih Rawasari kira-kira 1.5 km dari Kampus.Saya sempat mengikuti Kuliah Kerja Nyata (KKN) selama sebulan di Ambachang Bukit Tinggi  dan Kubu Rajo yang terkenal dengan warisan kegemilangan Kerajaan Minagkabau khususnya di Pagar Ruyung pada masa lampau.Refleksi pengalaman ini menjadi sejarah kehidupan yang sukar di lupakan semasa menjadi  pelajar di rantau orang.Kini Padang semakin maju dengan rangkaian jalan raya yang cantik, lebar, mudah dan menyingkatkan perjalanan dari Kota Padang ke Maninjau melalui kelok 44 yang semakin mudah dan sangat ekonomik.

Keindahan alami 

Walau pun Padang ,Bukit tinggi dan kawasan sewaktu dengannya  sering di landa gempa bumi kerana bentuk Geografi yang dipagari oleh Gunung Merapi dan banjaran Bukit Barisan, Kota ini tetap menjadi objek wisata yang menarik.Lanskap alam yang tidak terusik jauh dari pencemaran tangan-tangan manusia, menyebabkan ramai pelancung asing mengunjunginya untuk berlibur.Keindahan alam seperti ngarai sianok, air terjun Lembah Anai yang kita lihat dalam perjalanan ke Bukit Tinggi-Padang sungguh mengujakan. Subahanallah. Selain pantainya yang menyimpan legenda 'anak derhaka" dalam cerita Malim Kundang menjadi batu keras seperti orang sedang bersujud kekal misteri hingga kini. Lagu selamat tinggal Teluk bayur Permai alunan Erni Djohan yang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan sangat sinonim dan identik untuk menceritakan keindahan budi yang kaya dengan adat masyarakat Minangkabau.

 
Batu seperti orang bersujud 
di Pantai Air manis Padang.
Sumber: internet.

Che Yahya Che Soh
Lembah Kelang 
Rabu 18 Jun 2014.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...