Saturday, June 28, 2014

Puasa : Antara Ibadat dan Adat

Dalam setahun terdapat satu bulan yang di khususkan Tuhan kepada umat Islam untuk berpuasa wajib di siang hari.Sungguh cepat masa berlalu tanpa kita sedari sudah "temutika"  dengan puasa tahun lalu.Ramadhan penuh dengan keberkatan kerana pada bulan ini Allah SWT menurunkan Al Qur'an yang menjadi indikator keimanan umat.Shahru Ramadhan bulan suci penuh rahmat dan keampunan dari Tuhan kepada mereka yang benar-benar memahami falsafah kehidupan secara syumul.Bulan panas sesuai dengan namanya Ramadhan bererti membakar segala dosa.Allah memberi nama-nama bulan dalam Islam cukup indah  mengandungi segala peristiwa yang cukup sinonim dengan kehidupan makhluk di bumi. Bermula dengan Muharam,Safar,Rabiul Awal Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rajab, Syaaban, Ramadhan, Syawal,Zulkaedah dan berakhir dengan Zulhijjah di mana umat Islam bersiap sedia untuk mengerjakan ibadah Haji di Makah Al Mukaramah.Zulhijjah penutup segala bulan melengkapi rotasi perjalanan tahun selama dua belas bulan.

Mula Puasa

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada hari Ahad 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435H. Malam tadi Masjid dan Surau penuh melimpah dengan para jamaah yang bersolat Isya' dan Tarawih lebih dari biasa.Sudah menjadi adat kebanyakan masyarakat Islam di negara ini memenuhi Rumah Allah ketika datangnya Ramadhan tetapi pada bulan-bulan lain kehadiran jemaah lengang seolah-olah ibadah itu bermusim.Kita berdoa semoga umat Islam tetap beristiqamah melakukan solat berjemaah pada setiap masa bukannya menunggu tibanya Ramadhan untuk mengimarah Masjid dan Surau-Surau.Mengapa selama Ramadhan kita mampu mendisilpin diri dalam beramal tidak seperti di bulan-bulan lain? Sedangkan Solat itu pokok segala ibadah sesudah dua kalimah Syahadah?Lebih malang lagi ada dalam kalangan umat Islam yang berpuasa tetapi tidak Solat.Paling parah lagi ada yang langsung tidak berpuasa makan minum seperti biasa di siang hari. Sungguh menyedihkan kerana amalan puasa seperti itu tidak mendatangkan apa-apa keuntungan di sisi Allah SWT.Mereka hanya mendapat haus dan lapar sahaja.

Refleksi diri

Justeru selaku umat beragama yang cintakan amalan para Nabi dan orang -orang soleh,kita mesti membuat refleksi diri untuk mendapat Ramadhan yang MABRUR dan di terima Allah SWT seperti mana perintahNYA yang masyhur menyeru orang beriman supaya berpuasa dengan penuh ketaqwaan. Perintah Allah ini ditujukan kepada orang-orang beriman bukannya kepada orang Islam secara keseluruhan kerana hanya mereka yang beriman sahaja mampu melaksanakan setiap suruhan Tuhan dengan SAMI'NA WAATHA'NA yakni akur dan redha dengan Hudud (perundangan) yang di turunkan kepada manusia.Setiap perintah Allah yang turun kepada manusia mempunyai kebaikan dan keselamatan. Puasa dapat menyembuhkan penyakit dan melancarkan peredaran darah. Badan menjadi ringan dan segar.Demikian hikmah di sebalik rahsia yang terkandung dalam ibadah puasa.

Pesta makanan 


Malaysia sungguh bertuah di kurniakan Tuhan dengan pelbagai rezeki yang melimpah ruah. Buktinya setiap petang berbondong-bondong umat Islam menuju Bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa.Masyarakat bukan Islam pun turut sama memenuhi kawasan tapak penjualan kuih muih untuk membeli makanan. Setiap petang pemuda pemudi dengan berbagai fesyen pakaian memenuhi gerai-gerai kelihatan seperti sedang memperagakan pakaian menuju ke pesta makanan yang beranika jenis.Beginilah setiap tahun cara kita menyambut Ramadhan. Para penjual mendapat rezeki yang berganda kerana kemuliaan Ramadhan. Tidak salah jika umat Islam mematuhi etika dan peraturan dengan menjaga batasan aurat dan pergaulan untuk menghormati Ramadhan. Di sisi lain kedai-kedai roti canai masih beroperasi seperti biasa dalam bulan ini.Seharusnya pemilik kedai menutup sepenuhnya operasi  di siang hari bagi menghormati kemuliaan Ramadhan tanpa perlu menunggu arahan pihak berkuasa Agama yang menentukannya. Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan Kareem bulan yang penuh dengan ketenangan.Bagi mereka yang mengetahui rahsia Ramadhan pastinya menggunakan setiap ruang dan peluang untuk memperkasa amalan kerana pada bulan ini Allah SWT melipatgandakan setiap perbuatan baik manusia. Bulan yang tidak di turunkan LAILATUL QADAR di dalamnya kecuali RAMADHAN.



Uji Rashid  Sumber: You tube.

Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 1 Ramadhan 1435H
Ahad 29 Jun,2014

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...