Salam takziah sedalam-dalamnya kepada keluarga Haji Kassim yang telah kembali kerahmatullah dalam usia 72 tahun pada hari ini Jumaat jam 700 malam di Hospital Ampang.Jenazah di sembahayangkan di Masjid Sobirin dan di bawa ke tanah perkuburan AU4 untuk di sempurnakan. Allahyarham balik dari mengerjakan UMRAH beberapa minggu lalu.Semoga Ruhnya di tempatkan bersama hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Amin.Kita kehilangan ahli jemaah yang baik,suka bersenda gurau sebaik habis kuliah Subuh.Tidak beberapa lama sebelum ini Hj.Hamid telah pergi menemui Ilahi juga ahli Surau yang baik. Kita doakan semoga para Ruh di pelihara Allah dan dilapangkan kubur mereka.Saya berkesempatan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham bersama rakan-rakan jemaah sebaik jenazahnya siap dimandi dan dikafankan di Masjid As Sobirin AU 5 untuk di solat kemudiannya bersama menghantar jenazah ke tanah perkuran AU 4 pada jam 11.30 malam. Selamat beristirehat sahabatku sehingga Allah membangkitkan semula pada waktu yang ditentukan.
Iktibar kematian
Janji Allah benar.Bila sampai waktu tidak sedikit pun boleh undur atau maju. Hakikat kehidupan mesti berlaku kepada setiap manusia.Sejauh mana kita mengambil iktibar di atas kematian sahabat dan saudara mara hanya diri yang mengetahui.Sesungguhnya tiada yang lebih bahagia selain daripada mengingat Allah,mengamalkan perintahNYa secara konsistan (istiqamah) mudah-mudahan diri kita di pelihara Tuhan sepanjang masa kendatipun berada di alam barzah.Setelah tercabutnya nyawa dari badan hilanglah segala kenikmatan, tiada lagi berguna anak-anak harta dan kemewahan kecuali datang menemui Tuhan dengan hati yang sejahtera (Qalbun Saliim). Justeru ambillah dunia sekadarnya buat bekalan amal di Mahsyar di saat manusia berhimpun untuk mendapatkan pengadilan Allah di Mahkamah Rabbul Jalil yang adil untuk menentukan nasib manusia samada menerima catatan amalan melalui tangan kiri atau tangan kanan.
Che Yahya Che Soh.
Jemaah Surau AU4
Jumaat 13 Jun 2014.
No comments:
Post a Comment