Telah hampir dua minggu hujan tidak turun. Cuaca kembali membahang hingga ke malam.Fenomena Al Nino yang turut melanda negara menyebabkan manusia dan organisma lain penasaran.Langit kelihatan mendung (jo'ung) sebelah petang tetapi titisan air tidak jua turun.Burung-burung sepi menyanyi menyambut ketibaan pagi. Ayam jantan pun jarang berkokok mungkin kehausan.Tumbuh-tumbuhan mula layu kekeringan.Mengapa angin tidak bertiup seperti lazimnya sehingga cuaca panas berpanjangan?Udara pengap dan terangkap menghalang laluan angin. Apa petunjuk Tuhan sebenarnya kepada kehidupan di bumi? Mengapa alam jadi begini?Apakah alam tidak mahu bersahabat lagi dengan manusia, haiwan dan tumbuhan melata?
Penguasa alam
Fenomena perubahan cuaca berlaku kerana pergerakan angin dan tekanan udara yang terjadi dalam ekosistem alam. Tekanan udara yang berada kawasan tinggi bergerak ke tempat tekanan rendah menghasilkan sistem pergerakan angin di bumi. Demikian secebis pengetahuan tentang perubahan cuaca seperti yang pernah kita belajar dalam Ilmu Alam (Geografi). Perlakuan alam yang berlaku seharusnya menjadi ibrah kepada manusia yang mahu berfikir tentang kekuasaan Tuhan melalui mata hati.Antara perlakuan alam dengan aktiviti kehidupan manusia saling berkait yang di sebut sebagai sebab-akibat (cause effect).Nasihat Ebit G.Ade dalam lagunya Berita Kepada Kawan bukan sekadar menjadi halwa telinga semata-mata tetapi mengandung makna yang sangat Qur'anik tentang kekuasaan Tuhan sebagai Penguasa Alam.Orang beriman melihat setiap fenomena berlaku melalui perspektif ilmu dan keyakinan kepada Allah bahawa setiap peristiwa berlaku baik di daratan dan di lautan pastinya dengan Izin Allah.
Sumber: 1blueplanet.com
Kekuasaan manusia
Memang manusia mempunyai ilmu dan kekuatan pemikiran namun hakikatnya sangat terbatas.Kehebatan manusia mencipta teknologi dalam berbagai bidang hingga mampu melancarkan roket ke angkasa tetapi tidak mampu memperjalankan angin , menggerak dan mengumpulkan awan yang mengandungi partikel air yang kemudiannya turun sebagai hujan membasahi bumi yang sedang kekeringan. Hujan buatan hanya sekadar membasahi kawasan tertentu sahaja.Justeru selaku orang beriman, kita wajib memohon bantuan dan pertolongan kepada Allah SWT melalui doa dan solat Istisqa' dengan membawa anak-anak kecil, orang-orang tua dan haiwan-haiwan ternakan menuju kawasan lapang dengan penuh pengharapan semoga Allah memakbulkan permintaan hamba-hambaNYa.
Wallahua'lam.
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Selasa 17 Jun 2014.

No comments:
Post a Comment