Saturday, June 7, 2014

Pahang vs Felda United

Separuh masa pertama Pahang masih O berbanding Felda United dalam Piala FA yang disiarkan secara langsung melalui TV1 di Stadium Shah Alam malam tadi. Pemain Felda United Wilson  no 22 telah menyumbat gol pertama untuk Felda.Pertahanan pasukan Kuning agak longgar dalam masa pertama berbanding FU yang mengatur kedudukan bersistematik sehingga mencemaskan pasukan Pahang.Walau bagaimana pun  Pahang mara dalam minit yang ke 78 melalui Faizol Hussein no 11 telah menyamakan kedudukan 1-1 dalam masa kedua.Kemasukan Faizol memberikan kekuatan kepada Pasukan Kuning yang hampir lesu.Penyokong Pahang bertambah semangat dengan penyamaan kedudukan ini.Zainal Abidin Hassan tersenyum melihat kebangkitan pemain Kuning.Pertahanan kedua -dua pasukan semakin kuat dalam minit-minit terakhir dengan masing-masing berdebar untuk merebut piala FA. Pahang menambahkan satu lagi gol melalui Dickson Wakame 10 menjadikan kedudukan  Pahang 2-1 Felda United. Dengan kedudukan itu Pahang menjuarai perlawanan di Stadium Shah Alam muncul dalam PIALA FA 2014. Tahniah KUNING. Tahniah Faizol Hussein.


 
Faizol Hussein menyamakan kedudukan dalam
minit ke 78 Pahang-Felda United.
Gambar:goal.com




Che Yahya Che Soh
Kuala Lumpur,
Sabtu 7 Jun 2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...