Thursday, May 15, 2014

Tokoh Kepimpinan Guru

PWTC Jumaat 16 Mei,2014: Tan Sri Alimuddin Mohd.Dom Pengerusi Yayasan Guru Malaysia telah di pilih sebagai tokoh kepimpinan guru sementara Tengku Azuan Tengku Mohammad pula sebagai tokoh guru Kebangsaan 2014.Majlis penganugerahan tokoh berkenaaan di sempurnakan YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan pagi tadi.Kedua-dua tokoh tersebut merupakan lambang kecemerlangan pendidikan di negara ini.Tan Sri Alimuddin mantan KPPM yang berpengalaman luas dalam dunia pendidikan.Demikian juga Tengku Azwan banyak menyumbangkan idea dan kepakaran untuk pembangunan pendidikan negara semasa menjadi Pengetua di beberapa buah sekolah ternama di negara ini seperti SAB dan Kolej Tunku Kursiah, Seremban.Kemeriahan sambutan Hari Guru tahun ini di serikan dengan lagu terima kasih cikgu  oleh penyanyi Najwa Latif dan persembahan kumpulan Uku lele SMK Cheras.Majlis berakhir dengan pertemuan dua insan 'Guru dan Murid' yang telah lama berpisah dengan penuh sayu dan terharu sekali.Dua insan tersebut ialah TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Guru beliau Cikgu Yusoff Karto  80  yang di bawa khas dari Muar Johor.Dewan menjadi sepi seketika menyaksikan pertemuan antara seorang guru dengan muridnya. Tan Sri Muhyiddin kelihatan sebak lalu terus  merangkul guru beliau  yang berkerusi roda.Itu lah guru. Jasa dan baktimu tetap di kenang sepanjang zaman.
 



Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
















Persembahan Najwa Latif Terima Kasih Cikgu

 Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Jumaat 16 Mei,2014.
 

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...