Thursday, May 8, 2014

Memahami Pengoperasian PBS

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) masih  menjadi sorotan masyarakat ketika ini.Pelaksanaan PBS yang bermula pada tahun 2012 untuk pelajar Tingkatan 1, kini sudah masuk tahun ketiga  di sekolah dengan penambahbaikan yang dipersetujui Kementerian Pendidikan.Guru-guru bekerja ke arah pentaksiran bagi memastikan pengoperasian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) memenuhi kriteria yang di tetapkan. Kita sedia maklum pengoperasian PT3 menjadi ukuran utama pencapaian pelajar dalam PBS bermula pada tahun ini setelah tiadanya peperiksaan PMR berpusat.Orang awam khususnya ibu bapa inginkan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan PBS di sekolah.

 
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin 
semasa mengumumkan penambahbaikan PBS.
Gambar: bnbbc.my

Format Instrumen

Lembaga Peperiksaan (LP) telah mengeluarkan format instrumen yang perlu di patuhi oleh sekolah dalam pengurusan dan pengoperasian PBS terhadap beberapa mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kedua-dua subjek ini dilaksanakan secara ujian lisan dan ujian bertulis. Bagi subjek Sains, Mathematiks, KH Bersepadu, Pendidikan Islam, Bahasa Tambahan (BC,BT,B Iban ,BA) dilaksanakan secara bertulis, manakala Sejarah dan Geografi menerusi pelbagai Instrumen (contoh Kajian tempatan,projek, tugasan dll ) berdasarkan instrumen yang telah disediakan LP (Tulisan saya PT3 mulai 2014 berkaitan).Sehingga kini taklimat pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga disampaikan  sepenuhnya kepada guru-guru berdasarkan garis panduan yang di keluarkan Lembaga Peperiksaan. 

Peranan LP

Dalam menentukan kesahan dan ketekalan pentaksiran terhadap subjek-subjek tersebut, Lembaga Peperiksaan telah menyediakan instrumen dan peraturan penskoran, melaksanakan moderasi untuk penyelarasan markah, melaksanakan verifikasi untuk menentusah markah dan menyediakan jadual pelaksanaan PT3.Pelaksanaan PAJSK di lakukan di sekolah bagi SEGAK, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikum manakala Pentaksiran Psikometrik menggunakan  instrumen dari LP yang pengoperasiannya di lakukan sepenuhnya oleh Kaunselor bagi menentukan kebolehan dan minat murid. Lembaga Peperiksaan membuat pemantauan bersistematik untuk menjamin kualiti pentaksiran mengikut standard yang ditetapkan.Pengauditan akademik menjadi indikator penting dalam menentukan kesahan dan keadilan pentaksiran.

Peranan Sekolah

Pengurusan dan pentadbiran PT3 di laksanakan  sepenuhnya oleh pihak sekolah bukan lagi berpusat seperti PMR. Guru-guru akan mentaksir dan memberi skor berdasarkan garis panduan yang di keluarkan LP.Tidak timbul soal integriti kerana penjaminan kualiti tetap dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan.Guru-guru tidak boleh mentaksir calon sekolah masing-masing secara "linear" kerana format pentaksiran telah di sediakan. Keputusan skor yang di perolehi setiap calon akan dihantar ke LP untuk tujuan pengauditan akademik sebelum pelaporan atau keputusan dikeluarkan sepenuhnya oleh sekolah masing-masing. PT3 menjadi kriteria utama pemilihan calon-calon yang akan memasuki Sekolah Berasrama Penuh(SBP),Sekolah Menengah Agama, Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi dan Tingkatan 4 pada tahun 2015.


Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Khamis 8 Mei,2014. 
Mantan KPP Penilaian dan Peperiksaan
JPWP 2001-2009.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...