Saturday, May 31, 2014

Melihat Kaabah Atas Talian

Zaman teknologi yang berkembang pesat memberikan kebaikan kepada manusia khususnya kepada umat Islam untuk melihat Mekkah dan Madinah secara atas talian (online). Setiap hari kita dapat melihat bumi barakah ini secara terus. Kepada umat Islam yang telah sampai ke sana samada mengerjakan Haji atau Umrah, pastinya bertambah tergugah malah mengalir air mata mengingati setiap sudut yang terdapat dalam Masjidil Haram terutama sewaktu melakukan Tawaf di sekeliling Kaabah yang menjadi tumpuan manusia di pelusuk bumi dan penduduk langit.Bumi Mekah dan Madinah tidak pernah sunyi daripada manusia. Kaabah yang menjadi lambang kemegahan Islam merupakan arah kiblat umat Islam seluruh dunia. Tidak sah solat tanpa menghadap Kiblat. Dimana pun kita berada palingkan wajah ke arah Kiblat.Allah SWT mentakdirkan Nabi SAW lahir dan membesar di kota yang penuh bersejarah ini seolah-olah ingin mempersiapkan diri Baginda menjadi pemimpin ummah.Pelbagai ujian dan pahit getir membawa Islam sebagai sebuah Deen yang sempurna menjadi seluruh perjuangan hidup semasa hayat Baginda. Nabi Muhammad SAW sangat menyayangi Mekah.Demi sebuah IMAN Baginda terpaksa berhijrah ke Madinah dan di sanalah Baginda membangun sebuah negara Islam yang cemerlang sehingga Allah menentukan Baginda wafat di kota bercahaya ini.Seorang guru kanan saya En Wan Nor Azmi bersama isteri beliau kini berada di Madinah sedang mengunjungi Raudah Nabi SAW sebelum berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan beliau.


Gambar Ehsan Cikgu Wan Nor Azmi

 
Genangan air mata di Raudah Nabi Saw.


Subhanallah. Tenang dan syahdunya dalam Masjid Nabi SAW.

Baitullah Istimewa

Baitullah juga di kenali dengan rumah tua atau Baitul 'Atiq merupakan tempat suci pertama di bumi. Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim Khalilullah membina Kaabah di sebuah lembah yang gersang,kering kontang bersama anaknya Nabi Ismail As bertujuan untuk beribadah kepadaNya. Makam Ibrahim As iaitu bekas tapak kaki menjadi bukti peninggalan Baginda yang kekal hingga ke hari ini.Sejarah perjalanan dakwah Nabi Ibrahim As cukup sinonim dengan perkembangan awal kota Mekah sebagai pusat peradaban Islam yang kemudiannya di sambung pula oleh pewarisnya  Nabi Muhammad Saw membawa risalah Tuhan kepada manusia.Tidak ada tempat semulia bumi selain Mekah kerana di situ terletaknya Kaabah.Tiada tempat semulia Madinah kerana di situ bersemadinya Makam Rasullullah SAW bersama para sahabat  setia memperjuangkan kalimah Allah yang mulia sehingga Islam tersebar ke pelosok dunia. Mekah atau Bakkah terkenal dengan  Al Balad Al Amin tempat wahyu pertama di turunkan  di muka bumi   yang memerintahkan Nabi Muhammad Saw membaca dengan nama Tuhan Yang Menciptakan manusia iaitu IQRAQ. Peristiwa  di Gua Hira' yang penuh dengan sejarah menjadi titik permulaan pengangkatan Nabi sebagai Rasul Allah untuk membawa risalah Tuhan keseluruh alam.


Bacaan Sheikh Shuraim sangat sinonim dengan Masjidil Haram

Wallahua'lam.


Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Ahad 1 Jun, 2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...