Tuesday, May 20, 2014

Pendidikan dan Kemajuan

Pendidikan ialah proses pembentukan budaya dan sosialisasi pelajar menjadi manusia yang berwawasan dan berproduktif bagi menghadapi persaingan global yang lebih sophistikated.Pendidikan sangat signifikan dengan kemajuan sesebuah negara.Pendidikan yang bermutu  akan menghasilkan modal insan pilihan yang menjadi rebutan syarikat-syarikat terkemuka dan badan-badan korporat untuk melamar mereka sebagai pekerja.Negara sangat memerlukan modal insan berketrampilan terutama dalam bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Farmasi, Kejuruteraan Pakar IT dan  Arkitek untuk pembangunan negara.Hala tuju menjadi sebuah negara maju tentunya memerlukan komitmen semua pihak. Transformasi budaya kerja menjadi teras utama jika ingin maju seperti Jepun yang terkenal dengan rajin bekerja, sopan santun,kurang bercakap banyak berbuat ,berdisiplin dan berprinsip.

Generasi Berilmu 

Pendidikan berkualiti merupakan sarana yang paling menunjang untuk untuk pembangunan modal insan menuju alaf moden. Melengkapkan generasi muda dengan pengisian ilmu, kemahiran dan multi kompetensi menjadi pemangkin kemajuan negara dalam segala bidang.Pembangunan modal insan yang tidak seimbang pastinya merencatkan pembangunan negara.Ilmu pengetahuan dan teknologi(IPTEK)berkembang pantas bersama ledakan maklumat yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia.Dengan menggunakan smartphone orang boleh mengetahui kedudukan sesebuah pesawat yang terbang dengan ketinggian tertentu melalui flight radar  malah mengetahui masa ketibaan dan pelepasan dengan tepat.Demikian hebatnya dayacipta manusia yang memiliki ketinggian ilmu dan teknologi bersumber dari kekuatan otak sebesar jarum pentul kurniaan Tuhan.Kekuatan otak sebagai pusat kecemerlangan minda berfungsi sebagai chips komputer yang sangat bernilai kepada manusia.

Bukan mustahil 

Melihat kepada perkembangan IPTEK yang begitu sophistikated, bukan mustahil pada suatu hari nanti semua kenderaan dilengkapi dengan sistem pengawalan (control system)secara stalite untuk menuju sesuatu destinasi.Pemandu hanya perlu memprogramkan terlebih dahulu masa dan jarak perjalanan,sistem komputer akan mengawal sepanjang perjalanan hingga selamat sampai ke tempat yang dituju.Pemandu tidak perlu lagi bersusah payah menggunakan seluruh anggota tubuh memusatkan perhatian kepada pemanduan, cukup sekadar mengawal secara elektronik bagi memastikan pemanduan berada di laluan yang betul dan selamat.


Renungan..
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Sab 24 Mei,2014. 

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...