Saturday, May 17, 2014

Pengangguran Otak

Jangan biarkan pengangguran otak berlaku berterusan kerana impaknya menyebabkan seseorang menjadi nyanyuk.Nilai hidup manusia diukur melalui tahap pemikirannya.Peradaban sesuatu bangsa juga kerana kemercuan pemikiran sebagai indikator kemajuan.Tamadun Barat yang berkembang maju kerana mereka sentiasa menggunakan daya fikir secara maksimum menghasilkan sesuatu produk atau barangan untuk pasaran dunia.Demikian juga Jepun, Korea,China ,Taiwan merupakan negara-negara maju  berpendapatan tinggi masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri  bersaing secara kompetetif dengan negara-negara yang lain.

Ciptaan Baharu

Setiap hari ada sahaja ciptaan baharu yang di lahirkan ke pasaran global hasil pemikiran manusia melalui daya cipta terkini.Teknologi berkembang setiap saat kerana proses berfikir untuk menghasilkan rekacipta baharu merupakan impian setiap negara. Penggunaan smartphone multi fungsi menjadi tanda aras kemajuan manusia abad ke 21. Berfikir secra objectif dan konstruktif dapat meningkatkan tahap umur seseorang kerana sel-sel badan aktif bekerja dan organ-organ tubuh yang lain semakin kuat dan bertenaga. Dari perspektif Islam,menggunakan fungsi otak untuk membaca,menghafaz,memahami dan menghayati Al qur'an dapat menajamkan ingatan dan kesegaran wajah sepanjang masa. Demikian kelebihan Al Qur'an sebagai pemberi cahaya kepada mereka yang berdampingan  dengan Kalam Allah ini.

Mencipta Inovasi

Teknologi berkembang pesat kerana otak manusia berputar ligat mencipta inovasi setiap hari.Kita mungkin tidak pernah terfikir bagaimana jajaran pintas ditengah-tengah kesemrawutan kota Metropolitan Kuala Lumpur telah terbinanya lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE), MRR2 atau Middle Ring Road  untuk memudahkan perjalanan ke tempat kerja dan memendekkan masa dari kesesakan berpanjangan.Kepadatan penduduk Lembah Klang menyebabkan pertambahan kenderaan setiap hari.Proses berfikir secara inovatif dan konstruktif akan menjana pertumbuhan sel-sel otak bertindak aktif menghantar impuls ke seluruh tubuh.Konsekuensinya seluruh anggota tubuh bekerja berpusatkan pemikiran yang berlaku pada otak.


Meningkat Motivasi

Pengaruh pemikiran terhadap hasil kerja atau produktiviti menjadi pengukur pencapaian prestasi seseorang.  Kesegaran minda akan meningkatkan motivasi kerja berpanjangan kerana struktur fungsi tubuh manusia menjalankan tugas berdasarkan apa yang ingin di capai melalui kerangka pemikiran yang telah ditetapkan.Perancangan dan strategi berdasarkan kerangka pemikiran di terjemah melalui tindakan dan perbuatan untuk menghasilkan sesuatu keputusan.Kerangka pemikiran menjadi parameter bagi setiap tindakan samada menepati sasaran atau kecundang.Kekuatan minda akan membentuk rangkaian kerjasama dan mengukuhkan hubungan sesama rakan sekerja untuk keunggulan  organisasi.

Peranan Otak

Peranan otak sebagai medium untuk menjana pemikiran kritis melalui penulisan, pembacaan, kajian tindakan,berkongsi maklumat dan idea dalam wacana ilmu merupakan usaha murni melestarikan kelangsungan hidup organ terpenting ini kepada manusia.Otak seumpama 'hard disk' komputer menyimpan ribuan memori yang boleh di muat turun (upload) bila di perlukan. Otak juga berfungsi sebagai pangkalan data yang tersimpan dalam nueron dan dikawal oleh Sistem saraf  Pusat (CNS),bertindak menghantar impuls ke seluruh badan.Sekiranya fungsi otak mengalami kegagalan, setiap anggota badan akan menerima kesan berpanjangan.Badan letih,lemah,lesu tidak bermaya dan minda menjadi jumud.Implikasinya muncul simpton penyakit yang membahayakan individu.


Ta'akul minda
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 18 Mei,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...