Sunday, May 4, 2014

Berita Dukacita

Malam tadi sekitar jam 11.20 malam saya mendapat berita dukacita tentang pemergian Puan Hajah Azizah Mansor Penolong Pegawai Pendidikan (PPP) Pejabat Pendidikan  Wilayah Keramat (PPWK) yang telah kembali  ke alam baqa menemui Tuhan buat selama-lamanya.Pagi tadi saya menghubungi Tn Hj Sofi PPP Keramat untuk mendapat pengesahan. Beliau bersama pegawai-pegawai PPWK sedang dalam perjalanan ke rumah Allahyarhamah di Bandar Rinching. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita pasti pulang.Puan Azizah seorang pegawai yang baik dan berdedikasi pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah seperti SMK Raja Abdullah,SMK Segambut Jaya dan SMK Taman Melati  sebelum berpindah ke PPWK pada tahun 2009. Saya sekeluarga merakamkan sedalam-dalam TAKZIAH kepada suami dan anak-anak  Che'gu Azizah yang banyak berjasa kepada dunia pendidikan.Kita semua wajib menempuh alam yang sama tinggal lagi masa dan ketentuan belum tiba. Kepada rakan-rakan yang mengenali beliau sama-samalah kita berdoa semoga segala amal baik semasa hayatnya di terima di sisi Allah Azzawajalla. Amin.














Allahyarhamah Pn Hajah Azizah Mansor (orange)
dalam satu seminar kepimpinan di Jabatan Pelajaran
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur . 

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Azizah Mansor.

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 5 Mei,2014.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...