Wednesday, May 28, 2014

Bolkas Telah Tiada

Sebentar tadi saya bercakap dengan Sdra.Sabri Pegawai Peperiksaan JPN Putrajaya setelah mendapat WhatsAPP daripada beliau memaklumkan Mantan KPP Penilaian dan Peperiksaan JPN Sabah Bolkas Hasbullah telah kembali kerahmatullah pada jam 4.40petang tadi.Semoga Allah menempatkan beliau bersama hambaNya yang soleh.Bolkas orang lama peperiksaan Sabah bersara pada tahun 2006. Sebaik bersara beliau bekerja dengan saudaranya di Imperial Boutec Hotel Kota Kinabalu.Sepanjang bergaul dengannya, beliau seorang yang sangat baik, tidak sombong dan mesra. Kali terakhir saya bertemu beliau pada April 2013 tahun lalu. Saya di Kota Kinabalu menghadiri Persidangan Pengetua Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) selama 4 hari.Kami sempat makan malam bersama di Aiza Cafe belakang hotel Promenade sambil berbicara panjang mengenai kisah lampau semasa sama-sama bertugas di Unit Penilaian Peperiksaan masing-masing.Beliau mesra dengan rakan-rakan terutama dengan saya yang selalu bercakap Sabah dengannya sebaik kami bertemu.Saya masih terngiang-ngiang beliau berkata " Tunggu mati saja Haji". Saya kata jangan cakap begitu Bol, ketentuan hidup kita dari Allah,sambil mengelap peluh semasa makan.Kini tiada lagi sahabat yang selalu bersama bila saya ke Kota Kinabalu.Semoga RUHnya di pelihara Allah dan mendapat kedudukan yang baik sesuai dengan amal kebajikan semasa hayat di muka bumi. Kepada rakan-rakan yang mengenali arwah sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah semoga Allah SWT melapangkan pusaranya.Amin.


Bolkas bertali leher merah duduk bersebelahan Datuk Yaakub
Ederis@Ideris(Allahyarham) Pengarah Lembaga Peperiksaan 2001-2005.
sumber gambar: Internet.

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Rabu 28 Mei,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...