Monday, May 26, 2014

Merenung Wajah Ayah

Ayahanda Haji Che Soh Majid
Imam I  dan Pendaftar Nikah Cerai
Mukim Mengkebang Kuala Krai

Sejuknya hati memandang wajah ayahanda yang bersih dan tenang.Ya Allah ku tadahkan dua telapak tangan setiap saat mengharapkan simpati dan rahmat dari MU. Ampuni lah segala dosa ayah ku. Berikanlah kekuatan iman dan kesihatan berpanjangan kepadanya untuk memimpin umah mengajak manusia melaksanakan amar makruf mencegah nahyi mungkar.Selepas Allah dan Rasul, ibu bapa merupakan orang yang paling dihormati dan disantuni oleh anak-anak. Allah SWT masih memberikan ruang dan peluang kepada ayah untuk menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat walau pun dalam usia yang semakin jauh.Rakan-rakan seangkatannya sewaktu mukla-mula meneroka Rancangan Tanah Batu Mengkebang seawal tahun 1960an dulu telah lama pergi meninggalkan kampung halaman buat selama-lamanya.Pahit jerih semasa mula membuka tanah hutan tetap lestari menjadi sejarah kehidupan yang sukar dilupakan (Tulisan saya Sejarah Awal Mengkebang berkaitan). Semoga Allah SWT memelihara ayah dalam kesejahteraan, ketenangan dan kebahagiaan berpanjangan. Amiin Ya Rabbal 'Alamin.

 
 Gambar fail. Ayah di rumah.




















Cicik ayah ke 10 Ammar Rauf Mohd.Zulkifli
cucu sulong ku.

Che Yahya Hj Che Soh
Lembah Kelang
Kuala Lumpur.
Isnin 26 Mei,2014.

























No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...