Saturday, May 3, 2014

Nostagia di Melbourne dan Wellington


















































































































































Pengalaman yang sukar di lupakan ialah semasa menghantar anak menyambung pelajaran ke Wellington Institute of Technology (WELTEC) pada tahun 2006. Kak Ngah (Siti Aliah Che Yahya) anak kedua saya meneruskan pengajian di sana untuk Bachelor IT selama setahun setelah mendapat Diploma di UniKL. Kami tiga beranak menaiki pesawat MAS selama 11 jam dari KLIA ke Auckland yang kemudiannya menyambung penerbangan dengan Air New Zealand ke Wellington selama 1 jam.Sebaik tiba di Wellington kami terus ke International House berjumpa Puan Roslind yang mengurus Kak Ngah di sana.Sepanjang hari terpaksa menahan lapar kerana tidak bertemu nasi walau pun terdapat Restoran Sate Kajang tetapi ragu untuk makan kerana pengusahanya bukan Islam.Saya makan epal bersama kopi dan telur masak saja sepanjang hari sebelum mencari beras dan keperluan lain untuk masak di tempat Kak Ngah.

Daftar di Weltec

Hari pertama pendaftaran kami di WELTEC Petone kira-kira 15Km dari asrama Kak Ngah dalam keadaan  hujan dan ribut yang kuat. Pendaftarnya cukup baik dan mempersilakan kami masuk ke biliknya dengan penuh sopan.Kak Ngah di terima masuk ke WELTEC dalam bidang Teknologi Maklumat selama setahun yang kemudiannya meneruskan pengajian di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) 2007-2009 untuk program Sarjana IT . Alhamdulillah setelah tamat beliau bekerja di berbagai tempat seperti Standard Chartered selama setahun, Western Digital Kelana Jaya beberapa bulan, menjadi Guru GSTT dan akhirnya memilih profesyen perguruan sebagai kareer tetap. Liku perjalanan hidup seharusnya menjadi muhasabah diri untuk lebih memahami betapa sukarnya kehidupan ini untuk berjaya kecuali mereka yang tabah dan sabar sahaja berakhir dengan kebahagiaan.     

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Ahad 4 Mei,2014.

















No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...