Tuesday, September 20, 2011

Terima Kasih Saudara Zulfadly .

Saya sangat berterima kasih kepada rakan saya sdra Zulfadly (Sektor Penilaian dan Peperiksaan-SPP) kerana sudi menjenguk victory mudah-mudahan kita dapat meneruskan silaturrahim berpanjangan walau pun telah tidak lagi bekerja sebumbung. Melalui alam cyber kita dapat berkongsi dan bertukar maklumat mengenai perkembangan semasa terutama berkaitan pendidikan negara.

PMR 'around the corner'

Saya percaya rakan-rakan SPP sedang bergelut dengan tugas penting dan 'confidential' Operasi Buka Kotak (OBK) di setiap bilik kebal bagi menghadapi peperiksaan PMR yang akan bermula pada 4 Oktober nanti. Saya berdoa semoga semuanya berjalan lancar dan sempurna tanpa sebarang 'irregularities' bagi memastikan setiap calon yang bakal menduduki peperiksaan mendapat kertas masing-masing. Every candidate should be given the opportunity to receive their paper on the examination day. Selamat bertugas.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...