Setelah selesai mesyuarat di Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat pada jam 1200 tengahari 28 September 2011, Aku ke Jalan Raja Muda untuk parkir bagi menghadiri satu lagi acara di Hotel Grand Season. Dalam fikiran sudah dapat mengagak tempat letak kereta hotel pasti penuh, lebih baik jalan sikit ,peluh keluar badan cergas. Dugaan ku memang tepat, parkir penuh dan ramai pengunjung terpaksa letak kenderaan mereka jauh dari dari hotel tersebut.
Berjumpa Datuk Yaacob
Aku tak menyangka bertemu Datuk Yaacob Wan Ibrahim mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2001-2004) . Beliau masih kelihatan cergas dan sihat walaupun sudah bersara tujuh tahun lalu. Kami bertanya khabar masing-masing sebelum ke Kedai Mamak Jaffar dekat Hotel KLIH untuk minum . Sambil bersembang, Aku banyak mendapat idea dan ilmu daripada beliau. Wawasan, pandangan dan pemikiran beliau masih futuristik dan bernas. Beliau kini menjadi Education Advisor kepada Tan Chong Motor Petaling Jaya (part time) . Semasa menjawat jawatan Pengarah JPN WPKL , Datuk Yaacob telah memperkenalkan beberapa dasar pembangunan ICT di Jabatan seperti EDUGIS, e-Daftar e-Pengawas dan menerbitkan buku Directory Jabatan (sekadar beberapa contoh yang masih aku ingat) untuk meningkatkan kecekapan pengurusan.
Professional jealousy , efficiency and effectiveness
Beliau menjelaskan dalam mengurus, mentadbir dan melaksanakan tugas memerlukan kecekapan (efficiency) dan keberkesanan (effectiveness) bagi mencapai matlamat dan halatuju organisasi . Dua elemen ini sangat penting diaplikasikan oleh pentadbir dan pengurus untuk mendapatkan output dan outcome yang telah dirangka berdasarkan "Framework" yang telah ditetapkan. Perbualan kami kemudian berkisar kepada professional jealousy dalam perkhidmatan sehingga menimbulkan rasa ketidakadilan dalam kalangan penjawat. Aku mendapat terma baru makna professional jealousy hari ini . Namanya kedengaran cukup manis tetapi impaknya cukup besar kepada individu atau organisasi . Professional jealousy can destroy relationships and will retard your organization . Oleh kerana masa terhad, aku mohon izin beredar .Terima kasih Datuk kita jumpa lagi dilain kesempatan .
No comments:
Post a Comment