Tuesday, September 20, 2011

Antara Ilmu dan Pengetahuan -Satu Analisis


Ujikaji dilakukan para Saintis untuk manfaat manusia sejagat.

Ilmu (knowledge) dan Pengetahuan (sciences) selalunya dirangkaikan bersama dalam setiap sebutan dan penulisan . Orang sukar memisahkan dua kata ini dalam perbualan , percakapan dan tindakan. Ilmu dan Pengetahuan pada hakikatnya tidak sama. Pengertian (Epistimologi) bagi kedua duanya pun berbeza. Ilmu ialah sesuatu yang diperoleh melalui wahyu disampaikan Tuhan kepada hambaNYa Muhammad SAW perantaraan Malaikat Jibril AS berpaksikan Tauhid bertunjangkan akidah yang mantap. Gabungan Ilmu, Akal (iman) dan Wahyu mendasari tiang (pillar) bagi umat yang beriman (baca- taqwa). Pengetahuan pula ialah sesuatu yang perlu dicari, dikaji, digali, diteliti dan diujikaji sehingga terbukti secara saintifik (acquire) untuk membenarkan sesuatu proses atau fenomena yang berlaku. Saya ingin mengambil satu contoh yang paling mudah untuk membuktikan terdapatnya berbagai jenis gas dalam PETROLEUM atau minyak mentah melalui ujikaji penyulingan berperingkat di makmal . Minyak mentah( rajah atas) dari perut bumi yang bewarna hitam pekat (hidrokarbon) disuling secara berperingkat akan menghasilkan gas butana( C4 H10), metana (CH4), etanol (CH3-CH2-OH) ,diesel , paraffin dan akhir sekali bitumin iaitu Tar untuk membina aspal (jalanraya). Bagi memahami setiap peristiwa berlaku manusia memerlukan pengetahuan. Bagi mengetahui kelajuan angin dan ketinggian ombak laut mereka perlukan pengetahuan tentang Oceanologi. Bagi mengetahui kejadian bintang dan cakrawala mereka perlu menguasai pengetahuan astronomi (sekadar beberapa misalan). Ilmu melahirkan insan yang mempunyai nilai budi luhur penuh hikmah sementara pengetahuan menghasilkan manusia berkemahiran (skill) dan menguasai teknologi. Manusia yang baik ialah mereka dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki untuk memakmurkan bumi untuk kesejahteraan sejagat . Jadi amatlah malang jika masih ada para ilmuan, cendekiawan, agamawan dan wartawan yang tidak dapat menjelaskan makna secara tepat kepada masyarakat awam pengertian sebenar antara Ilmu dan Pengetahuan secara ilmiah .

Martabat Manusia Menurut Al Quran

Panduan utama bagi umat beragama ialah Al quran dan Sunnah . Al Quran ialah KALLAMULLAH yang sempurna dan sangat identik dengan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan yang menghuni bumi. Khusus kepada manusia yang tidak beriman , ALLAH SWT membuat perumpamaan seperti binatang berkaki empat yang berkawan dengan syaitan , malah lebih sesat lagi kerana mereka mempunyai hati tetapi tidak menggunakannya untuk memahami,menghayati dan memperaktikan ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak melihat ayat-ayat kebesaran Tuhan yang tidak tertulis (bumi, langit, alam semesta), mereka mempunyai pendengaran tetapi tidak digunakan untuk mendengar pesanan agama dan dakwah . Mereka tidak mengajak manusia membuat kebaikan malah turut bersekongkol dengan kefasadan . Haiwan merupakan makhluk Tuhan yang tidak terikat dengan peraturan kerana mereka tidak mempunyai pemikiran tetapi berperasaan (naluri). Antara anak dan bapa boleh saja berlaku perkahwinan (mengawan) tanpa batas dan sekatan hukum . Justeru tidak hairan jika segerombolan lembu atau kambing dengan senang tanpa memikirkan risiko melintas jalanraya tanpa pedulikan kenderaan yang bertali arus. Mereka tidak pernah memikirkan keselamatan diri. Pemandu kereta terpaksa memberi laluan kepada Sang Lembu dan kambing. Demikian secebis cuplikan analogi untuk renungan kita. Disisi lain Al Quran mengajak manusia yang beriman untuk memasuki syurga Allah dengan FirmanNya " Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi di RedhaiNya, Maka masuklah kamu kedalam jamaah hamba-hambaKu dan masuklah kedalam syurgaKu"( AlFajar 27-30).

Habluminallah, HablumminnasOrang yang berilmu, beriman dan beramal dengan ikhlas tidak meminta balasan. Mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh rela hati tanpa paksaan. Tuhan Pencipta manusia sangat mengetahui keinginan dan kehendak setiap hambaNya. Justeru permohonan dan permintaan hanya perlu ditujukan kepada Allah SWT semata sebagai Khalik yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sepertimana kita lafazkan dalam solat 'Tunjukilah kami jalan yang lurus' setiap waktu . Manusia wajib menjalin hubungan yang baik dengan Allah dan sesama manusia bagi menjamin kestabilan dan keharmonian hidup. Al Quran menyebut dengan Habluminallah ,Hablumminannas. Manusia yang sentiasa dipandu iman dan mengekalkan hubungan horizontal dengan Allah akan memilih jalan hidup yang di redhai Tuhan dan berbaik sangka dengan manusia lain walau pun berbeza ras, keyakinan dan keturunan berdasarkan prinsip LAKUM DII NUKUM WALIYADIIN (Untukmulah Agamamu dan untukkulah Agama ku) Al Kaafirun : 6) . Perintah untuk berbuat baik tidak hanya kepada sesama manusia tetapi beradab sopan dengan ekosistem hutan yang mengandungi flora dan fauna bagi menjamin kelestarian hidup manusia.

Orang Berilmu Takutkan Tuhan

Orang berilmu takutkan kemurkaan Tuhan. Setiap tindak perilaku disandarkan kepada mencari keredhaan Allah kerana mereka yakin bahawa pengawasan Tuhan sentiasa bersama dalam setiap detik. Mereka meyakini sepenuhnya janji Tuhan bahawa setiap pekerjaan yang baik dan mulia akan dibalas Allah dengan ganjaran berlipatganda dan kekal dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai . Jika pendekatan seperti ini dapat kita realisasikan dalam amalan , nescaya masyarakat, bangsa dan negara akan sentiasa harmoni dan mendapat naungan Tuhan berpanjangan.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKDK
Biology Teacher
csyahya21september2011

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...