KH Zainuddin MZ pendakwah ulung telah berpulang kerahmatullah pada 5 Julai 2011 semoga Allah SWT menempatkan beliau dalam kalangan hambaNya yang soleh dibawah naungan Jannah .Amin Yaa Rabbal Alamin.
Penceramah terkenal Republik Indonesia KH Zainuddin MZ telah kembali menemui Allah SWT untuk selama-lamanya. Beliau lebih dikenali dengan jolokan Dai Sejuta Umat menghembuskan nafas terakhir pada pagi Selasa 5 Julai 2011 dalam usia 60 tahun. Peminat dan pendokong Islam seantero dunia terkejut dengan pemergian beliau yang begitu cepat. Ribuan pelawat (pelayat) yang datang menziarah jenazah tidak putus putus mendoakan beliau termasuk Gabenor DKI Jakarta sendiri .
Tinggal Perbendaharaan Ilmu
Seingat saya KH Zainuddin MZ telah diundang khusus ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah di Dataran Merdeka awal tahun 80an. Sambutan yang diberikan sungguh memberangsangkan. Beliau mempunyai karisma dan orator yang hebat menyampaikan mesej agama kepada pendengar. Penyampaian dakwah yang berbobot, kaya perbendaharaan ilmu menjadikan pendengar tidak jemu dengan stail dan gaya beliau yang bersahaja tetapi bernas.Kini beliau sudah tiada lagi di dunia ini namun suaranya, pesannya, dakwahnya dapat diikuti melalui jutaan kaset, CD dan internet di seluruh dunia.Biar pun jasad dimamah bumi tetapi ruhnya sentiasa hidup disisi Tuhan. Pencinta Islam akan tetap memutar dan mengulang tayang rakaman suara dan gambarnya berulangkali untuk mendengar pesanan Agama yang disampaikan. Inilah buah tangan cukup bernilai yang ditinggalkan beliau semasa hayatnya.
Sumber you tube
Dai sejuta umat dalam kenangan
Dai Sejuta Umat
Gelaran yang diberi oleh masyarakat Dai Sejuta Umat melambangkan Zainuddin benar-benar sebutir permata atau dalam bahasa Quran LUK LUK yang menyinari umat sejagat melalui kepetahannya menyampaikan ilmu Islam di Bumi kelahirannya Indonesia dan seluruh nusantara. Kehilangannya sukar dicari ganti. Saya mengamati kata kata beliau dengan penuh keinsafan " Orang itu kalau sudah tidak ada akan jadi cerita kepada orang yang ditinggalkan".
Sungguh dalam makna yang tersirat disebalik lafaz dan ungkapan kata beliau untuk direnungi dan menjadi iktibar kepada kita yang masih hidup supaya berbuat baik (makruf) dalam setiap tindakan dan perbuatan. Bersangka baik dengan Allah dan sesama manusia mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan petunjuk yang berkekalan . Kepada keluarga yang ditinggalkan terimalah ujian Allah ini dengan penuh redha kerana setiap kehidupan itu pasti berakhir dengan kematian. Kita pun akan sampai kesana tinggal lagi masa dan ketika yang menentukan segalanya. Sama sama kita iringi doa dan serangkai Al Fatihah buat KH ZAINUDDIN MZ yang telah mendahului kita.
SELAMAT BERSEMADI DI ALAM SANA DIBAWAH TAMAN SHURGA ALLAH. AMIN
Che'Yahya Che' Soh

No comments:
Post a Comment