Tuesday, September 27, 2011

Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat Baru

Puan Hajah Hanim Bt Ibrahim (tengah) Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Keramat semasa merasmikan Majlis Sambutan Maulud Rasul 1 Malaysia 1 Ummah di SMK Puteri Titiwangsa

Bangunan TH Selborn Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat (PPWK) yang baru

Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat (PPWK) telah berpindah secara rasmi pada awal bulan September 2011 ke Bangunan TH Selborn Jalan Tun Razak berdekatan Institut Jantung Negara bersetentang dengan Perpustakaan Negara Malaysia. Pejabat ini terletak di tingkat 9 . Suasana kelihatan eksklusif dan elegan . Kadar sewa diberitakan RM30,000.00 sebulan. Bangunan TH Selborn milik penuh Tabung Haji yang sangat strategik cuma ruang parkir agak terhad. Tahniah kepada PPWK kerana memiliki pejabat sendiri. Siang tadi PPWK menjemput semua Pengetua dan Guru Besar serta kakitangan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan ke majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri disamping meraikan pejabat baru. Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat diketuai Timbalan Pengarah Pelajaran Pn Hajah Hanim Ibrahim. Beliau akan mengakhiri tugasnya sebagai penjawat awam setelah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama puluhan tahun pada awal Oktober ini. Saya mengucapkan selamat bersara semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan kepada beliau .

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai empat buah Pejabat Pelajaran yang dikenali dengan nama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu, Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul dan Pejabat Pelajaran Wilayah Putrajaya. Semua penyandang jawatan berstatus Timbalan Pengarah gred DG54. Kekosongan jawatan Timbalan Pengarah PPWS telah diisi oleh Cik Nik Ramas Nik Wan Ketua Sektor Akademik JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 September menggantikan Pn Hajah Rohana Mahmud yang bersara wajib. Semoga dengan pelantikan beliau menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan khususnya bagi wilayah Sentul. Kepada En. Jamaluddin Abdullah yang juga akan melangkah kealam persaraan dalam waktu dekat ini (November) saya ingin mengucapkan selamat bersara mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan jasmani dan rohani yang mantap mendepani alam persaraan. Selamat berangkat ke Tanah Suci semoga memperoleh HAJI MABRUR.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua .

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...