Pengalaman mengerjakan Umrah -Miqat di BIR Ali (2008) sebelum memasuki Kota Makkah (dua orang anak tiada dalam gambar - Ali Akbar dan Siti Aliyah)
Ketika ini bermulalah musim Haji bagi tahun Hijrah 1432 . Jutaan umat Islam segenap pelosok dunia berbondong bondong menunaikan Fardhu Haji Rukun Islam kelima sebagai menyahut panggilan Illahi LABBAIKALLAH HUMMALABBAIK, LABBAIKALA SHARIIKALA KALABAIK menjadi dhuyufirahman (tetamu Tuhan) di Tanah Suci Makkah Al Mukaramah dan Madinatunnabi Madinah Al Munawarrah.Jamaah Malaysia akan berangkat secara berperingkat bermula pada bulan September hinggalah kapal terakhir pada 29 Oktober 2011.
Kelebihan Mekkah
Bumi Makkah dipilih Allah sebagai tempat yang paling mulia diatas mukabumi mengandung peristiwa cukup bersejarah, penuh barakah, tanah tumpah darah Nabi SAW yang berjuang membawa risalah Tuhan mengajak manusia menyembah Allah Yang Esa. Nabi Muhammad SAW lahir dan membesar di Kota ini tetapi Allah mewafatkan baginda di Madinah Al Munawarah setelah tugas kerasulannya selesai . Justeru kita disunatkan mengunjungi Nabi setelah selesai mengerjakan Haji . Allah memilih Makkah kerana disana tempat berdiri Rumah Allah (Baitullah ) yang pertama . Seluruh umat Islam bersujud menyembah Allah menghadap Kaabah (the direction to perform Solah) .Kelebihan Mekkah
Allah merakamkan dalam Al Quran dengan nama-nama seperti Makkah, Bakkah, Ummul Qura, Al Balad, Al Balad Al Amin, Al Baldah, Haram Amin,Wad Ghairu Dzi Zar in, Ma'ad Qaryah dan Al Masjid Al Haram. Berkat doa Nabi Ibrahim AS Bumi yang gersang tandus bersahara ini menjadi tumpuan lautan manusia memohon keampunan Tuhan sepanjang tahun . Bumi Makkah dan Madinah sungguh makmur aman sejahtera dibawah naungan Tuhan dengan rezeki yang melimpah ruah menjadi negeri BALDATUN TOYYIBATUN WARABBUN GHAFUR .
Sesuai dengan namanya yang mulia, tetamu yang datang perlu mematuhi pantang larang dengan memakai IHRAM dan membetulkan NIAT, bersabar menghadapi ujian dan membuang sifat MAZMUMAH seperti sombong, takabbur, megah, mementingkan diri sendiri, riak dan minta Allah gantikan dengan sifat MAHMUDAH semoga segala amal kebaikan diterima sebagai HAJI MABRUR.Mengerjakan Haji memerlukan kekuatan mental dan spritual yang kuat kerana ujian yang bakal diterima para jamaah sungguh mencabar dan menguji kesabaran diri. Perlu banyak beristighfar dan sentiasa melakukan solat sunat taubat .
Panggilan Arafah
Kami sekeluarga (kecuali dua orang anak yang tidak dapat ikut serta -Ali Akbar dan Siti Maisarah ) InsyaAllah akan menjadi tetamu Allah pada tahun ini dengan penerbangan terakhir melalui Tabung Haji pada 29 Oktober 2011. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan , kesihatan, kerendahan hati , kekuatan iman untuk menjalani ibadah yang cukup menguji ketabahan ini. Dalam jutaan umat, Tuhan memberi ruang dan peluang kepada ku dan keluarga sekali lagi mengunjungi Tanah Barakah ini untuk menunaikan Rukun Haji mudah mudahan menjadi hamba yang mukhlisin ,mutaqqin dan solehin.
Jasa ibu yang mengandung, menyusu dan membesarkanku tidak mampu ku balas hanya dengan mengerjakan Haji (Badal Haji ) untuknya tetapi jauh di sudut hati , Aku mendambakan kasih sayang Allah mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya dan hisablah ibu dengan sebaik baik hisab Ya Allah. Jika disaat ini ibu dalam keadaan kesempitan Engkau lapangkan Ya Allah. Jika sekiranya Ibu dalam kesusahan Engkau senangkan Ya Allah .
Sebagai anak Aku hanya mampu berdoa mengharapkan kasih sayangMu, memohon RahmatMu dan keampunan Mu. Kepada isteri dan anak anak marilah sama-sama kita hulurkan doa untuk kesejahteraan Datuk, Nenek yang telah pergi moga moga Allah menempatkan mereka dalam kalangan hamba hambaNya yang beriman .
Kepada ayahku Hj Che Soh Majid restulah pemergian kami dengan doa semoga Allah SWT menghiasi diri kami dengan nur iman yang menyinari seluruh kehidupan. Pada kesempatan ini Aku ingin mengucapkan selamat berangkat kepada adik ku Ustaz Ahmad Zulkifli Hj Che Soh Mudir SMU As Saadah bersama isterinya Ustazah Siti Mariani Muhammad guru SMK Mengkebang pada 23 Oktober nanti semoga mereka memperoleh HAJI MABRUR. Jika diizinkan Allah kita bertemu di sana nanti . Amin.

Wallahu a'lam
csyahya 24 september2011
No comments:
Post a Comment