Thursday, September 29, 2011

Solat Hajat Untuk Pelajar PMR dan SPM

Malam tadi 29 September 2011 telah berlangsung program MOHON RESTU SMK Danau Kota di Surau Al Falah Danau Kota bermula dengan solat Maghrib, bacaan Yasin, solat Fardhu Isyak dan diakhiri dengan solat HAJAT dipimpin Imam Surau berkenaan. Program seperti ini merupakan julung kali diadakan bersama pihak luar bertujuan mendekatkan sekolah dengan masyarakat. Sambutan cukup memberangsangkan dengan kehadiran begitu ramai pelajar dan ibu bapa termasuk YDP PIBG Dr. Ramzan dan AJKnya.

Ucapan Aluan Pengetua

Pengetua mengharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun berikutnya di Surau ini untuk manfaat pelajar SMK Danau Kota. Pihak sekolah merasakan program seperti ini perlu pembabitan komuniti untuk memasyarakatkan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang bertanggungjawab membangun modal sosial bagi memacu pembangunan negara.
Misteri gempa
Oleh Rohaniza Idris

2011/09/25

HAMPIR setiap bulan kita dikejutkan dengan pelbagai kejadian gempa bumi yang sekali gus mencetuskan persoalan dan kebimbangan - mengapakah kejadian itu kian kerap sehinggakan negara seperti Malaysia yang suatu ketika dulu asing dengan gegaran gempa, kini turut berasakan tempiasnya? Jika keadaan makin kerap, mungkinkah gempa paling kuat bermagnitud 9 ke atas atau ‘ibu’ gempa belum berlaku dan bilakah agaknya?

Kebimbangan itu ada asasnya kerana Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) menganggarkan kira-kira 1.5 juta gempa bumi dengan magnitud 2.0 pada skala Richter dicatatkan setiap tahun. Berdasarkan andaian itu, bererti purata 134 gempa bumi magnitud antara 6 dan 6.9 berlaku setiap tahun.
Tahun ini saja menyaksikan banyak gempa bumi yang di luar jangkaan dan besar berlaku termasuk kejadian di Fukushima, Jepun pada Mac lalu, berukuran 9.0 pada skala Richter yang mengorbankan 20,000 orang, serta mencetuskan bencana nuklear yang terbesar sejak Chernobyl.
Satu lagi gempa besar berlaku di Christchurch, New Zealand pada September lalu dengan 6.3 skala Richter yang membunuh hampir 200 manakala 6 September lalu gempa bumi 6.6 melanda pulau Sumatera, Indonesia, membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang jatuh katil dan seorang lelaki yang terkena serangan jantung ketika melarikan diri waktu kejadian.

Baru-baru ini pula, negara yang sudah lama tidak dilanda bencana alam itu seperti Amerika Syarikat, Cuba, India dan Nepal turut merasai gegaran walaupun ukuran gempa dilabelkan sebagai sederhana masih menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang bukan sedikit.

Ini tidak termasuk negara yang terletak di Lingkaran Api Pasifik seperti Indonesia, Filipina, China, Taiwan dan Jepun yang mana setiap tahun pasti merasai gegaran gempa sama ada bersifat lemah hingga yang paling kuat.

Bulan lalu, beberapa daerah di Amerika Syarikat yang sudah lama tidak dilanda gempa bumi kembali bergegar dengan menyaksikan Virginia paling teruk menerima kesannya dengan ukuran 5.8 pada skala Richter. Virginia sering bergegar tetapi kesan gempa kali ini paling kuat selepas lebih satu abad!
Penganalisis bencana menganggap gempa di Amerika Syarikat kali ini sebagai satu amaran bahawa akan berlaku bencana lebih besar bakal berlaku di negara berkenaan lebih-lebih lagi negara dalam satu benua seperti Cuba dan Guatemala turut dilanda gempa bumi.

Kes di Amerika Syarikat, Cuba dan Guatemala pula berlaku serentak dan berselang hari yang meningkatkan keyakinan saintis dan pakar geologi bahawa akan berlaku bencana lebih besar dalam tahun ini atau awal tahun depan.

Saintis Institut Penyelidikan Gempa Bumi Tokyo melaporkan bahawa gempa bumi 9.0 skala Richter yang menggegarkan Jepun pada bulan Mac lalu, mengubah hubungan antara plat tektonik di bawah tanah dan secara drastik meningkatkan ruang untuk berlaku satu lagi gempa besar bakal melanda Tokyo pada masa terdekat. Ini diburukkan lagi dengan faktor pembangunan pesat di kawasan berkenaan.

Institut itu meramalkan perubahan dalam tekanan plat menyebabkan fokus sempadan plat boleh beralih dan pada masa sama menyebabkan wujud satu gempa bumi 7.3 skala Richter. Kesannya gempa itu dijangka tidak seteruk kes gegaran pada Mac lalu namun Tokyo tetap akan mengalami kemusnahan yang besar.

“Kami menganggarkan 10,000 orang akan mati dan kerugian ekonomi yang akan sekitar AS $ 1 trilion (RM3.6 trilion). Malah, sebelum Mac kami menganggarkan ada kemungkinan 70 peratus gempa bumi utama akan mempengaruhi Tokyo pada bila-bila masa dalam tempoh 30 tahun akan datang,” Naoshi Hirata, penyelidik dan ahli Jawatankuasa Penyelidikan Gempa Bumi Jepun, dipetik The Daily Telegraph.

Hirata menyatakan jangkaan itu satu kebarangkalian yang sukar dinafikan kerana memang akan berlaku satu bencana besar di Jepun, walaupun mereka tidak boleh meramal bila akan berlaku.

“Apa yang kita boleh katakan bahawa semua pihak perlu bersedia,” katanya.
Tokyo umumnya mempunyai dua gempa kecil sebulan, tetapi sejak Mac, jumlah itu telah meningkat kepada purata enam kali sebulan. Jepun, kini mengalami kira-kira 500 gempa bumi sejak bencana Fukushima.

Sementara itu, gempa bumi 6.9 magnitud di wilayah terpencil Himalaya yang merentangi India, Nepal dan Tibet yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 54 orang yang berpusat di Sikkim, India Ahad lalu dianggap luar biasa jika dilihat kepada ukuran magnitud dan sifat asal gempa di kawasan berkenaan kerana wilayah itu terletak di plat tektonik Tibet dengan catatan gegaran sederhana.

Beberapa ahli geologi India berpendapat tahap gegarannya sangat berbeza dengan ukuran yang pernah dicatatkan di kawasan itu sebelum ini.

Ahli geologi Institut Sains India, CP Rajendran berkata, gempa di Sikkim berbeza kerana "magnitud yang luar biasa besar". USGS menyatakan, gegaran dirasai hingga ke Bhutan selepas ia menggegarkan sempadan Sikkim dan Nepal kira-kira jam 6.10 petang Ahad waktu tempatan. Pusat gempa terletak 60 kilometer di barat laut Gangtok, dengan kedalaman 19.7 kilometer. Gempa bumi itu diikuti dengan dua gegaran susulan yang kuat.

Beliau juga berpendapat, gempa di wilayah itu berbeza dengan kejadian gegaran yang selalu berlaku di jajaran Himalaya kerana ia di berlaku secara melintang akibat pelanggaran plat Eurasia dengan plat Eurasia

Pakar geologi Institut Penyelidikan Geofizikal Kebangsaan India di Hyderabad, Vineet Gahaulat berkata, gempa bumi di Sikkim berlaku secara melintang merentasi Himalaya dan beliau percaya akan berlaku gempa susulan yang lebih besar selepas ini

“Kejadian ini pernah dijangkakan akan berlaku dan kita percaya ia akan sebesar kejadian gempa bumi sekuat seperti kejadian di Chamoli pada 1999 dan Uttarkashi pada 1991,” katanya.

Petanda gempa

Benarkan petanda gempa bumi itu boleh dikesan awal sebelum berlakunya bencana itu? Inilah yang ditegaskan beberapa saintis dunia, termasuk Dr Neil Whitehead yang mengkaji gempa bumi di Darfield, New Zealand pada 4 September 2010 yang turut menyenaraikan tindakan spontan haiwan sebelum gempa di New Zealand serta kejadian sama di Kobe, Jepun dan di Turki.

Berikut hasil kajiannya:
1. Deria unik haiwan
  • Sehari sebelum gempa di New Zealand, seorang penduduk melaporkan kelakuan aneh 40 bebiri yang membentuk bulatan mengelilingi pokok, seolah-olah berlindung daripada ribut. Kawanan bebiri ni pula membisu seolah-olah takut dengan apa yang bakal berlaku
  • Laporan lain mengenai kuda yang tiba-tiba mengamuk dan enggan diikat.
  • Beberapa pemilik kucing dan anjing berkata, mereka dikejutkan haiwan peliharaan masing-masing yang bising beberapa minit sebelum kejadian. Malah di Kobe, Jepun, sebelum berlakunya gempa bumi, anjing peliharaan itu bising dan seolah-olah memaksa tuan mereka supaya keluar rumah. Malah ada laporan menyatakan kucing menggigit dan mencakar tuan mereka supaya keluar rumah.
  • Pemantauan di Christchurch, New Zealand, melaporkan pemilik burung mengadu binatang itu secara berterusan bising dan seolah-olah mengamuk dalam sangkar. Seorang penduduk pula berasa pelik melihatkan itik peliharaannya bertenggek di bumbung rumah dua tingkatnya, sehari sebelum gempa bumi.
  • Di Canterbury, mamalia peliharaan - arnab dilaporkan memijakkan kaki dan melompat seolah-olah memberi amaran sesuatu buruk bakal berlaku, kira-kira 90 minit sebelum kejadian.
  • Laporan lain memetik petugas National Zoo di Washington, Amerika Syarikat, menyenaraikan pelbagai kelakuan aneh haiwan di situ seperti Orang Utan, gorila dan burung flamingo pada 19 Ogos lalu iaitu sehari sebelum kejadian gempa bumi di kawasan itu. Orang Utan dan gorila secara tiba-tiba mengamuk dan membuat bising dalam kandang mereka manakala burung flamingo berkumpul dan dalam keadaan gelisah, juga dilaporkan beberapa minit sebelum gempa bumi berlaku.
  • Laporan pada 2009 mendakwa, katak melarikan diri ke kawasan tinggi beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi di LAquila, Itali.
  • Pada 1975, laporan paling popular menyenaraikan ular dan katak keluar daripada tempat persembunyian masing-masing, beberapa minggu sebelum gempa bumi bermagnitud 7.3 di Haicheng, China. Malah, kelakuan aneh haiwan itu yang menggerakkan pegawai tempatan mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan itu dan mengelak lebih banyak kematian.
  • Pakar gempa Amerika Syarikat, Susan Hough, mengaitkan perubahan kelakuan haiwan itu disebabkan gempa menghasilkan dua gelombang iaitu jenis lemah dan kuat. Gelombang lemah bergerak secara mendatar manakala gelombang kuat atau lebih bertenaga, yang bergerak dari hala atas ke bawah atau dari udara ke darat dan gelombang inilah dirasai haiwan.


2. Perubahan di darat/air
  • Beberapa hari sebelum gempa bumi di New Zealand, September tahun lalu, penduduk yang berkelah di sekitar sungai Hagley Park, melaporkan fenomena getaran di situ.
  • Pasangan suami isteri yang berada di hilir Sungai Waimakariri melaporkan aliran sungai itu menongkah ke belakang. Ia mengulangi fenomena sama yang pernah berlaku di Sungai Seta, Jepun dan gempa bumi 1812 di Madrid, Sepanyol yang mana petandanya turut berlaku di Amerika Syarikat apabila aliran Sungai Mississippi di Amerika, mengalir ke arah berlawanan untuk beberapa ketika.


3. Langit/awan
  • Wujudnya pembentukan aneh awan yang dilabelkan sebagai cuaca gempa bumi seperti dicatatkan pada petang, kira-kira seminggu sebelum gempa bumi New Zealand. Beliau mendakwa melihat dua kepulan awan dengan warna menyamai pelangi.


4. Elektronik
  • Petanda paling kerap dilaporkan adalah gangguan siaran televisyen yang berlaku pada malam sebelum gempa bumi New Zealand berkenaan. Laporan gambar menjadi kaku dan cubaan bertukar ke siaran lain juga gagal.
  • Seorang penduduk pula mendakwa jam tangan dan jam radionya berhenti secara tiba-tiba, tepat jam 3.17 pagi.
  • Petugas kedai buku melaporkan kejadian aneh berlakunya elektrik statik iaitu apabila rambut pengunjung berdiri serta helaian muka surat terpisah daripada buku.
sumber : Berita Harian : 30 September 2011
CUEPACS nafi umur bersara 60 tahun tutup peluang pekerja muda

2011/09/30

KUALA LUMPUR: CUEPACS menyifatkan pihak yang menentang cadangan had umur persaraan kakitangan awam dan swasta dilanjutkan kepada 60 tahun adalah golongan tidak faham terhadap keperluan dan kepentingan masa depan.

CUEPACS memperjuangkan supaya had umur persaraan dilanjutkan bagi membolehkan kakitangan dalam perkhidmatan berdepan pelbagai kenaikan kos sara hidup, termasuk perubatan, perumahan dan barangan keperluan harian.
Sehubungan itu, Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya tidak berganjak dengan cadangannya supaya umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.
Katanya, adalah wajar umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun kerana selain negara maju dan negara serantau juga sudah menaikkan umur persaraan 60 tahun hingga 65 tahun.

“Jadi, harapan CUEPACS supaya kerajaan meneliti sewajarnya perkara ini dan ia bukan untuk kepentingan kakitangan awam sekarang, tetapi untuk generasi akan datang.

“CUEPACS memohon sejak 2007 lagi supaya had umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meluluskan kepada 58 tahun.

“Soal kononnya ia menyekat peluang kenaikan pangkat tidak timbul kerana perkara itu hanya dibimbangi mereka yang semata-mata fokus untuk bekerja di sektor awam saja.
“Ketika ini ada 200,000 kekosongan jawatan belum diisi di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan manakala kakitangan awam bersara pada umur 58 tahun pula tak sampai pun 20,000 orang setahun.

“Jadi, golongan muda dan mereka yang masih belajar di universiti tak perlu bimbang, yang penting siapkan diri dengan pelbagai ilmu kemahiran pasti mudah mendapat kerja,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian penutup taklimat kepada ahli CUEPACS Zon Timur berkenaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Isu Kebangkrapan di Malaysia dan Khidmat Bantuan Guaman di sini, semalam.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Azlan Zainal berkata pihaknya menyokong perlanjutan umur persaraan kakitangan swasta daripada 55 tahun sekarang kepada 60 tahun.

Bagaimanapun ia dibantah pelbagai pihak terutama golongan muda dari sektor swasta dan awam yang menyifatkan usaha itu sebagai mengarut, menyekat peluang kenaikan pangkat, meningkat kadar pengangguran, masalah sosial dan jenayah menyifatkan KWSP, badan yang diamanah untuk menjaga simpanan lebih lapan juta pencarum tidak mempunyai wang dan agenda tersendiri.

Omar berkata, CUEPACS sedia memberi penerangan kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan badan belia mengenai isu perlanjutan umur persaraan kakitangan awam.
Sumber: Berita Harian 30 September 2011

Wednesday, September 28, 2011

5 murid Tahun Enam ditegah ambil UPSR
Oleh Safuri Kamarudin
bhnews@bharian.com.my

2011/09/29

LIMA murid Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Sira, (dari kiri) Mohd Zulidham, Mohd Fazli, Mohd Hakim, Mohd Zulhilmi  dan Mohd Zulfikar sedih selepas  mereka dilarang menduduki UPSR baru baru ini.

LIMA murid Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Sira, (dari kiri) Mohd Zulidham, Mohd Fazli, Mohd Hakim, Mohd Zulhilmi dan Mohd Zulfikar sedih selepas mereka dilarang menduduki UPSR baru baru ini.
Dilarang ke sekolah pada 13 hingga 15 September kerana dianggap bodoh

BALING: Lima murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Telok Sira, dekat sini, mengalami nasib sama seperti yang berlaku ke atas tiga murid sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini apabila dilarang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pertengahan bulan ini.
Mereka mendakwa dilarang ke sekolah dan mengambil peperiksaan itu pada 13 hingga 15 September lalu kerana disifatkan lemah dalam pelajaran serta boleh menjejaskan prestasi sekolah jika menduduki peperiksaan berkenaan.
Perkara itu terbongkar apabila ibu bapa murid terbabit tampil mendedahkan perkara itu semalam kepada media dan kesal dengan sikap pengurusan sekolah menganiaya anak mereka.

Lima murid terbabit ialah Mohd Fazli Md Isa, Mohd Zulfikar Mohd Fauzi, Mohd Zulhilmi Abd Mizan, Mohd Hakim Hasan dan Mohd Zulidham Yusof yang semuanya berusia 12 tahun.

Bapa Mohd Fazli, Md Isa Che Lah, 43, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila diberitahu anaknya, seminggu selepas UPSR berakhir.

Katanya, Mohd Fazli beritahu seorang guru sekolah itu memaklumkan kepada lima pelajar terbabit supaya tidak datang mengambil UPSR kerana mereka dikatakan `bodoh' dan lemah dalam pelajaran.
“Saya kesal dengan tindakan guru terbabit yang menghalang anak saya menduduki peperiksaan, sedangkan saya bertungkus-lumus menghantarnya ke sekolah sejak Tahun Satu lagi.

“Anak saya turut mengalami tekanan perasaan dan sering murung apabila pihak sekolah terbabit tidak membenarkan dia mengambil peperiksaan itu,” katanya di sini sambil mendakwa beliau tidak tahu apa sepatutnya dilakukan apabila dimaklumkan perkara itu oleh anaknya sehinggalah mengambil keputusan untuk melaporkan kepada media bersama ibu bapa murid lain yang terbabit, semalam.

Seorang lagi waris, Raziah Yahya, 50, berkata beliau dikunjungi seorang guru sekolah berkenaan dan memaklumkan anaknya, Mohd Zulhilmi tidak perlu ke sekolah ketika UPSR itu berlangsung.

“Guru terbabit mendakwa jika anak saya mengambil peperiksaan itu, dia akan mendapat keputusan `E' sehingga menjejaskan peratus kelulusan sekolah.

“Dia juga mendakwa anak saya bodoh tidak boleh membaca, sedangkan Mohd Zulhilmi hanya lembam tetapi boleh membaca.

“Saya kasihan melihat sikapnya yang sering termenung dan mengasingkan diri sejak beberapa hari lalu, mungkin kerana malu dengan rakannya yang lain,” katanya.

Norziah Wateh, 42, ibu kepada Mohd Zulfikar pula berkata, anaknya itu menangis ketika pulang ke rumah selepas diarahkan guru supaya tidak datang ke sekolah mengambil peperiksaan itu.

“Dia amat sedih kerana cikgu mengatakan dia bodoh, selain diejek rakan sekelas,” katanya.

Mereka bagaimanapun belum membuat laporan polis.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu dengan merujuknya kepada guru besar sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Saya masih menunggu laporan lengkap mengenai perkara itu dan akan menyiasat dakwaan itu dengan telus,” katanya.

Pada 20 September lalu, akhbar melaporkan tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, Sarawak tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

HANOI: Typhoon Nesat is forecast to hit provinces from northern Quang Ninh to central Nghe An in the afternoon of Sept 30, warned the National Hydro-meteorological Forecasting Centre.

It is moving at a speed of between 20-25km per hour, the centre's director, Le Thanh Hai, was quoted as saying by Vietnam News Agency (VNA).

The typhoon was forecast to reach China's Hainan Island on Thursday before approaching Vietnam's coastal provinces, he said.


Nesat, the fifth storm this year, is forecast to cause heavy seas and rainfall of up to 300mm in central coastal provinces.

"It will also effect northern cities and provinces, including Hanoi, with average rainfall of between 50-300mm expected," he said.

Meanwhile, another typhoon, Nalgae, has been forming off the coast of the Philippines and is moving towards Vietnam.


"Nalgae is forecast to get stronger over the next few days, with winds of around 133kph forecast. It is expected to enter the East Sea late Oct 2," Hai said.

Deputy Prime Minister Hoang Trung Hai has instructed authorities nationwide to prepare for the bad weather.

In an urgent message sent on Wednesday to relevant ministries, agencies and localities on Sept 28, Hai asked People's Committees of provinces and cities from Quang Ninh to Phu Yen to work with border guards, the fisheries sector and ship owners to check the number of vessels currently at sea and guide them to safety.


Provinces from Quang Ninh to Ha Tinh have been instructed to tighten control over vessels and check storm defences, reservoirs and construction projects to protect both humans and property.

They have also been asked to help locals to strengthen houses, schools and hospitals and evacuate local citizens out of high risk areas where necessary.

At an urgent meeting held the same day by the National Steering Committee for Storm and Flood Prevention and Control to discuss measures to cope with the typhoon, the Border Guards reported that more than 30,000 vessels with over 145,000 people on board had been directed to stay at anchor in safe areas.

The last storm, Typhoon Haitang, caused heavy rains in central provinces over the past three days with total rainfall of between 150-180mm.

Haitang killed at least four people, injured four others, damaged 128 houses and flooded more than 5,000ha of crops. -- BERNAMA

PUTRAJAYA: The Higher Education Ministry plans to produce 680,000 workers with a minimum diploma qualification by 2020 under the Polytechnic Transformation Plan (PTP).

Its deputy director-general (Polytechnic Management Division), Datuk Mukhlis Jaafar, said the 10-year plan (2010 to 2020) had identified all 27 polytechnics in the country to produce these sub-professionals and a skilled workforce.

"PTP covers the implementation of a rating system, developing centres of excellence, industry collaboration for applied research and establishing a centre for curricula development," he said when opening the international seminar on technical, vocational, education and training (TVET) here.


The two-day seminar, which ends today, is a platform for foreign TVET experts to exchange knowledge and experiences in governance, business and training models.

Mukhlis said the plan would help make polytechnics the first choice for post-secondary education and ensure that 85 per cent of their graduates were employed within six months of graduation.

He witnessed the signing of a memorandum of understanding (MoU) between Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) and three agencies: Labtech International Ltd, Colombo Plan Staff College Manila and Universitas Pendidikan Indonesia.


Through the MoU, UTHM plans to boost its Technical and Vocational Education Faculty in training, vocational education and training, research and development, and services.

JAKARTA: A small aircraft with 18 people on board went missing in Indonesia’s Sumatra island today, a transport ministry spokesman said.

The Cassa 212, carrying 15 passengers and three crew, was flying from Medan in North Sumatra to the nearby province of Aceh when it lost contact with air traffic control, Bambang Ervan said.

“It took off at 7:18 (0018GMT) and was supposed to land at 8:00,” the spokesman told AFP, adding that a search and rescue team was trying to find the aircraft.


"We still don’t know yet whether there are foreigners on board,” he said.

A helicopter chartered by US giant Newmont Mining crashed on Sunday in central Indonesia, killing two people on board.

Early this month, an Australian and a Slovak pilot were killed when their small Cessna Grand Caravan aircraft, which was carrying fuel and food to a remote area in Papua province, went down.


Another small aircraft, which was also transporting supplies to remote villages for a Christian humanitarian association in Papua, crashed last week, killing its American pilot and two passengers.

The sprawling Indonesian archipelago relies heavily on air transport and has a poor aviation record. -- AFP

JAKARTA: A small aircraft with 18 people on board went missing in Indonesia’s Sumatra island today, a transport ministry spokesman said.

The Cassa 212, carrying 15 passengers and three crew, was flying from Medan in North Sumatra to the nearby province of Aceh when it lost contact with air traffic control, Bambang Ervan said.

“It took off at 7:18 (0018GMT) and was supposed to land at 8:00,” the spokesman told AFP, adding that a search and rescue team was trying to find the aircraft.


"We still don’t know yet whether there are foreigners on board,” he said.

A helicopter chartered by US giant Newmont Mining crashed on Sunday in central Indonesia, killing two people on board.

Early this month, an Australian and a Slovak pilot were killed when their small Cessna Grand Caravan aircraft, which was carrying fuel and food to a remote area in Papua province, went down.


Another small aircraft, which was also transporting supplies to remote villages for a Christian humanitarian association in Papua, crashed last week, killing its American pilot and two passengers.

The sprawling Indonesian archipelago relies heavily on air transport and has a poor aviation record. -- AFP

Professional Jealousy ,effiency and effectiveness

Datuk Yaacob Wan Ibrahim Mantan Pengarah JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Setelah selesai mesyuarat di Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat pada jam 1200 tengahari 28 September 2011, Aku ke Jalan Raja Muda untuk parkir bagi menghadiri satu lagi acara di Hotel Grand Season. Dalam fikiran sudah dapat mengagak tempat letak kereta hotel pasti penuh, lebih baik jalan sikit ,peluh keluar badan cergas. Dugaan ku memang tepat, parkir penuh dan ramai pengunjung terpaksa letak kenderaan mereka jauh dari dari hotel tersebut.

Berjumpa Datuk Yaacob

Aku tak menyangka bertemu Datuk Yaacob Wan Ibrahim mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2001-2004) . Beliau masih kelihatan cergas dan sihat walaupun sudah bersara tujuh tahun lalu. Kami bertanya khabar masing-masing sebelum ke Kedai Mamak Jaffar dekat Hotel KLIH untuk minum . Sambil bersembang, Aku banyak mendapat idea dan ilmu daripada beliau. Wawasan, pandangan dan pemikiran beliau masih futuristik dan bernas. Beliau kini menjadi Education Advisor kepada Tan Chong Motor Petaling Jaya (part time) . Semasa menjawat jawatan Pengarah JPN WPKL , Datuk Yaacob telah memperkenalkan beberapa dasar pembangunan ICT di Jabatan seperti EDUGIS, e-Daftar e-Pengawas dan menerbitkan buku Directory Jabatan (sekadar beberapa contoh yang masih aku ingat) untuk meningkatkan kecekapan pengurusan.

Professional jealousy , efficiency and effectiveness

Beliau menjelaskan dalam mengurus, mentadbir dan melaksanakan tugas memerlukan kecekapan (efficiency) dan keberkesanan (effectiveness) bagi mencapai matlamat dan halatuju organisasi . Dua elemen ini sangat penting diaplikasikan oleh pentadbir dan pengurus untuk mendapatkan output dan outcome yang telah dirangka berdasarkan "Framework" yang telah ditetapkan. Perbualan kami kemudian berkisar kepada professional jealousy dalam perkhidmatan sehingga menimbulkan rasa ketidakadilan dalam kalangan penjawat. Aku mendapat terma baru makna professional jealousy hari ini . Namanya kedengaran cukup manis tetapi impaknya cukup besar kepada individu atau organisasi . Professional jealousy can destroy relationships and will retard your organization . Oleh kerana masa terhad, aku mohon izin beredar .Terima kasih Datuk kita jumpa lagi dilain kesempatan .

Majlis Seharum KASIH Seindah KENANGAN

Majlis tersebut diadakan pada 28 September 2011 bertempat di Grand Season Hotel bagi meraikan Pengarah Pelajaran Baru Dato' Khairil Awang dan persaraan Tuan Haji Adnan Deraman ,mantan Pengarah Jabatan pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Aturcara bermula pada jam 2.30petang dihadiri semua Timbalan Pengarah , Ketua-Ketua Sektor, Semua Pengetua dan Guru Besar . Dalam ucapan aluan Dato Khairil Awang, beliau menyifatkan Mantan pengarah Tuan Haji Adnan seorang yang banyak pengalaman dalam pentadbiran baik diperingkat Sekolah, Kementerian dan Jabatan . Walau pun telah bersara dari perkhidmatan, idea dan pandangan beliau menjadi wahana penting untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Dalam ucapan balasnya, Mantan Pengarah meminta semua Pengetua, Guru Besar dan Pegawai JPN WP memberikan kerjasama padu kepada pimpinan baru untuk memastikan halatuju yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan gemilang.

Penyandang PengarahSejak tahun 1979 hingga kini seramai 19 orang penjawat menyandang jawatan Pengarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antaranya ialah Dato' Anas Ahmad(1 November,1979-1 Mac 1982), Dato' Mohd Khalid Ab Halim (1 Mac 1982-15 September,1982), Dato' Hussein Ahmad(16 September,1983-1 November,1986), Hajah Badiah Abd Rahman(1 November 1986-30 Jun 1980) En Abdul Rahman Ali ( 8 Ogos 1990-31 Ogos,1991), Dato' Ab Rahman bin Yeop ( 1 September, 1991-18 November,1992), Dato' Ab Rahim Hamid(1 Februari 1993-13 Desember1994), Haji Mohd Zein Ishak (1 Januari,1995- 30 April,1996), Pn Robeahtun Dato'Ahmad Damanhuri (1 Mei 1996-23 jun 1997),Datin Hazimah A. Rahman (1 Julai 1997- 7 Mac 1999), Haji Ahmad Shafie (16 Mac 199-6 Mei 2000), Ismail Sajad bin Sajad (16 Mei 2000-31 Mei 2001), Dato' Yaacob Wan Ibrahim (1 Jun 2001-10 Mei 2004), Dato' Noor Rezan Bapoo Hashim(16 Mei 2004-25 Mei 2006), Haji Abas Awang(26 Mei 2006- 18 september 2007)
Haji Mohd Radzi Abd jabbar (6 Oktober 2007-17 Desember 2008), En . Suliaman @Sulaiman Wak( 18 Desember 2008-31 Januari,2010) Hj Mohd Adnan Deraman (1 Februari 2010-25 Ogos,2011) dan Dato' Khairil bin Awang mulai 8 September , 2011 hingga kini .

Che'Yahya Che' Soh.
Warden trafik DBKL boleh saman
Oleh Nasuha Badrul Huzaini
2011/09/28

KAKITANGAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Majlis Pelancaran Kempen Senyum peringkat DBKL di Menara DBKL.

KAKITANGAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Majlis Pelancaran Kempen Senyum peringkat DBKL di Menara DBKL.
KUALA LUMPUR: Mulai 1 Oktober ini, warden trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh mengeluarkan saman terhadap pemandu yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat, berhenti di petak kuning, memotong barisan dan melanggar isyarat lalu lintas di bandar raya ini.

Sebelum ini, mereka hanya boleh mengambil tindakan untuk mengeluarkan saman kepada kenderaan yang statik (tidak bergerak) manakala bagi empat kesalahan di atas, ia terletak di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sehubungan itu, DBKL akan menempatkan 20 warden trafik bersama anggota polis di 10 persimpangan jalan utama di bandar raya ini bagi mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas.
Antara jalan terbabit ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pudu, Jalan Dang Wangi, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tun Ismail, Jalan Gereja, Jalan Parlimen, Jalan Leboh Ampang dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, berkata langkah itu diambil bagi memastikan pergerakan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur berjalan lancar terutama pada waktu puncak.

Beliau berkata, pada masa ini, warden trafik DBKL hanya mengambil tindakan untuk mengeluarkan saman kepada kenderaan yang statik (tidak bergerak) manakala bagi kenderaan yang sedang bergerak, ia terletak di bawah bidang kuasa PDRM.

Melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 9 September lalu, kami memutuskan anggota warden trafik DBKL boleh mengeluarkan saman terhadap pemandu yang melakukan empat kesalahan ketika kenderaan bergerak.
Antara kesalahan itu ialah melanggar lampu isyarat, berhenti di petak kuning, memotong barisan dan melanggar isyarat lalu lintas, katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Senyum Peringkat DBKL di sini, semalam.

Sumber : Berita Harian 28 September 2011

Bahasa Melayu asas kemerdekaan kita
Oleh Teo Kok Seong
2011/09/28

Penggantian bahasa dalam sistem pendidikan mengupayakan bangsa

ANTARA asas penting kemerdekaan sesebuah negara ialah bahasa negaranya, yang sama ada wujud dalam bentuk bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi dan lebih baik lagi sekiranya dalam bentuk kedua-duanya. Melalui bahasa negara sendiri inilah, negara yang merdeka itu tidak perlu lagi mengikut telunjuk penjajah yang memaksa semua pihak menggunakan bahasanya untuk pelbagai tujuan.

Sesungguhnya paksaan ini adalah sejenis perhambaan. Ini dapat dilihat ketika kita dijajah oleh British yang mengenakan bahasa Inggeris ke atas semua pihak, sebagai bahasa rasmi. Penggunaan bahasa Melayu jika dibenarkan, perlu terlebih dulu diungkapkan gagasannya dalam bahasa Inggeris sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, walaupun untuk pemahaman sesama orang Melayu. Ini bukan saja tidak masuk akal, malah menghina sekali.
Namun itulah hakikatnya apabila dijajah. Ketika penjajahan British, kekayaan ekonomi kita diambil dan kuasa politik kita dilesapkan. Khazanah budaya kita pula dibawa keluar. Yang paling malang lagi ialah destini bangsa dan negara kita ikut berada di tangan mereka.
Ketika penjajahan, kita bukan saja dikehendaki menggunakan bahasa Inggeris, tetapi perlu mengamalkan budaya Inggeris yang tersemat di dalam bahasa itu. Selepas sendawa misalnya, kita perlu memohon maaf kerana perbuatan tabii yang tidak disengajakan itu dianggap jijik dalam budaya Inggeris.

Ini berlainan sekali dengan budaya Melayu yang berteraskan ajaran Islam. Perbuatan luar kawalan yang membabitkan angin dikeluarkan dari perut melalui mulut dengan bunyi ini perlu disyukuri. Ia tanda nikmat daripada Yang Maha Esa.

Sehubungan ini, bahasa Inggeris bukan sekadar sistem komunikasi, ia adalah juga cara hidup. Dalam hal ini, kita mungkin pernah didenda oleh guru bahasa Inggeris apabila tidak segera memohon maaf selepas sendawa dan bersin, dan oleh guru besar kerana menggunakan bahasa Melayu dan bukannya bahasa Inggeris dalam kawasan sekolah.

Perbincangan sebegini bukan bermaksud untuk menimbulkan perasaan seteru terhadap bahasa Inggeris. Ia sebenarnya ingin menjurus kepada persoalan jati diri, lebih-lebih lagi jati diri budaya. Dalam hal ini, bahasa adalah lambang paling dekat, selain yang sejagat sifatnya kepada jati diri.
Sehubungan ini, menjadi sifat alamiah bagi sesebuah kelompok itu untuk bukan saja menggunakan bahasanya sendiri. Tetapi yang lebih penting lagi ialah untuk melihat bahasanya itu terus berkembang maju membina tamadun untuk bangsanya. Dalam hal ini, sudah tentu kelompok berkenaan tidak mahu menerima bahasa pihak lain yang dipaksakan penggunaannya ke atas mereka, walaupun ketika dijajah, apatah lagi selepas merdeka.

Sehubungan ini, pada kelazimannya, dalam zaman selepas penjajahan ada penentangan kuat daripada penduduk pribumi untuk tidak meneruskan penggunaan bahasa penjajah. Sebaliknya wujud sokongan teguh untuk menggunakan bahasa sendiri.

Berbeza dengan kebanyakan bekas tanah jajahan Empayar British, yang rata-rata terus menggunakan bahasa bekas penjajah itu, kita memilih untuk menggantikannya dengan bahasa Melayu. Ini dilakukan untuk melindungi jati diri budaya bangsa Melayu sebagai kelompok asal bumi ini. Ia juga mengambil kira bahasa Melayu sebelum zaman penjajahan, adalah sebuah bahasa besar di sebelah dunia di sini.

Pemilihan bahasa Melayu adalah langkah yang dapat mengembalikan maruah bangsa Melayu selepas dihina dan ditindas ketika penjajahan. Sesungguhnya penjajahan oleh British itu sudah membantut perkembangan bahasa Melayu. Pada masa itu, bahasa Melayu menjadi hanya bahasa pertuturan di rumah dan bahasa pendidikan di beberapa buah sekolah rendah saja.

Penggantian bahasa Inggeris oleh bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan selepas merdeka, tidak dapat dinafikan adalah antara cara utama untuk mengupayakan bangsa Melayu yang menjadi lemah ketika penjajahan. Sehubungan ini, bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa ilmu utama dalam sistem pendidikan kebangsaan pada 1983.

Dua peperiksaan besar yang sebelum ini ditawarkan dalam bahasa Inggeris juga ditukarkan kepada yang dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Sehubungan ini, nilai bahasa Melayu yang paling penting ialah pelajar perlu memperoleh gred kepujian untuk dianugerahkan sijil SPM. Bahasa Melayu juga dijadikan prasyarat untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi, dipertimbang untuk bekerja dalam sektor awam dan segala macam peluang yang lain.

Sesungguhnya kemerdekaan pada 1957 itu menyelamatkan bangsa Melayu dan budaya mereka daripada terus ranap di bawah penjajahan British. Daripada sebuah bangsa yang memiliki sejarah gemilang, bebas dan gagah, oleh sebab penjajahan, orang Melayu berubah menjadi bangsa yang lemah.

Kini selepas merdeka, orang Melayu tidak boleh sekali-kali menggadaikan jati diri budaya mereka dalam apa-apa bentuk jua, dengan misalnya menggunakan bahasa pihak lain, yakni bahasa Inggeris, untuk mengendalikan kegiatan budaya tinggi mereka. Antara yang terpenting ialah pendidikan, walaupun untuk mengajar sesetengah mata pelajaran, apatah lagi yang penting seperti sains dan matematik.

Mereka perlu terus menggunakan bahasa Melayu bukan saja untuk memperkaya warisan budaya sendiri, tetapi lebih penting lagi untuk membina peradaban negara ini.

Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sumber : Berita Harian 28 September 2011

Tuesday, September 27, 2011

Tahniah Kepada Hajah Nik Ramas Nik Wan

Cik Hajah Nik Ramas Nik Wan Timbalan Pengarah Pelajaran PPW Sentul .

Cik Hajah NikRamas Nik Wan Ketua Sektor Pengurusan Akademik (SPA) telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul berkuatkuasa 1 September 2011.Ucapan tahniah dan syabas semoga beliau dapat melaksanakan tugas baru ini dengan penuh dedikasi dan berwibawa untuk memacu pendidikan anak-anak khususnya di Zon Sentul. Sebagai mantan KSPA, Cik Nik Ramas mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas terutama berkaitan dengan 'Head Count' untuk melonjakan pencapaian akademik sekolah. Selamat maju jaya.

Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat Baru

Puan Hajah Hanim Bt Ibrahim (tengah) Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Keramat semasa merasmikan Majlis Sambutan Maulud Rasul 1 Malaysia 1 Ummah di SMK Puteri Titiwangsa

Bangunan TH Selborn Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat (PPWK) yang baru

Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat (PPWK) telah berpindah secara rasmi pada awal bulan September 2011 ke Bangunan TH Selborn Jalan Tun Razak berdekatan Institut Jantung Negara bersetentang dengan Perpustakaan Negara Malaysia. Pejabat ini terletak di tingkat 9 . Suasana kelihatan eksklusif dan elegan . Kadar sewa diberitakan RM30,000.00 sebulan. Bangunan TH Selborn milik penuh Tabung Haji yang sangat strategik cuma ruang parkir agak terhad. Tahniah kepada PPWK kerana memiliki pejabat sendiri. Siang tadi PPWK menjemput semua Pengetua dan Guru Besar serta kakitangan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan ke majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri disamping meraikan pejabat baru. Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat diketuai Timbalan Pengarah Pelajaran Pn Hajah Hanim Ibrahim. Beliau akan mengakhiri tugasnya sebagai penjawat awam setelah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama puluhan tahun pada awal Oktober ini. Saya mengucapkan selamat bersara semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan kepada beliau .

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai empat buah Pejabat Pelajaran yang dikenali dengan nama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu, Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul dan Pejabat Pelajaran Wilayah Putrajaya. Semua penyandang jawatan berstatus Timbalan Pengarah gred DG54. Kekosongan jawatan Timbalan Pengarah PPWS telah diisi oleh Cik Nik Ramas Nik Wan Ketua Sektor Akademik JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 September menggantikan Pn Hajah Rohana Mahmud yang bersara wajib. Semoga dengan pelantikan beliau menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan khususnya bagi wilayah Sentul. Kepada En. Jamaluddin Abdullah yang juga akan melangkah kealam persaraan dalam waktu dekat ini (November) saya ingin mengucapkan selamat bersara mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan jasmani dan rohani yang mantap mendepani alam persaraan. Selamat berangkat ke Tanah Suci semoga memperoleh HAJI MABRUR.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua .

Monday, September 26, 2011

Program Transformasi Kerajaan

Bagi meletakkan negara pada landasan lebih kukuh dalam mendepani pelbagai cabaran untuk mencapai Wawasan 2020, Perdana Menteri, YAB Dato‘ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan pelaksanakan Program Transformasi Kerajaan (PTK) yang dirangka berdasarkan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
PTK menggariskan secara terperinci objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) bagi meghasilkan perubahan yang diharapkan melalui pelaksanaan program pembangunan dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Bagi menjayakan PTK, kerajaan dan perkhidmatan awam saling bergantung dan saling melengkapi antara satu sama lain, khususnya dalam pelaksanaan NKRA dan MKRA. Justeru, YAB Perdana Menteri sendiri mengetuai pelaksanaan PTK dengan dibantu anggota Kabinet serta didokong oleh Ketua Setiausaha Negara dan pegawai kanan perkhidmatan awam. Strategi pelaksanaan pelan ini dirangka oleh Menteri Perpaduan dan Pengurusan Prestasi serta Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). Sehubungan itu, lapan pasukan yang dianggotai agensi kerajaan dan dikenali sebagai Makmal, telah ditubuhkan, dengan setiap makmal bertanggungjawab bagi setiap enam NKRA, satu untuk 1Malaysia dan satu lagi untuk meneliti pengurusan keseluruhannya.

PTK akan dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu:
• Fasa 1 (dari 2010 hingga 2012)
Menjurus kepada langkah menentukan perubahan dan menyampaikan keberhasilan dengan cepat kepada rakyat melalui penetapan dan penyampaian sasaran NKRA dan MKRA.
• Fasa 2 (dari 2012 hingga 2015)
Transformasi kerajaan dilihat lebih melebar serta mendalam dan kehidupan harian rakyat diharap menjadi lebih baik, manakala struktur ekonomi negara akan berkembang sejajar dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) dalam menghasilkan sektor-sektor yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi.
• Fasa 3 (dari 2015 hingga 2020)
Matlamat Wawasan 2020 akan tercapai di mana rakyat menikmati taraf kehidupan dan kemakmuran lebih tinggi, manakala kualiti perkhidmatan awam juga meningkat. Kemuncaknya, setiap rakyat Malaysia memiliki jati diri dan semangat cinta negara dengan melihat diri masing-masing terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia dan kemudian barulah mengikut agama, bangsa, kawasan geografi, latar belakang sosial, ekonomi dan kecenderungan politik.

Bagi memastikan semua rancangan pembangunan negara berjalan lancar, kesemua pelan tindakan PTK akan berpaksikan kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
gtp4
Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
• Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012.
• Menjelang tahun 2012, 80% kanak-kanak disasarkan mendapat akses kepada pendidikan prasekolah.
Mengurangkan kadar jenayah
• Pengurangan sebanyak 20% jenayah jalanan pada akhir tahun 2010.
• Seramai 6,000 kakitangan kerajaan dari pelbagai kementerian telah mengambil alih tugas pentadbiran yang sebelum ini dilakukan oleh pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dan ke bawah di semua peringkat kontinjen.
Memerangi Rasuah
• Pengagihan perolehan dibuat melalui tender terbuka atau terhad.
• Memulihkan Indeks Persepsi Rasuah yang diletakkan Transparency International.
Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
• Mulai Januari 2010 semua bantuan kebajikan akan dibayar tepat 1 hari bulan
• Bilangan usahawan wanita akan ditambah dari 717 kepada 4,000 melalui AIM menjelang 2012.
Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman
• Kemudahan jalan, bekalan air bersih dan elektrik khususnya di Sabah dan Sarawak akan ditambah.
• Sebanyak 50,000 lagi rumah golongan miskin dan miskin tegar akan dibina atau dibaik pulih menjelang 2012.
Menambahbaik pengangkutan awam
• Mensasarkan 25% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam menjelang 2012 berbanding hanya 16% sekarang.
• Menjelang 2012 – 35 set 4-car train akan beroperasi untuk laluan Kelana Jaya.

Mempertingkatkan Kebertanggungjawaban Menteri Dan Penjawat Awam
• Bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan berjalan lancar, semua menteri memberi lebih banyak penekanan terhadap aspek kebertanggungjawaban masing-masing. YAB Perdana Menteri akan menilai pencapaian setiap menteri pada setiap enam bulan bagi memastikan mereka mencapai tahap prestasi yang telah ditetapkan. Beliau membuat penilaian pertama bagi tempoh meliputi November 2009 dan Januari 2010.

• Bagi menjamin prinsip “Pencapaian Diutamakan” benar-benar terlaksana, semua menteri dan pegawai kerajaan yang menguruskan keberhasilan diminta memastikan bahawa keputusan atau tindakan mereka mematuhi “Prinsip-prinsip Penyampaian" . Prinsip-prinsip ini termasuk menggalakkan penyertaan rakyat dalam program yang dirancang, dengan mendapatkan input daripada mereka sebelum membuat sesuatu keputusan, meningkatkan produktiviti sebanyak mungkin daripada sumber sedia ada, mengurangi ketirisan, mengoptimumkan taraf perkhidmatan serta menggunakan pendekatan inovatif. Kerajaan yakin persefahaman yang wujud antara pemimpin, penjawat awam dan rakyat dalam melaksanakan NKRA akan menjadikan Malaysia lebih maju, aman dan makmur.
Artikel ditulis oleh Penolong Pengarah, Wan Kalsom Wan Jaafar
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Jabatan Penerangan Malaysia
Sumber : Blog 1 Malaysia

Apply ‘Blue Ocean Strategy way of thinking, says Najib

March 26, 2011

The prime minister chats with an inmate, as his family look on, after launching the Correctional Rehabilitation Programme today at Mahkota Camp in Kluang. — Bernama pic
KLUANG, March 26 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak wants the “Blue Ocean Strategy” way of thinking to be applied more widely in government agencies to better achieve the objectives of the National Key Result Areas (NKRAs).
He cited the cooperation between the police and the armed forces under the Correctional Rehabilitation Programme launched today as an example of such thinking.
“Government agencies can attain the objectives of the NKRAs at minimum cost with the application of the Blue Ocean Strategy way of thinking,” he told a news conference after launching the Correctional Rehabilitation Programme at the Mahkota Camp, here.
Najib said the Blue Ocean Strategy way of thinking involved thinking out of the box through the application of creative and innovative methods but at minimum cost.
The Correctional Rehabilitation Programme launched today at Mahkota Camp involved a group of petty criminals within the military camp with minimum security.
The prime minister said the Correctional Rehabilitation Programme had allowed the government to save money as it did not have to build new prisons which cost between RM50 million and RM60 million each to construct.
“Through this programme, the government only spent RM4.5 million to build one correctional rehabilitation centre,” he said, adding that under the 10th Malaysia Plan (2011-2015), the government would only build one prison.
Najib said an advantage of the programme was that it isolated petty criminals from serious crimes offenders and prevented the former from being influenced by the latter.
“During the visit to the rehabilitation centre, I chatted with the family members of the criminals and learned of their satisfaction with the programme,” he said.
The atmosphere at the centre was good in that the inmates are allowed to interact with their families daily and are permitted to work and save, he added.
Najib described the programme as unique and said it could possibly be the only one of its kind in the world.
The government plans to implement the programme also at the Desa Pahlawan Camp, Tok Jalai Camp, Syed Sirajuddin Camp and the Batu 10 Camp under the first phase of implementation.
Najib said the application of the “Blue Ocean Strategy” way of thinking fostered collaboration between the armed forces and the police in the use of armed forces facilities for the training of police recruits as well as joint patrols in ‘hot’ areas.
The cooperation also involved the recruitment of ex-servicemen as policemen as a means of making available experienced policemen in a short time, he said.
Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and Chief
Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan were among those who were present at the event. — Bernama
Source: the malaysianinsider.com Mac 26 2011

Positive impact



2011/03/28

Government Transformation Programme records strong start.
KUALA LUMPUR: The Government Transformation Programme (GTP) has yielded fast and big results, winning accolades from a panel of international experts.


Driven by six National Key Result Areas (NKRAs) and Ministerial Key Result Areas (MKRAs) to address the immediate concerns of the people, the GTP was launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak last April.


Last night, Najib made public the GTP’s maiden annual report at the National Stadium in Bukit Jalil, where he said the programme had positively impacted the lives of millions.


Michael Barber, who had once British prime minister Tony Blair and as head of Blair’s delivery unit, said: “You have delivered results even much faster than what other countries, including Britain, have done.


“The quality and commitment of Malaysia’s leadership has been impressive.” The six NKRAs which have delivered results are: REDUCING CRIME • Nationwide crime reduced for the first time in four years, with street crime and crime index slashed by 35 per cent and 15 per cent respectively, the highest drop since independence; • Last year, 2,001 violent crime backlog cases were cleared.


• For the first time, all 753 police stations nationwide were ranked based on their performances and services delivered to the public; and, • Redeployment of 14,222 officers and 7,402 back-office personnel to street and patrol duty, while police’s General Operations Force was reassigned with support from the army to fight crime.


FIGHTING CORRUPTION • The Whistleblower Protection Act 2010 has encouraged more whistleblowers to work with the police, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and other enforcement agencies; • MACC’s “Name-and-Shame” online database was created bearing the names, pictures, identity card numbers and case details of convicted offenders. Last year, 284 offenders were listed; • The Myprocurement website was launched to reflect the government’s commitment to transparency. It lists more than 3,500 government contracts as well as advertised or awarded tenders, dates and values of the contracts and the winners of tenders; and, • The percentage of people who view the government’s action in fighting corruption as being effective saw an almost two-fold increase, up from only 28 per cent in 2009 to 48 per cent last year.


IMPROVING STUDENT OUTCOMES • The first comprehensive school-ranking system was introduced to track the performance of secondary and primary schools; • More than 700,000 preschoolers aged 4 and 5 were enrolled, up by 54,569 pupils compared with 2009; and, • Fourteen secondary and six primary schools made it into Malaysia’s first-ever High Performing Schools list.


RAISING LIVING STANDARDS OF LOW-INCOME HOUSEHOLDS • The number of extremely poor households nationwide were reduced by 44,643 cases, with only 108 (0.2 per cent) remaining in the category as at Dec 31 last year; • Training for 2,000 women entrepreneurs resulted in their income increasing from an average of RM750 per month to RM3,500 per month or more (for a consecutive period of three months); and • For the first time ever, 35,095 low-cost housing units were offered to deserving families at a subsidised price that was 75 per cent lower than their market values.


IMPROVING RURAL BASIC INFRASTRUCTURE • More than 35,000 rural households received clean water supply; • More than 27,000 rural households gain access to 24-hour electricity supply; • More than 16,000 houses built or restored for the rural poor; and, • More than 750km of rural roads laid nationwide, touching the lives of more than two million Malaysians.


IMPROVING URBAN PUBLIC TRANSPORT • The Integrated Transport Terminal in Bandar Tasik Selatan opens in January. It connects the Express Rail Link Transit, Keretapi Tanah Melayu Komuter, Light Rail Transit system network and, thus, reducing congestion by diverting more than 500 expres buses away from the Kuala Lumpur city centre daily; • The refurbishment of 634 bus stops in the Klang Valley to provide better shelter and comfort to commuters in Ampang Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Selayang, Sepang, Kajang, and Petaling Jaya; and, • The new four-car train sets on the Kelana Jaya line (PUTRA Line) resulted in an additional 2.43 million ridership.


The MKRAs and Ministerial Key Performance Indicators define the desired outcomes that ministers must achieve and be accountable for. The ministers will be given a scorecard that is reviewed by the prime minister twice yearly.

Source: New Straits Times

Polis lebih stres berbanding guru
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Muhd Amirul Faiz Ahmad

2011/09/27

Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
Hasil Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.
Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

Namun, katanya, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil. Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini.

Walaupun tidak dinafikan masih ada jenayah kecil berlaku di negara ini, keseluruhannya masih terkawal, mungkin disebabkan banyak rondaan polis di kebanyakan lokasi, termasuk yang menjadi tumpuan penjenayah, katanya yang pernah menginap dua tahun di Detroid, Amerika Syarikat, iaitu bandar yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di negara itu.

Sumber: Berita Harian 27 September 2011
Pendidikan terhadap semua kaum adil: PM
Oleh Fazli Abdullah dan Faridzwan Abdul Ghaffar

2011/09/26

SEBAHAGIAN pelajar mengibarkan Jalur Gemilang sebelum Najib memulakan Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran 2011 di Straits Quay, Tanjong Tokong, Georgetown, semalam.

SEBAHAGIAN pelajar mengibarkan Jalur Gemilang sebelum Najib memulakan Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran 2011 di Straits Quay, Tanjong Tokong, Georgetown, semalam.
GEORGETOWN: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan akan terus bersikap adil dalam bidang pendidikan kepada semua kaum, termasuk masyarakat Cina tanpa mengira fahaman politik demi masa depan generasi baru.
Perdana Menteri berkata, komitmennya mengenai perkara itu tidak berubah, malah kerajaan sentiasa menyokong dan membantu sekolah Cina sejak negara mencapai kemerdekaan.
Beliau turut mengiktiraf serta bangga dengan peranan dan sumbangan masyarakat Cina terhadap penambahbaikan dalam bidang pendidikan negara.
Najib memberi contoh ketika menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengambil langkah berani menggugurkan kuasa Menteri Pelajaran untuk menukarkan status Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK(C) dan SRJK(T) kepada sekolah kebangsaan (SK) yang diperuntukkan dalam Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961.
Walaupun ada pemimpin ketika itu menasihatinya tidak menggugurkan kuasa Menteri Pelajaran dalam akta itu, Najib tetap melaksanakannya dan kesan positifnya ialah meluaskan kepelbagaian dalam sistem persekolahan negara.
Sehingga kini, sekolah Cina berjaya menarik hampir 56,000 pelajar Bumiputera daripada 612,000 pelajar di sekolah itu, sekali gus memberikan mereka kelebihan termasuk dalam perniagaan kerana menguasai bahasa Mandarin.
Saya komited untuk berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia demi masa depan anak kita, katanya ketika berucap melancarkan Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran 2011 anjuran syarikat akhbar Kwong Wah Yit Poh, di Straits Quay, Tanjong Tokong di sini, semalam.
Perdana Menteri turut menyerahkan sumbangan RM16 juta kepada 15 sekolah menengah kebangsaan dan persendirian Cina di Pulau Pinang yang disumbangkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan orang ramai.
Hadir sama Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman serta Pengerusi Kwong Wah Yit Poh, Datuk Ong Gim Huat.
Najib juga berkata, masyarakat Cina yang terkenal dengan nilai kerajinan, kerja keras dan jimat cermat hari ini perlu ditambah dengan sifat tidak mementingkan diri serta dedikasi kepada pembelajaran. Saya juga teringat kata-kata orang Cina... tidak kira betapa miskin kita, kita tidak bertolak ansur dengan pendidikan, katanya.
Sumber: Berita Harian 26 September 2011




















PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tiga dari kiri) bersama pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Confucian, Sungai Besi selepas melancarkan Dana Kebajikan Pendidikan Community Chest di Kuala Lumpur hari ini. Community Chest sebuah pertubuhan kebajikan bebas bukan kerajaan tanpa mencari keuntungan. Ia ditubuhkan oleh sektor swasta untuk menggalak dan menyokong pendidikan demi kebaikan komuniti Malaysia. - Foto BERNAMA
Sep 26, 2011 7:08 pm

BICARA PENGARAH (BARU) 26 September 2011

Dato' Haji Khairil bin Awang Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan

Pagi tadi berlangsung Mesyuarat Profesionalisma (Bicara Pengarah Baru) Dato' Khairil  Awang di Auditorium Tan Sri Rafie Mahat JPN Wilayah Kuala Lumpur. Beliau menyentuh beberapa perkara penting berkaitan tadbir urus yang berlaku disekolah . Harapan masyarakat terhadap kemajuan anak-anak mereka sangat tinggi (public expection is very high). Beliau mengingatkan hadirin membuat kajian impak tentang kepimpinan disekolah berdasarkan perancangan,pemantauan, penilaian , penambahbaikan dan outcome dengan membuat refleksi yang betul dan tepat. Kajian perlu merujuk kepada 'Blue Ocean Strategy'. Impak daripada setiap program mestilah berfokus kepada kemenjadian murid. Penjawat awam perlu adil dalam menjalankan tugas , menggunakan masa yang diperuntukan dengan baik disamping bersifat ehsan dan tidak zalim.

Pengurusan Kewangan

Beliau mengingatkan semua Pengetua dan Guru Besar supaya melaksanakan tanggungjawab dengan amanah, transparen, telus dan penuh berintegriti dalam pengurusan kewangan kerana menurutnya banyak aduan diterima mengenai ketidaktelusan yang berlaku.

Instruksional Leadership

Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin kurikulum disekolah mesti memainkan peranan bagi memastikan proses P&P berjalan dengan sempurna dengan maksud " zero absent of teachers during teaching and learning process" . Beliau akan memastikan pergerakan keluar guru guru diminimakan. Pengetua dan Guru Besar tidak dibenarkan meninggalkan sekolah semasa musim peperiksaan awam. Beliau seterusnya menyentuh mengenai 'Education For All dalam konteks Malaysia iaitu Rakyat didahulukan ,Pencapaian diutamakan dengan setiap kaum mendapat pendidikan berkualiti. Pelajar perlu didedahkan dengan budaya pelbagai kaum dalam masyarakat Malaysia menjadi tugas dan pengoperasian yang perlu dilaksanakan oleh pengurus sekolah. Pengetua dan guru Besar "to be seen clean in administration" dengan membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. Matlamat akhirnya ialah melahirkan pelajar yang berkualiti bila meninggalkan alam persekolahan.

XPLUS

Gagasan KPPM Datuk Abd Ghaffar Mahmud mengenai X Plus perlu diamalkan oleh pentadbir disekolah . X- ialah excellent. P-pengetahuan, L-latihan U-usaha S-sepasukan. Konsep ini merangkumi sikap bekerjasama(cooperation, collaboration and concensus) dalam kalangan penjawat serta guru bagi menghasilkan input dan outcome yang diharapkan oleh organisasi. Dengan kaedah ini beliau mengharapkan sekolah-sekolah berada pada tahap sekurang kurangnya band 4.

DASAR KPM

Pengetua perlu mengamal dasar-dasar KPM yang telah ditetapkan Menteri dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar iaitu memastikan MBM dan MBI dilaksanakan dengan berkesan dan semua guru memahami kaedah pengoperasinya diperingkat sekolah disamping dasar IMurid ISukan, KSSR,KSSM dan Sub NKRA-Pra Sekolah(Sekolah Rendah).

RUMUSAN

Pengetua/Pemimpin sekolah perlu berfikir diluar kotak
Kemenjadian Murid matlamat utama KPM
Kerja Sepasukan (es spirit decorps)
'International way of teaching '
Pengarah akan turun kesekolah untuk memantau mengikut jadual
BRIC-Brazil, Rusia,India dan China Gergasi Ekonomi Dunia.
Aduan pelanggan -konsep 137.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKDK

Saturday, September 24, 2011

Pesara guru cipta rekod berbasikal
Oleh Faiza Zainudin


2011/09/25

ADNAN ketika membuat latihan terakhir semalam  bakal mengayuh hampir 20,000 kilometer dari Kuala Lumpur ke London  berlepas dari  Taman Jaya, Petaling Jaya,  hari ini.
ADNAN ketika membuat latihan terakhir semalam bakal mengayuh hampir 20,000 kilometer dari Kuala Lumpur ke London berlepas dari Taman Jaya, Petaling Jaya, hari ini.
KUALA LUMPUR: Pesara guru, Adnan Osman, 69, yang bakal mencatat rekod sebagai warga Malaysia tertua berbasikal secara solo merentasi Kuala Lumpur ke London, teruja memulakan kayuhan sejauh 20,000 kilometer merentasi 15 negara selama 10 bulan, mulai hari ini.

Adnan yang memulakan kembara dari Taman Jaya, Petaling Jaya, dengan seorang rakan pagi ini, mula berkayuh menuju utara Semenanjung Malaysia, sebelum meneruskan perjalanan ke Thailand; Loas; China; India; Bangladesh; Pakistan; Iran; Turki dan beberapa negara Eropah.
Adnan dijangka tiba di London ketika berlangsungnya upacara pembukaan rasmi Sukan Olimpik 2012, Julai tahun depan.
Adnan ketika dihubungi Berita Minggu mengakui sudah bersedia dari aspek mental dan fizikal untuk menyempurnakan misi mencabar itu.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menyembunyikan kerisauan jika menghadapi masalah kesihatan, kerenah birokrasi atau risiko laluan merbahaya membabitkan negara bergolak seperti Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Apa pun boleh berlaku, perkara ini tidak diduga walaupun kita sudah bersedia segala-galanya termasuk dari segi tekanan mental dan fizikal selain memiliki peralatan dan bekalan mencukupi. Dari aspek kesihatan, saya sihat, tidak ada masalah, malah rasa teruja, cuma bimbang keadaan cuaca menjejaskan kesihatan.

Saya juga diberi maklumat mengenai kawasan panas dan berbahaya. Ini dikhuatiri mengganggu perjalanan yang sudah dijadualkan. Jika jadual terganggu, khuatir visa tamat tempoh pula, katanya yang sibuk membuat persiapan terakhir sebelum memulakan misinya.

Kembara Adnan berbasikal secara solo ke London adalah bertujuan mengumpul dana untuk Yayasan AIDS Malaysia (MAF).

Adnan yang sebelum ini gagal dalam misi berbasikal dari Kuala Lumpur ke China pada 2008 berikutan masalah visa berkata, mengembara menggunakan basikal agak mencabar berbanding misi lain yang menggunakan kenderaan bermotor.

Kalau tidak ada tenaga, susah. Saya memperuntukkan perjalanan sejauh 100 hingga 120 kilometer sehari, tidak boleh berkayuh terus menerus, kena berehat sehari dalam seminggu, katanya.

Beliau yang tidak menghadapi masalah dengan persekitaran di Eropah kerana pernah melanjutkan pengajian di benua itu, berharap misinya kali ini berjaya.

Doakan saya berjaya, keluarga pun memahami niat saya dan menyokong penuh, katanya, Adnan akan memuatkan perkembangan pengembaraannya berbasikal secara solo merentasi 15 negara melalui laman blognya di http://oadnanxtreme.blogspot.com. Sumber: Berita Minggu Ahad 25 September 2011
Bonus ikut kemampuan: Najib
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Shamsul Kamal Amarudin dan Nurhayati Abllah

2011/09/25

TANJUNG TUALANG: Pemberian bonus dan kenaikan gaji kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam masih menjadi teka-teki apabila Datuk Seri Najib Razak, semalam enggan mengesahkan atau menafikan kesediaan kerajaan berbuat demikian dalam Bajet 2012.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata sebarang keputusan pemberian bonus dan kenaikan gaji bergantung kepada kemampuan kerajaan.
Saya punya pendirian, apa-apa yang akan diumumkan dalam bajet tidak akan dibocorkan lebih awal lagi. Kalau kita mampu (berikan bonus dan kenaikan gaji), kita buat, kalau kita tak mampu kita tak buat, katanya selepas membuat tinjauan mesra dan merasmikan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang di sini, sempena lawatan turun padang sehari ke Perak, semalam.
Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, beberapa Menteri Kabinet serta Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong.

Perdana Menteri ditanya sama ada kerajaan berada dalam kedudukan berkemampuan untuk memberikan bonus dan kenaikan gaji dan elaun seperti diperkatakan beberapa pihak.

Semalam, akhbar ini melaporkan kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Najib dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini.

Ditanya pula sama ada bajet kali ini akan memberi banyak kejutan, Najib berkata: Saya tidak tahu, tunggulah dulu, saya gemar membuat kejutan, katanya.
Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan kerajaan melalui bajet berkenaan akan memberi tumpuan mengukuhkan permintaan dalaman berikutan persekitaran luaran yang lemah dan tidak menentu.

Kita perlu bersandar kepada permintaan dalaman, jadi bajet ini mesti merangsangkan pelaburan dan mesti membawa kepada keyakinan pengguna untuk terus belanja dengan secara berhemah supaya ekonomi domestik atau dalaman kita ini terus berpaksi kepada permintaan yang kukuh sama ada dari segi pelaburan mahupun dari segi penggunaan.

Keduanya, kita telah menetapkan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk memerangi kenaikan harga dan kos hidup rakyat, jadi kita tengah tengok bagaimana kita boleh bantu melindungi rakyat daripada kesan negatif, katanya. Sumber: Berita Minggu Ahad 25 September 2011

Panggilan Arafah 1432H

Kenangan semasa mengerjakan umrah beberapa tahun lalu bersama isteri Farida Amir (depan Masjidil Haram).

Pengalaman mengerjakan Umrah -Miqat di BIR Ali (2008) sebelum memasuki Kota Makkah (dua orang anak tiada dalam gambar - Ali Akbar dan Siti Aliyah)

Pemandangan Arafah tempat Wukuf seluruh Jamaah Haji pada 9 Zulhijjah setiap tahun.

Ketika ini bermulalah musim Haji bagi tahun Hijrah 1432 . Jutaan umat Islam segenap pelosok dunia berbondong bondong menunaikan Fardhu Haji Rukun Islam kelima sebagai menyahut panggilan Illahi LABBAIKALLAH HUMMALABBAIK, LABBAIKALA SHARIIKALA KALABAIK menjadi dhuyufirahman (tetamu Tuhan) di Tanah Suci Makkah Al Mukaramah dan Madinatunnabi Madinah Al Munawarrah.Jamaah Malaysia akan berangkat secara berperingkat bermula pada bulan September hinggalah kapal terakhir pada 29 Oktober 2011.

Kelebihan Mekkah

Bumi Makkah dipilih Allah sebagai tempat yang paling mulia diatas mukabumi mengandung peristiwa cukup bersejarah, penuh barakah, tanah tumpah darah Nabi SAW yang berjuang membawa risalah Tuhan mengajak manusia menyembah Allah Yang Esa. Nabi Muhammad SAW lahir dan membesar di Kota ini tetapi Allah mewafatkan baginda di Madinah Al Munawarah setelah tugas kerasulannya selesai . Justeru kita disunatkan mengunjungi Nabi setelah selesai mengerjakan Haji . Allah memilih Makkah kerana disana tempat berdiri Rumah Allah (Baitullah ) yang pertama . Seluruh umat Islam bersujud menyembah Allah menghadap Kaabah (the direction to perform Solah) .

Allah merakamkan dalam Al Quran dengan nama-nama seperti Makkah, Bakkah, Ummul Qura, Al Balad, Al Balad Al Amin, Al Baldah, Haram Amin,Wad Ghairu Dzi Zar in, Ma'ad Qaryah dan Al Masjid Al Haram. Berkat doa Nabi Ibrahim AS Bumi yang gersang tandus bersahara ini menjadi tumpuan lautan manusia memohon keampunan Tuhan sepanjang tahun . Bumi Makkah dan Madinah sungguh makmur aman sejahtera dibawah naungan Tuhan dengan rezeki yang melimpah ruah menjadi negeri BALDATUN TOYYIBATUN WARABBUN GHAFUR .

Sesuai dengan namanya yang mulia, tetamu yang datang perlu mematuhi pantang larang dengan memakai IHRAM dan membetulkan NIAT, bersabar menghadapi ujian dan membuang sifat MAZMUMAH seperti sombong, takabbur, megah, mementingkan diri sendiri, riak dan minta Allah gantikan dengan sifat MAHMUDAH semoga segala amal kebaikan diterima sebagai HAJI MABRUR.Mengerjakan Haji memerlukan kekuatan mental dan spritual yang kuat kerana ujian yang bakal diterima para jamaah sungguh mencabar dan menguji kesabaran diri. Perlu banyak beristighfar dan sentiasa melakukan solat sunat taubat .

Panggilan Arafah

Kami sekeluarga (kecuali dua orang anak yang tidak dapat ikut serta -Ali Akbar dan Siti Maisarah ) InsyaAllah akan menjadi tetamu Allah pada tahun ini dengan penerbangan terakhir melalui Tabung Haji pada 29 Oktober 2011. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan , kesihatan, kerendahan hati , kekuatan iman untuk menjalani ibadah yang cukup menguji ketabahan ini. Dalam jutaan umat, Tuhan memberi ruang dan peluang kepada ku dan keluarga sekali lagi mengunjungi Tanah Barakah ini untuk menunaikan Rukun Haji mudah mudahan menjadi hamba yang mukhlisin ,mutaqqin dan solehin.

Jasa ibu yang mengandung, menyusu dan membesarkanku tidak mampu ku balas hanya dengan mengerjakan Haji (Badal Haji ) untuknya tetapi jauh di sudut hati , Aku mendambakan kasih sayang Allah mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya dan hisablah ibu dengan sebaik baik hisab Ya Allah. Jika disaat ini ibu dalam keadaan kesempitan Engkau lapangkan Ya Allah. Jika sekiranya Ibu dalam kesusahan Engkau senangkan Ya Allah .

Sebagai anak Aku hanya mampu berdoa mengharapkan kasih sayangMu, memohon RahmatMu dan keampunan Mu. Kepada isteri dan anak anak marilah sama-sama kita hulurkan doa untuk kesejahteraan Datuk, Nenek yang telah pergi moga moga Allah menempatkan mereka dalam kalangan hamba hambaNya yang beriman .


Kepada ayahku Hj Che Soh Majid restulah pemergian kami dengan doa semoga Allah SWT menghiasi diri kami dengan nur iman yang menyinari seluruh kehidupan. Pada kesempatan ini Aku ingin mengucapkan selamat berangkat kepada adik ku Ustaz Ahmad Zulkifli Hj Che Soh Mudir SMU As Saadah bersama isterinya Ustazah Siti Mariani Muhammad guru SMK Mengkebang pada 23 Oktober nanti semoga mereka memperoleh HAJI MABRUR. Jika diizinkan Allah kita bertemu di sana nanti . Amin.

Wallahu a'lam
csyahya 24 september2011

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...