Thursday, May 24, 2012

Tokoh Guru Wilayah Persekutuan 2012


Cheras : 24 Mei 2012,  Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seramai 5 orang Tokoh Guru terpilih kali ini. Mereka ialah Dato' Hajah Noor Rezan Bapoo Hashim, Mantan TKPP  KPM,  Dato' Termuzi Ab Aziz , Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Puan Jamaliah Rahmat, Mantan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En Lee Kam Wah, Mantan Guru Besar SJKC Kepong 1  dan Pn Thanaletchumy A/P Ayanadian, Mantan Guru Besar SJKT  Jalan Fletcher  Kuala Lumpur . Pemilihan tokoh tokoh tersebut disempurnakan oleh YB Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar  di Pusat Konvensyen CIDB pagi tadi . Tahniah kepada mereka yang terpilih menerima penghargaan kerana jasa dan pengorbanan  memajukan pendidikan negara  .  Majlis ini turut dihadiri Dato' Haji Khairil Awang Pengarah Pelajaran , Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Timbalan Timbalan Pengarah, Pengetua, Guru Besar serta guru guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putra Jaya .


 
Dato' Noor Rezan Bapoo Hashim
Mantan TKPP KPM (Operasi)
Tokoh Guru Wilayah 2012

Ucapan Aluan Pengarah

Dalam ucapannya Dato' Pengarah Pelajaran menyentuh perkembangan pendidikan semasa , pencapaian dan kemajuan yang diperoleh Wilayah Persekutuan  dalam PMR , SPM dan STPM  yang menunjukan prestasi cemerlang dengan gred purata lebih baik daripada pencapaian peringkat kebangsaan . Beliau juga menyentuh tentang NKRA pendidikan yang memberi fokus bidang keberhasilan utama iaitu Pendidikan pra sekolah, Literasi dan Numerasi (LINUS), SBT, Baiah dan juga transformasi pendidikan dalam pentaksiran berasaskan sekolah . 

Perasmian Oleh YB Menteri

Dalam ucapannya YB Menteri telah menyentuh tentang peranan dan fungsi guru yang semakin mencabar selaras dengan zaman ICT yang bergerak pantas. Guru guru perlu mempelbagaikan kaedah dalam mendidik pelajar bagi memastikan modal insan negara dapat dibangunkan secara holistik . Proses transformasi pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang berkualiti, berfikiran kritis dan inovatif  berkemahiran menggunakan pelbagai  teknologi untuk mempercepatkan pembangunan negara.

Che' Yahya Che' Soh 
Pengetua SMKSB@STAR
24 Mei 2012

1 comment:

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...