Friday, May 18, 2012

Kursus Pengurusan Risiko IAB Seri Layang

Seramai 22 orang Pengetua/Wakil telah menghadiri kursus Pengurusan Risiko pada 15-18 Mei 2012 di Institut Aminuddin Baki (IAB) Seri Layang Genting Highlands Pahang Darul Makmur. Kursus ini sangat bermanfaat kepada  para pemimpin terutama diperingkat sekolah untuk mengenalpasti insiden risiko yang bakal terjadi dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi. Risiko ialah suatu peristiwa yang memberi impak kepada pencapaian atau objektif sesebuah organisasi. Risiko ialah kombinasi kebarangkalian kerosakan, kerugian atau negatif akibat kelemahan dalaman atau luaran yang boleh ditangani melalui perancangan awal.

 
Bangunan IAB Induk menawarkan pelbagai kursus  untuk menjana
kecekapan dan kewibawaan kepada para pemimpin organisasi.

Pengurusan Risiko

Menurut  Wan Ghazali Wan Din, Ketua Jabatan Pengurusan Inovasi dan Standard Latihan IAB , "pengurusan risiko merupakan sistem kawalan untuk menjamin keberkesan kerja". Pengurusan risiko juga mengawal objektif, mengawal misi dan visi untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.  IAB telah menghasilkan buku Pelan Induk Pengurusan Risiko sebagai panduan untuk mengelak dan mengurangkan potensi risiko dalam organisasi. Pihak sekolah diminta mewujudkan Pelan Pengurusan Risiko bertujuan menjaga integriti dan reputasi sesebuah organisasi.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...