Pada hari Jumaat 25 Mei 2012 malam saya bersama isteri bertolak dari KLIA dengan pesawat Emirates menuju Dubai. Selepas singgah beberapa jam di Dubai, perjalanan diteruskan ke Manchester dan Alhamdulillah selamat mendarat sekitar jam 730 pagi hari Sabtu di Terminal 1. Dua orang anak Siti Aisyah dan Siti Maisarah menunggu untuk menjemput kami ke Sheffield . Kami berpelukan melepaskan rindu masing-masing. Dari Manchester Airport kami menaiki keretapi menuju Sheffield dan sampai dirumah Aisyah jam 930 pagi. Perjalanan yang jauh memenatkan tetapi apabila melihat wajah anak-anak keletihan hilang. Aisyah bekerja disini sebagai Pharmacist manakala Maisarah baru selesai ACCA .
Kembara Istanbul
Hari Isnin 28 Mei 2012, kami ke Istanbul Turkey dengan penerbangan Turkish Airlines . Perjalanan ke Istanbul selama 4 jam . kami selamat tiba di Lapangan Terbang Istanbul jam 1200 malam waktu Turkey dan terus ketempat penginapan di Sultanahmet House milik Hikmet Tastan di No. 46 Sokullupasa Apt. Istanbul. Hikmet seorang peramah, pemurah dan baik hati meladeni kami dengan penuh kemesraan.
bergambar kenangan bersama
Hikmet Tastan pemilik
Hikmet Tastan pemilik
Apt Sokulupasa .
Beliau menunggu ketibaan kami dan turut sama membantu mengangkut beg pakaian ke bilik yang ditetapkan. Hikmet seorang yang peramah, baik dan mudah berbincang. Wisatawan Malaysia dan negara lain memilih untuk menginap disini .Layanan dan ramah mesra membuatkan beliau disukai para pelancung . Lokasi yang strategik dan dekat dengan tempat sejarah menjadi pilihan pelawat.
Masjid Biru (Blue Mosque)
Masjid Biru (Blue Mosque) terletak kira-kira 600m dari tempat ini. Masjid ini menjadi tumpuan berbagai bangsa kerana sejarahnya yang terkenal semasa zaman kesultanan Ottoman. Setelah selesai berwudhu' saya memasuki ruang masjid untuk solat sunat . Disini semua pelawat dibekalkan plastik khas untuk membawa kasut mereka bagi menjaga kesucian masjid. Para pelancung yang bukan Islam perlu mematuhi peraturan dengan menutup aurat mereka dan hanya dibenarkan memasuki ruang khas yang disediakan. Sebaik tiba waktu solat, kedengaran azan serentak sambung menyambung memenuhi ruang udara kota Istanbul .
Sumber : you tube
Azan at Blue Mosque Istanbul
Selain itu beberapa Masjid lagi yang mempunyai kesan dan nilai sejarah yang cukup penting seperti " Suleymaniye Mosque" yang berdiri megah menjadi lambang kekuasaan Islam masa dulu . Masjid ini dibina antara tahun 1550-1557 oleh Mimar Sinan seorang arkitek terkenal kepercayaan Sultan Suleyman. Setelah berwudhu' saya memasuki ruang Masjid yang indah dengan rasa terharu dan sebak mengenangkan sejarah keagungan Islam yang menjadikan kota Istanbul (Constantinople) sebagai pusat pemerintah Islam yang termasyhur Kesultanan Islam Uthmaniah diTurkey.
Sumber : you tube
Azan at Blue Mosque Istanbul
Selain itu beberapa Masjid lagi yang mempunyai kesan dan nilai sejarah yang cukup penting seperti " Suleymaniye Mosque" yang berdiri megah menjadi lambang kekuasaan Islam masa dulu . Masjid ini dibina antara tahun 1550-1557 oleh Mimar Sinan seorang arkitek terkenal kepercayaan Sultan Suleyman. Setelah berwudhu' saya memasuki ruang Masjid yang indah dengan rasa terharu dan sebak mengenangkan sejarah keagungan Islam yang menjadikan kota Istanbul (Constantinople) sebagai pusat pemerintah Islam yang termasyhur Kesultanan Islam Uthmaniah diTurkey.
Istanbul Kota Bersejarah
Dari segi sejarah kota Istanbul (bekas ibu kota Rome, Byzantine dan Ottoman) menjadi mercu kejayaan pemerintahan Islam di zaman pemerintahan kerajaan Ottoman pada abad ke 15 dimana Sultan Muhammad II yang memerintah berdasarkan sistem khalifah selama beratus tahun sehinggalah berakhir dengan Sultan Muhammad IV . Sejak itu berakhirlah pemerintah Empayar Uthmaniah dan digantikan dengan Turki Moden oleh Mustaffa Kamal Attartuk . Kota bersejarah ini menjadi tarikan utama para pelancung seluruh dunia kerana mempunyai keunikan budaya ,cara hidup dan kecantikan Selat Bosporus yang memisahkan antara Asia dan Eropah. Kami menaiki keretapi (Train) dari Sultanahmet ke Kabatas untuk 'sightseeing' menyusuri Bosphorus Bridge yang sungguh cantik dan mempersonakan . Kadar bayaran feri sebanyak 10Tl (lira) seorang. Selat Bosphorus yang memisahkan lautan Marmara (Marmara Sea) dan Laut Hitam (Black Sea) sepanjang 31.7 km menjadikan Istanbul sebagai pusat perdagangan yang terkemuka.
Selat Bosphorus memisahkan Asia dan Eropah.
Solat Jumaat
Lambang keagungan Islam dapat disaksikan dengan jelas melalui ratusan masjid sekitar Istanbul yang hiasan dalaman dan ukiran mimbarnya sangat mirip dengan Masjid Nabi SAW . Alhamdulillah saya sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmed (Blue Mosque) bersama para jemaah tempatan dan juga pelancung yang memenuhi ruang Masjid . Air mata saya mudah mengalir bila mendengar ayat-ayat Allah dibacakan oleh Imam sewaktu berkhutbah walau pun dalam bahasa yang tidak saya fahami . Suara Imam yang mengalunkan ayat ayat Allah dengan merdu dan menusuk kalbu semasa memimpin solat menggugah perasaan menyebabkan air mata tidak tertahan lagi. Selesai solat dermawan tempatan mengagihkan nasi yang dimakan bersama kacang (nasi tradisional Turkey) .
Hagia Sophia pernah digunakan
sebagai Masjid zaman Ottoman
sebelum dijadikan Muzeum .
sebagai Masjid zaman Ottoman
sebelum dijadikan Muzeum .
Melawat Istana
Istana Dolmabahce, Topkapi, Harem The Royal Hall dan Hagia Sophia merupakan tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi semasa melawat Istanbul. Peninggalan zaman Khalifah seperti pedang para Sahabat Nabi SAW dan khazanah zaman silam dapat dilihat dengan jelas di Istana Topkapi . Hagia Sophia yang asalnya sebuah gereja selama lebih 900 tahun telah digunakan sebagai Masjid selama 481 tahun. Selepas pengubahsuaian oleh M K Attartuk, bangunan tersebut telah dibuka sebagai Museum pada 1935 dan merupakan museum ketiga yang dilawati di Turkey. Nama Hagia Sophia adalah satu daripada tiga adjektif yang dikhususkan kepada tuhan dalam Kristiniti.
Setiap ruang dalaman Istana Topkapi
dihiasi dengan kalimah Allah
melambangkan pemerintahan
Ottoman bertunjangkan Islam .
Petugas Ayasofya.Sebak hingga mengalir air mata
mengenang kisah silam yang penuh bersejarah.
dihiasi dengan kalimah Allah
melambangkan pemerintahan
Ottoman bertunjangkan Islam .
Petugas Ayasofya.Sebak hingga mengalir air mata
mengenang kisah silam yang penuh bersejarah.
Istana Dolmabahce (Dolmabahce Palace)
penuh bersejarah dalam Kesultanan Ottoman .
Mengunjungi Masjid Abu Ayyub Al Ansori
Salah sebuah Masjid yang terkemuka dan penuh bersejarah ialah Masjid Eyyub. Masjid ini agak jauh dari tempat penginapan saya di Sultanahmet House. Pada hari terakhir berada di Bumi Istanbul kami mengambil kesempatan mengunjungi masjid ini dengan menaiki teksi . Tambang teksi sebanyak 20 Lt (Lira) . Berhati-hati semasa menggunakan perkhidmatan ini kerana segelintir pemandu mengenakan tambang yang agak mahal. Sebaik tiba, seperti biasa saya berwudhu' melakukan solat sunat dua rakaat menghormati rumah Allah .Ratusan pengunjung berbondong-bondong mengambil peluang menunaikan solat menyebabkan ruang masjid agak sesak.
Bersama isteri diruang masuk pintu
Masjid Eyyub Al Ansori
Masjid Eyyub Al Ansori
Menaiki Kabel Car
Bagi mendapatkan suasana keindahan Istanbul dari dekat kami berkesempatan menaiki Kabel Car yang letaknya hanya 200m dari Masjid ini. Tiket pergi balik sejauh lebih kurang 1.5km merentasi tanah perkuburan dibayar melalui mesin yang disediakan . Kebanyakan wisatawan mengambil kesempatan menggunakan peluang ini untuk melihat panorama kota Istanbul yang sungguh indah dengan selat Bosphoros yang membiru memisahkan dua daratan Asia dan Eropah. Subhananallah .
Sebuah panorama yang menarik
di Pierre lotti yang menjadi tumpuan
para wisata seluruh dunia .
Sebuah catatan kembara Rabbani ke Istanbul yang menginsafkan diri pada 28 Mei-4 Jun 2012. Semoga Allah tetap memelihara Agama Suci ini terus berkembang di segenap pelosok dunia dengan cahaya keimanan.
Che' Yahya Hj Che' Soh
Lembah Kelang,
Kuala Lumpur.
15 Jun 2012.
No comments:
Post a Comment