Peribahasa ialah perumpamaan yang menggambarkan sesuatu perbuatan atau tindakan yang dilafazkan secara berkias mempunyai makna yang tersembunyi atau pengajaran disebalik ungkapan .Orang dahulu khususnya masyarakat Melayu cukup berhemah , bersopan dalam bercakap dan menuturkata . Mereka menggunakan kata beralas untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan. Sepertimana orang ingin meminang, mereka akan merisik terlebih dahulu dengan menghantar utusan yang dipercayai bertanyakan sudahkah bunga ditaman telah disunting. Maksudnya sudahkah sijelita telah berpunya ? . Begitulah halusnya budi masyarakat Melayu dalam menyampaikan maksud yang dihajati .
Mengenal Peribahasa
Petang tadi saya sempat berbual bersama beberapa orang pelajar Tingkatan Dua semasa waktu rehat. Mereka berkumpul di Taman Ilmu sekolah berhampiran kebun di pinggiran air terjun yang tenang sambil melihat anak anak ikan berenang tangkas , saya hampiri mereka sambil bertanya khabar tentang pelajaran dan persiapan semasa cuti sekolah. Kesempatan yang terbatas saya sempat melontarkan beberapa ungkapan motivasi dan kata nasihat supaya belajar walau pun sekolah bercuti. Saya juga memberikan beberapa ungkapan peribahasa seperti : Jika tidak dipecahkan Ruyung, manakan dapat Sagunya;. Seperti Isi dengan Kuku, Seperti Kacang Lupakan Kulit dan Berakit rakit ke hulu berenang renang ketepian. Beberapa orang murid mampu memberikan jawapan yang baik dan tepat . Mereka nampak ceria dan teruja dengan pengetua. Saya berpesan dalam cuti nanti jangan lupa baca buku sekurang kurangnya luangkan masa satu jam sehari untuk mengulangkaji . Mereka memohon diri untuk ke kelas sebaik loceng rehat tamat .
Che'Yahya Che' Soh
SMKSB 21 Mei 2012
No comments:
Post a Comment