Wednesday, May 23, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan diadakan di Bangunan CIDB Cheras Kuala Lumpur esok  Khamis 24 Mei 2012. Majlis perayaan akan dirasmikan oleh YB Dato'  Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur .   Dato' Khairil Hj Awang ,  Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku Pengerusi Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri mengalu alukan kesudian YB Dato' Raja Nong Chik sebagai tetamu khas dalam majlis ini.    Semua Pengetua, Guru Besar dan guru-guru yang bertugas di PPW dan Jabatan Pelajaran Negeri dijangka memenuhi Dewan CIDB untuk memeriahkan sambutan peringkat negeri tahun ini.

Tujuan perayaan

Sambutan perayaan bertujuan memberikan penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan para guru yang mendidik dan mencerdaskan anak bangsa . Pemilihan Tokoh Guru peringkat negeri akan diumumkan esok.

Che' Yahya Che' Soh.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...