Saturday, May 19, 2012

Antara Pentaksiran dan Peperiksaan Satu Analisa

Pentaksiran ialah proses mendapat maklumat tentang pelajar dan memberi nilai kepada maklumat dan membuat keputusan keatas maklumat. Pentaksiran lebih tertumpu kepada pengukuran dan pemerhatian, penilaian berasaskan kerja  atau projek (measure,evaluation, observation and project). Sistem peperiksaan perlu ditransformasi kerana ia mencakup cognitif (otak) sahaja dan berlaku dihujung tahun persekolahan .Kelebihan yang terdapat dalam pentaksiran ialah guru menilai pelajar bukan sahaja berasaskan pencapaian akademik semata mata tetapi merangkumi aspek kebolehan yang ada dalam diri murid.  Dunia pentaksiran lebih berfokus kepada membantu murid untuk belajar sementara peperiksaan berpusat pula lebih kepada sumatif semata. Justeru penambahbaikan dalam sistem pendidikan memberikan impak positif kepada pelajar terutama pembangunan kemahiran yang tinggi seperti mana diamalkan oleh negara negara maju seperti Australia, New Zealand,Uk dan negara Eropah . Mereka tidak lagi mengamalkan peperiksaan berpusat sebagai salah satu kaedah penilaian pelajar.

Kerangka sistem pentaksiran

Penilaian peringkat nasional (National Assessment)
Peperiksaan awam (Public examination)
Ujian kebolehan am (General ability test)

Tujuan pentaksiran ialah untuk membina kemahiran asas seperti menguasai literasi dan numerasi bagi murid murid sekolah rendah dan membina kemahiran generic seperti komunikasi, interaksi, kemahiran keinsanan secara spesifik seba gai persiapan memasuki alam pekerjaan.



Sumber gambar: internet

Prinsip pentaksiran pendidikan

Perkara yang ditaksir hendaklah meliputi potensi murid secara jujur dan adil  tanpa mengira gender , etnik, lokaliti, latarbelakang  ibubapa dan tahap pencapaian pelajar .
Proses pentaksiran hendaklah dilakukan scara pofesional dengan komunikasi terbuka serta mengambil kira pembabitan masyarakat.

Standard prestasi

Seluruh proses pentaksiran pendidikan perlu merujuk kepada set pernyataan prestasi yang boleh dicpai mengikut tahap keupayaan pelajar. 

Kualiti murid

Melalui pentaksiran pendidikan kita mengharapkan murid yang berkualiti, bersikap positif, berdaya maju berupaya menngunakan fikiran logis, kritis, kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dan mampu membuat keputusan masa depan mereka dengan bijak. Keupayaan menguasai Bahasa Malaysia dengan baik disamping Bahasa Inggeris yang mantap sebagai alat komunikasi yang berkesan untuk berinteraksi secara intelektual dengan bangsa lain. Mereka juga mempunyai sikap positif terhadap pendidikan terutama dalam pembangunan ilmu dan kemahiran berteraskan ICT .

sumber : nota-nota dan catatan kaki 
semasa berkhidmat di SPP JPN WP
dari tahun 2001-2009



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...