Wednesday, May 2, 2012

PK (Tadbir dan Akademik) Baru


 Pengetua menyampaikan sejambak bunga kepada
Puan Hajah Hanipah Bte Endut
PK (T/A)  baru SMKSB   
Gambar: Ihsan WNAZMI BLOG

Pagi tadi Rabu  2 Mei 2012, satu majlis rasmi yang ringkas tapi bermakna diadakan untuk menyambut kehadiran  Puan Hajah Hanipah Endut  Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum yang baru. Beliau sebelum ini bertugas di SMK Cochrane Perkasa dalam jawatan yang sama. Majlis dianjurkan oleh Pengerusi Kelab Guru En Wan Noor Azmi bersama Pn Rosnah Samlee dan jawatankuasa sekolah. Seperti biasa Puan Rosnah bersama pasangannya   bertindak selaku pengacara majlis.Walau pun keadaan kesihatan tidak mengizinkan Pn Rosnah tetap melaksanakan tanggungjawabnya . Kita berdoa semoga beliau cepat sembuh dari pembedahan kecil dibahagian belakangnya.


Ucapan Pn Hajah Hanipah

Beliau melahirkan rasa kagum dengan disiplin pelajar sekolah ini yang sangat sopan dan mematuhi peraturan sekolah. Sebaik sampai di sekolah mereka terus berkumpul di Dewan Bestari sambil mentelaah buku pelajaran. Budaya seperti  ini sangat baik dan perlu diamalkan setiap masa bagi mengekalkan kecemerlangan.

Ucapan Pengetua

Pengetua mengalu alukan kehadiran Puan Hajah Hanipah menjadi warga SMKSB . Dengan adanya pengisian jawatan ini setelah kekosongan beberapa bulan menjadi pemangkin kekuatan sekolah menjana kecemerlangan akademik. Pengetua memaklumkan bahawa sekolah telah menetapkan sasaran pencapaian 60% Akademik, 20% Kokurikulum dan 20% Disiplin. Pengetua juga mengingatkan pelajar supaya "Decide what they want to be"  demi masa depan mereka. Majlis berakhir dengan pengetua menyampaikan sejambak bunga kepada Puan Hajah Hanipah.

Mesyuarat  pos mortem SPM

Pada sebelah petang pula (jam 200petang) mesyuarat post mortem SPM 2011 diadakan untuk membuat refleksi pencapaian SPM tahun lalu. Sasaran yang ditetapkan ialah calon cemerlang  20 orang , mengurangkan calon gagal BM dan meningkatkan peratus lulus. Gred purata sekolah 4.0 berbanding tahun lalu 5.30. Kita akan laksanakan PEMBESTARIAN SPM  dengan pengisian kepada klinik bahasa, mentor mentee , sentuhan kasih dan perjumpaan calon pelajar cemerlang bersama pengetua. 

Che Yahya Che Soh
2 Mei 2012

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...