Amanah ialah kepercayaan yang diberikan kepada seseorang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Seorang ketua bertanggungjawab merealisasikan misi dan visi organisasi mencapai objektif seperti yang dijanjikan dalam piagam pelanggan. Amanah dalam konteks Agama ialah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan taqwa (integriti) dengan mengharapkan keredhaan Tuhan . Orang yang mencari keampunan Allah nescaya tidak akan melakukan perbuatan yang tidak beramanah. Dia menjadi seorang yang beramanah dalam mengurus kewangan organisasi, mengamalkan ketelusan dalam pengurusan dan bertindak berdasarkan peraturan .
Al Quran merupakan sumber hukum yang
sarat dengan tuntutan memelihara amanah
Tugas ketua memajukan organisasi
Kemajuan sesebuah organisasi sangat bergantung kepada daya kepimpinan seorang ketua. . Kepimpinan ialah proses mempengaruhi pengikut untuk sama sama bekerja dalam suasana harmoni memajukan sebuah organisasi menuju kecemerlangan. Pemimpin yang dinamik, progresif dan berwibawa menjadi sumber inspirasi kepada pengikutnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jujur dan bertanggungjawab. Sekolah sebagai sebuah organisasi yang sangat rencam dan kompleks memerlukan kekuatan intektual , keunggulan semangat dan kejernihan minda untuk menghadapi pelbagai karenah yang dihadapi. Tugas memajukan pelajar dalam akademik, ko kurikulum dan sahsiah merupakan tanggungjawab utama setiap guru dan pemimpin instruksional sekolah. Kecemerlangan sesebuah sekolah diukur melalui kerjasama padu (team work) dalam kalangan guru dan pemimpin untuk memperkasa organisasi menjadi sebuah institusi yang disegani. The strengthen of organization is a fundamental part to enhance productivity in school . We can produce good results to uphold school integrity .
Pendekatan bijaksana
Dalam mengurus organisasi, seorang ketua perlu mengambil pendekatan bijaksana menyelesaikan isu yang timbul. Kebijaksanaan (wisdom) merupakan ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan setiap anggota. Seorang ketua perlu bijak menangani setiap perkara berbangkit dengan mendengar pandangan dari berbagai pihak sebelum membuat keputusan. Kemampuan seorang ketua membuat keputusan secara adil (meletakan yang hak pada tempatnya) merupakan suatu tindakan yang terpuji. Orang beriman sentiasa memelihara amanah kerana takutkan azab Tuhan.
Wallahua'lam
Wallahua'lam
Cerna minda
Che'Yahya Hj Che' Soh
18/5/12
No comments:
Post a Comment